Kereta Perodua Laku Keras: Perodua Jual Lebih 250K Kereta Dari Jan-Nov 2022

Pengeluar kereta tempatan, Perodua mengekalkan kedudukannya sebagai jenama kereta paling laris untuk tahun ini.
Apa tidaknya, Perodua berjaya mencatatkan jualan sebanyak 250,795 unit antara Januari dan November pada tahun ini.

Ini bermakna, Perodua telah mengatasi sasaran tahunan keseluruhannya sebanyak 247,800 unit yang diumumkan pada awal tahun ini.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, pihaknya berjaya mencapai pengeluaran bulanan tertinggi sejak penubuhan Perodua iaitu sebanyak 29,149 unit.
“Pencapaian ini memberi makna pada semua peringkat; yang pertama ia menunjukkan keupayaan kami dalam memaksimumkan sumber semasa, baik di Perodua mahupun para pembekal di dalam ekosistem.
“Yang kedua ialah melalui pencapaian ini, kami kini menyedari bahawa kami boleh meningkatkan lagi operasi –dalam jualan dan pengeluaran tanpa perlu melabur untuk kilang baharu atau mendapatkan kawasan tanah yang luas bagi operasi pembuatan,” katanya.
Bagi perbandingan tahun ke tahun, jualan Perodua meningkat sebanyak 50.0% kepada 250,795 daripada 167,250 unit yang dijual dalam tempoh yang sama tahun 2021.
Peningkatan jualan berbanding tempoh yang sama tahun lepas adalah disebabkan oleh sekatan pandemic Covid-19 yang dilaksanakan oleh kerajaan antara Jun dan pertengahan Ogos tahun 2021.
Selain itu, jualan bulanan juga mencatatkan rekod baharu dengan 28,592 unit pada November 2022, iaitu menandakan peningkatan 40.9% jika dibandingkan dengan 20,299 unit yang dijual pada November 2021.
Malah, terdapat juga peningkatan 10.6% jika dibandingkan dengan 25,849 unit yang dijual pada Oktober tahun ini.



Buat masa ini, tiga model yang paling laris dijual pada November ialah Bezza dengan 8,089 unit, Myvi (6,624 unit) dan Axia dengan 5,812 unit.
Menurutnya, pihaknya akan meneruskan momentum jualan dan pembuatan bagi memastikan para pelanggan menerima kenderaan Perodua mereka dengan lebih cepat.
“Kami juga mahu memastikan para pelanggan yang menempah kenderaan Perodua dalam tempoh masa pengecualian cukai jualan, menerima kereta mereka sebelum 31 Mac 2023,” tambahnya.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX2463
SELANGOR
BSU8148
JOHOR
JG8742J
PULAU PINANG
PSH2060
PERAK
APM7084
PAHANG
CFJ3324
KEDAH
KGJ7027
NEGERI SEMBILAN
NEM4987
KOTA KINABALU
SJU9763
KUCHING
QAB9435P
Terakhir Kemas Kini 02 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Jualan Kereta Ogos 2026: Bezza Juara, e.MAS 5 Masuk Top 5
Senarai kereta terlaris Malaysia.
14-09-2026
Berita Terkini
Hujan Lebat: Lebuh Raya Persekutuan, Denai Alam & TTDI Banjir
Banjir Kilat Lembah Klang: Laluan Utama Dinaiki Air
02-11-2026
Malaysia Ada Litar Hebat, Mana Pelumba F1 Kita?
Sepang Megah Berdekad, Tapi Anak Malaysia Kekal Jadi Penonton Di Litar Sendiri.
02-11-2026
Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi
Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.
29-10-2026
Minyak Diesel Tanpa Subsidi Naik 20 Sen
Terkini: Harga Diesel Naik 20 Sen, RON95 & RON97 Turut Naik.
28-10-2026
Awas Penipuan Tiket ECRL! Beli Hanya Melalui Saluran Rasmi
Harga Tiket ECRL Sudah Pun Diumumkan, Jadi Jangan Jadi Mangsa Scammer.
28-10-2026
Aplikasi TuJu Bukan Untuk Saing Waze, Fokus Lebuh Raya Bertol
TuJu Dibangun Bukan Ganti Waze.
28-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge