Jalan Tutup, Kenderaan Berat Juga Terkandas

Orang ramai cuba mengalihkan sebuah kereta di Kota Bahru. - Foto: Harian Metro.
Banjir di Kelantan dilaporkan semakin buruk menyebabkan 35 jalan yang terjejas akibat banjir di Kelantan terpaksa ditutup termasuk kepada kenderaan berat.
Buat masa ini, 21 jalan ditutup kepada semua jenis kenderaan, manakala 14 lagi ditutup kepada kenderaan ringan.
Dalam pada itu, jalan yang ditutup itu membabitkan lima daerah iaitu Pasir Mas, Machang, Pasir Puteh, Tanah Merah dan Tumpat.
Antara jalan yang ditutup di Pasir Mas:
• Jalan Kota Bharu-Pasir Mas-Rantau Panjang
• Jalan Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tok Deh
• Jalan Panglima Bayu-Rantau Panjang-Jeram Perdah
• Jalan Sekolah Cina

Seorang lelaki dirakam meredah banjir. Foto: Bernama.
Selain itu, jalan yang ditutup di Machang termasuk Jalan Machang-Pangkal Meleret-Wakaf Bata, Batu 30-Temangan (Pangkal Chuit) dan Jalan Kampung Pek-Paloh Rawa.

Jalan di Pasir Puteh:
• Kilometer (km) 675.5-676 Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu
• Jalan Bypass Pasir Puteh
• Jalan Gaal- Kampung Bukit
• Jalan Pasir Puteh-Semerak.

Sementara itu, di Tanah Merah jalan yang ditutup adalah:
• Jalan Tanah Merah-Kusial-Kampung Ipoh
• Jalan ke Loji Membersih Air Bukit Remah
• Jalan Kampung Paloh-Bukit Panau-Bendang Nyior
• Jalan Panglima Bayu-Rantau Panjang,
• Jalan Cabang empat-Kampung Jambu-Meranti (Tumpat)
• Jalan Pasir Pekan Hilir-Pohon Tanjung (Tumpat)
Antara jalan yang terlibat ialah:
1. Jalan Kampung Matang/Nibong/Kuala Telemong di Kampung Jerubun, Kuala Berang
2. Jalan Kampung Kuala Pueh/Tapah/Payang Kayu/Baung/Kuala Ping di Kampung Felcra Bukit Kepah, Kuala Berang,
3. Jalan Matang/Nibong/Kuala Telemong di Kampung Talor, Jalan Simpang Gaung/Sungai Tong di Kampung Kuala Ping, Jalan Simpang Gaung/Sungai Tong, di Kampung Kepah dan di Jalan Bukit Diman/Tersat di Kampung Pengkalan Ajal
4. Jalan Langkap/Pelong di Kampung Merbau Menyusut dan Jalan Chalok/Bukit Putera/Telaga Papan serta Jalan Pengkalan Merbau/Pelong di Kampung Mak Balah di daerah Setiu
5. Di daerah Dungun pula, sebanyak tiga jalan yang ditutup kepada semua kenderaan iaitu di Jalan Tepus/Kuala Jengal berhampiran Riverside Dfarm Resort, Jalan Tepus/Kuala Jengal di Kampung Air Jernih di kawasan Jambatan Besar ke Kampung Minda Talong dan di Jalan Tepus/Kuala Jengal di Kampung Rantau Panjang.
Berdasarkan portal rasmi Pengurusan Bencana Jabatan Kerja Raya (JKR), sebanyak 16 lagi jalan dinaiki air antara 0.25m dan 0.35m ditutup kepada kenderaan ringan.
Malah, lebih 20 kenderaan termasuk lori terkandas di laluan Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu berhampiran Bandar Permaisuri selepas laluan berkenaan dinaiki air.
Rata-rata pemandu lori berkata, mereka tidak berani meredah air banjir kerana aliran air agak deras di lokasi kejadian.
Untuk itu, pengguna jalan raya dinasihatkan merujuk portal Pengurusan Bencana Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk mendapatkan maklumat mengenai penutupan jalan.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG7493
SELANGOR
BSR7301
JOHOR
JA5411J
PULAU PINANG
PSD9558
PERAK
APJ9785
PAHANG
CFH2142
KEDAH
KGH1841
NEGERI SEMBILAN
NEK9745
KOTA KINABALU
SJT1690
KUCHING
QAB2297P
Terakhir Kemas Kini 21 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama
Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.
21-07-2026
Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia
Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.
21-07-2026
Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit
LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru
21-07-2026
Projek Stesen Sentral Seremban RM100 Juta Dijangka Siap Mac Depan — Anthony Loke
Stesen Sentral Seremban Bakal Siap Mac Depan.
21-07-2026
smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red
Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.
20-07-2026
Tragedi Jalan Tun Razak: Lelaki Maut, 7 Sekeluarga Termasuk Bayi Trauma Dihempap Pokok Tumbang Berusia 19 Tahun
Pokok Tumbang Di Jalan Tun Razak: Seorang Maut, Tujuh Cedera.
20-07-2026
PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif
Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.
20-07-2026
iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini
EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.
20-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat