Tak Ada Pengangkutan Nak Balik Mengundi? Ini Penyelesaiannya!

Gambar hiasan (Sumber: Bernama)
Dah buat perancangan untuk balik mengundi? Sekiranya masih lagi belum kerana ketiadaan kenderaan atau tidak berpeluang kerana masalah kos perjalanan, ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda!
Sebuah laman web khas, www.undibanjir.com, telah diwujudkan oleh beberapa kumpulan sukarelawan untuk memudahkan rakyat Malaysia membuat undian untuk Pilihanraya Umum ke-15 (PRU-15) yang akan berlangsung beberapa hari sahaja lagi.

Antara kemudahan yang disediakan melalui laman web ini ialah:
#1 Penajaan ramai atau crowdfunding untuk membantu mereka yang memerlukan wang untuk pulang mengundi
#2 Perkongsian kereta atau carpool bagi membantu mereka yang tiada kenderaan sendiri untuk pulang mengundi
#3 Info mengundi di mana proses pengundian diterangkan kepada orang awam terutamanya mereka yang baru pertama kali mengundi
CARPOOL

Matlamat utama artikel ini walau bagaimanapun adalah untuk berkongsi bagaimana anda boleh menggunakan laman web tersebut untuk carpooling.
Seperti yang dinyatakan di dalam laman web tersebut, berikut adalah 4 langkah yang boleh anda ikuti untuk mencari kenderaan yang ingin ditumpang:
1- Kenal pasti lokasi mengundi anda.
2- Layari saluran Telegram yang dibahagikan mengikut negeri lokasi mengundi (klik sini untuk melihat senarai).
3- Gunakan fungsi search untuk mencari lokasi mengundi anda.
4- Hubungi pemandu melalui nombor telefon yang tertera.

Dah jumpa kereta, barulah boleh balik mengundi!
Sekiranya anda mempunyai kenderaan sendiri dan ingin membantu orang ramai pulang mengundi, anda turut boleh menggunakan laman web sama untuk mengiklankan khidmat yang ditawarkan.
Baca: Macam-Macam! Peniaga Ini Jual Kereta Mainan PRU-15, Netizen Nak Buat Koleksi!
Turut dikongsikan ialah tips untuk berkongsi kereta dengan selamat yang kami ringkaskan seperti di bawah:
1-Sahkan identiti anggota CarpoolGE15 anda.
2-Elakkan berkongsi sebarang maklumat peribadi.
3-Pilih kawasan awam untuk turun dari kenderaan
4-Wanita digalakkan untuk berkongsi kenderaan sesama wanita.
5-Bincang dan bahagikan kos perjalanan, jika perlu.
6-Kongsikan maklumat pemandu dan kenderaan yang anda tumpangi dengan ahli keluarga dan rakan terdekat.
7-Kongsikan juga, jika perlu, lokasi langsung (live location).
8-Bawa beg kecemasan sekiranya melalui kawasan yang berisiko tinggi untuk dilanda banjir.
9-Bincang dan bersedia dengan langkah yang akan diambil sekiranya terkandas di lokasi banjir.
10-Periksa dan pastikan kenderaan dalam keadaan yang baik, selenggara jika perlu.
Anda juga boleh tonton video init untuk penerangan tentang keselamatan:
Klik sini untuk kunjungi platform carpool ini.
ARTIKEL BERKAITAN
Baca: PRU15: Sempena Musim PRU15, Jangan Terbangkan Dron Tanpa Kelulusan CAAM
Baca: "Tiada Lesen Besar Untuk Mana-Mana Parti Ubah Suai Kenderaan Pada Musim PRU-15," - JPJ
Baca: Jika Menang PRU15, BN Nak Hapuskan Permit AP EV!
Baca: Nak Balik Kampung Sempena PRU15, Rujuk TTA PLUS
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQW7926
SELANGOR
BSP7495
JOHOR
JYW2126
PULAU PINANG
PSC476
PERAK
APH2743
PAHANG
CFG4280
KEDAH
KGF7189
NEGERI SEMBILAN
NEK3364
KOTA KINABALU
SJR7558
KUCHING
QAB7231N
Terakhir Kemas Kini 09 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Berita Terkini
Beberapa Kawasan Di Lembah Klang Dilanda Banjir
Warga kota dinasihatkan tidak meredah banjir.
08-05-2026
Jalan Bukit Bintang Ditutup Sempena program Quranic Madani malam ini
Jalan Bukit Bintang akan ditutup secara berperingkat bermula tengah malam ini.
08-05-2026
Gandingan Dua Gergasi: Kia Malaysia Lantik Cycle & Carriage Sebagai Pengedar Baharu
Kia Sales Malaysia lantik Cycle & Carriage sebagai pengedar sah, perkukuh rangkaian jualan.
08-05-2026
Proton Saga Masih Raja, S70 Pula Pecah Rekod! Ini Sebab Kenapa PROTON Semakin Diminati pada 2026
Suku Kedua Bermula Garang! Proton Dominasi Jalan Raya.
07-05-2026
Beli Sekarang atau Gigit Jari! Harga EV Import Bakal Melonjak Lepas 1 Julai
Ini Senarai EV Yang Mungkin Tak Boleh Dijual Lagi Di Malaysia.
07-05-2026
Harga RON95, Diesel Tanpa Subsidi Naik 5 Sen
Harga runcit RON95 tanpa subsidi dan diesel di Semenanjung Malaysia masing-masing naik lima sen.
06-05-2026
Waspada Pemandu! Senarai Lokasi 'Hotspot' Banjir Kilat di Lembah Klang.
Beberapa kawasan di Lembah Klang dilanda banjir kilat.
06-05-2026
Feytech Menang Kontrak Proton RM96.8 Juta; Bakal Bekal Sarung Tempat Duduk Model Baharu Proton
Feytech Holdings Bhd meraih kontrak bernilai RM96.83 juta untuk membekalkan sarung tempat duduk untuk model baharu Proton.
06-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat