Hyundai Kona 2024 Bakal Ditawarkan Dalam 4 Varian! EV, Hibrid, ICE & N Line!
![]()
Pengeluar kereta Korea Selatan, Hyundai, akhirnya mendedahkan bahawa SUV crossover Hyundai Kona generasi terbaharu bakal didedahkan kepada umum pada tahun 2024 nanti. Apa yang menariknya, ia akan ditawarkan dalam empat varian iaitu versi trenkuasa elektrik (EV), enjin pembakaran dalaman (ICE), hibrid dan versi prestasi N Line.
REKA BENTUK HYUNDAI KONA 2024

Diperkenalkan buat pertama kali pada tahun 2017, keluaran terbaharu model ini nanti dikatakan akan dibangunkan sebagai sebuah EV sebelum disesuaikan dengan trenkuasa lain (hibrid dan ICE).
Dari segi dimensi, EV Kona 2024 itu bersaiz 171.5 inci atau 5.9 inci lebih panjang daripada model terkini. Jarak antara rodanya juga ditambah menjadi 2.4 inci lebih panjang.

Pada sudut hadapan Kona EV baharu terdapat bar lampu LED yang memanjang, reka letaknya menyerlahkan kelebaran kereta. Bagi versi elektrik, bar lampu ini direka dalam bentuk seperti piksel selain turut memiliki lingkungan roda (wheel arch) berwarna badan kereta. Imej pada bahagian belakang kereta menunjukkan tema rekaan yang sama seperti sudut hadapan, dengan bar lampu halus di atas lampu belakang yang bersaiz lebih besar.

Setiap varian mendapat gaya ‘muka’ yang berbeza. Ini dapat dilihat daripada reka bentuk ‘piksel’ pada sudut depan EV sementara varian petrol dan hibrid pula menggunakan skid plate dan dan kemasan krom. Varian N Line dipasangkan dengan gril berwarna hitam yang menggabungkan kedua-dua lampu hadapan. Sementara itu, bumbung dan spoiler belakangnya pula berwarna hitam. Reka bentuk rim bersaiz 19 inci Kona 2024 juga berbeza mengikut varian atau trenkuasa.
KABIN HYUNDAI KONA 2024

Bergerak ke bahagian dalam, Hyundai Kona 2024 dilengkapi skrin paparan bersaiz 12.3 inci seperti paparan MBUX dalam Mercedes-Benz, yang mana sebahagian skrin berfungsi sebagai paparan pemandu dan sebahagiannya lagi sebagai skrin infotainmen.
Konsol tengah kereta kelihatan agak kosong memandangkan Hyundai menggerakkan penukar gear di sebalik stereng. Ruang kosong ini bagaimanapun dimanfaatkan sebagai tempat pemegang dua cawan dan juga beberapa butang kawalan.
Ciri menarik lain di ruang kabin ialah bumbung suria panoramik yang terletak di bahagian bumbung tempat duduk barisan hadapan. Secara keseluruhannya, ruang kabin Kona baharu ini kelihatan minimalistik.
KUASA HYUNDAI KONA 2024

Buat masa ini, Hyundai masih belum mendedahkan spesifikasi lain membabitkan prestasi dan kemampuan Kona 2024.
HARGA HYUNDAI KONA 2024
Harga jualan bagi keluaran akan datang itu juga masih belum diumumkan namun Hyundai Kona yang kini ditawarkan di pasaran dijual pada harga yang bermula dari RM124,188.
Apakah pendapat anda mengenai Hyundai Kona 2024? Kongsikan di ruangan komen di bawah.
ARTIKEL BERKAITAN
Baca: Hyundai Kona Electric: 13 Unit Pertama Telah Diserahkan Kepada Pelanggan!
Baca: Review Penuh Hyundai Kona Electric EV 2021 Malaysia | Kereta Elektrik paling Mampu Milik?
Baca: Hyundai Kona Dilancarkan Di Malaysia: Harga Bermula Dari RM149,888 Hingga RM199,888
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRF4679
SELANGOR
BSR4835
JOHOR
J6743J
PULAU PINANG
PSD6486
PERAK
APJ7025
PAHANG
CFH1152
KEDAH
KGG9417
NEGERI SEMBILAN
NEK8614
KOTA KINABALU
SJS9548
KUCHING
QAB1732P
Terakhir Kemas Kini 10 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Review Penuh Hyundai Kona Electric EV 2021 Malaysia | Kereta Elektrik paling Mampu Milik?
Hyundai Sime Darby Motors (HSDM) secara rasminya melancarkan kenderaan elektrik pertamanya, Hyundai Kona Electric 2021 yang boleh didapati dalam tiga varian: Lite, Plus dan Max! Kapasiti baterinya agak besar memandangka ia mampu melakukan pemanduan sejauh 484km hanya dengan sekali cas dan prestas
29-11-2021
Pelan Pembiayaan Untuk Pembelian Kereta Baharu
Hyundai-Sime Darby Motors (HDSM) memperkenalkan pelan pembiayaan baharunya yang menawarkan ansuran lebih fleksibel dan berpatutan sehingga sembilan tahun dengan pinjaman pembiayaan sebanyak 90 peratus sempena Sambutan Hari Raya.
11-05-2021
Berita Terkini
Prestasi Cemerlang Q2: UMW Toyota Buktikan Keyakinan Pengguna Kekal Tinggi
Sukar Digugat! UMW Toyota Catat Jualan Luar Biasa Cetus Dominasi Pasaran 2026.
10-07-2026
Dilancar: Proton e.MAS 5 Berharga Setengah Juta Di Singapura
Proton e.MAS 5 menembusi pasaran di Singapura.
09-07-2026
Lebih 2.2 Juta Proton Saga Terjual Sejak 41 Tahun Lalu
2,203,409 Perjalanan, 41 Tahun: Kenapa Proton Saga Kekal Sebagai Kereta Paling Dekat di Hati Kita?
09-07-2026
Padah Amuk Kerana Hon, Kena Penjara 10 Tahun
Gara-Gara Hon, Merana Badan Dipenjara 10 Tahun.
08-07-2026
Berita Baik Rakyat Kelantan, Lebuh Raya KBKK Dah Siap 71%
Balik Raya Tak Jem Lagi? Lebuh Raya KBKK Siap 71.4% Manakala Siap Sepenuhnya 2027.
08-07-2026
Tular Video Gaduh Di Kaunter JPJ: Sebenarnya Palsu & Guna AI
Video Gaduh Di Kaunter JPJ, Hanya Rekaan AI.
08-07-2026
Hyundai Motor Malaysia Rai Ulang Tahun Pertama: Tawar Rebat Hingga RM36,000
Setahun Di Malaysia, Hyundai Manjakan Pelanggan Dengan Kempen 'Durian Runtuh Berganda-ganda'.
07-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat