Volvo Dedah Imej & Video Acah EX90

Seperti yang sudah diketahui umum, Volvo bakal mempertontonkan SUV elektrik terbaharu syarikat, EX90 buat pertama kalinya pada 9 November nanti. Sementara menanti tarikh tersebut, syarikat pengeluar kereta Sweden ini ‘menghangatkan’ penantian dengan mengeluarkan beberapa imej dan video acah selain turut membongkarkan beberapa ciri menarik EX90 kepada umum. Nak tahu? Teruskan membaca.
“SUV andalan terbaharu ini telah direka untuk memenuhi satu tujuan: untuk menjadi sebuah kereta elektrik keluarga yang elegan dan efisien, dengan standard keselamatan lebih tinggi berbanding kereta Volvo sebelumnya,” kongsi Volvo dalam satu kenyataan.
Syarikat itu menekankan, “ciri praktikal dan keselamatan kereta tidak sepatutnya hilang hanya kerana nilai estetika.”
Berikut adalah antara foto acah yang dikongsikan:






Antara ciri menarik Volvo EX90:
#1 Bantuan pemandu proaktif berasaskan lidar
Volvo menggunakan sensor berasaskan lidar sebagai ciri standard Volvo EX90. Sistem Lidar Volvo menggunakan getaran (pulse) laser untuk mengukur jarak dengan tepat dan berkemampuan untuk mengesan pejalan kaki dari jarak sejauh 250 ela (228.60 m)!
Baca: Tiada Lagi Kes Kanak-Kanak Tertinggal Dalam Kereta, Inovasi Terbaharu Volvo!
Ketua bahagian reka bentuk luaran Volvo, T. Jon Mayer berkata, “Ini (lidar) merupakan mata kereta, walaupun ia boleh diletakkan di sekitar gril – seperti mata pada bahagian lutut – lebih masuk akal untuk meletakkannya setinggi mungkin di bahagian kepala supaya dapat melihat sebanyak mungkin. Oleh sebab itu, jurutera [Volvo] memutuskan untuk mengintegrasikannya dalam garis bumbung demi memaksimumkan keberkesanan [sistem]."
#2 Ciri aerodinamik
“Kami telah menghasilkan Volvo EX90 dengan matlamat untuk mengoptimumkan jarak perjalanannya, [ini dilakukan] dengan memberi penumpuan untuk mengurangkan seretan (drag) dan rintangan angin,” lapor Volvo.
Dengan pekali seret (drag coefficient) hanya 0.29, angka yang cukup menakjubkan bagi sebuah SUV besar dengan tiga barisan tempat duduk.
#3 Kabin yang ringkas dengan pencahayaan yang baik
“Kami meletakkan usaha yang tinggi [pada aspek] pencahayaan dalam kereta EX90,” ujar Mayer.
Baca: Reka Bentuk & Teknologi Pada Papan Pemuka Volvo EX90 Didedahkan, Lebih Mesra Pemandu
Tonton video yang bertajuk “What if design was more than good looks?” daripada Volvo:
Apa lagi yang menarik tentang Volvo EX90? Nantikan pendedahan rasminya minggu depan! Jangan lupa untuk ikuti Facebook kami, Dunia Kereta untuk mendapatkan berita terkini dunia automotif!
ARTIKEL BERKAITAN
Baca: Reka Bentuk & Teknologi Pada Papan Pemuka Volvo EX90 Didedahkan, Lebih Mesra Pemandu
Baca: Pusat Servis Volvo Di Bukit Jelutong Tawar Perkhidmatan Bertaraf Dunia
Baca: Tiada Lagi Kes Kanak-Kanak Tertinggal Dalam Kereta, Inovasi Terbaharu Volvo!
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU7184
SELANGOR
BSU5201
JOHOR
JG1465J
PULAU PINANG
PSG6018
PERAK
APM3984
PAHANG
CFJ1773
KEDAH
KGJ5296
NEGERI SEMBILAN
NEM3489
KOTA KINABALU
SJU6323
KUCHING
QAB7901P
Terakhir Kemas Kini 21 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster
Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia
18-10-2026
ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria
ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.
16-10-2026
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge