Lampu Brek Ketiga Tak Hidup? Sedia Disaman Hingga RM2K, Penjara 6 Bulan – PDRM
![]()
Bila kali terakhir anda memeriksa lampu brek ketiga kereta? Kalau sudah lama tidak diperiksa, pastikan anda buat perkara ini terlebih dahulu sebelum bergerak keluar nanti, atau melayanglah duit kena saman!
Dalam satu perkongsian terbaharu yang dibuat di platform media sosial, PDRM, ketiadaan lampu brek ketiga boleh menyebabkan pemilik kenderaan dikenakan tindakan di bawah Seksyen 119(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi kesalahan am dan penalti dengan denda sehingga RM2,000 atau penjara tidak lebih daripada 6 bulan!
Bukanlah satu kesalahan ringan!
Persoalannya bagaimana kita nak tahu sama ada lampu brek ketiga kereta menyala atau tidak? Anda boleh meletakkan kamera untuk merakamkan sudut belakang kereta dan cuba menekan brek. Lihat kembali rakaman tersebut untuk mengetahui sama ada lampu tersebut berfungsi atau tidak.
Baca: Pemandu Treler Bawa Muatan Lebih Punca Bayi Mati Rupanya Ada Banyak Kes Saman!
Ingat, lampu ini penting bukan sahaja untuk keselamatan diri dan penumpang kereta anda, tetapi juga pengguna jalan raya yang lain agar dapat mengambil tindakan yang sepatutnya seperti memperlahankan kenderaan sebaik melihat lampu brek ketiga ini menyala.

Komen orang ramai mengenai isu ini di Facebook:
Yang ubah warna lampu signal pun kena ambil tindakan, ada ke yang tukar lampu signal warna merah, tak perasan kalau dia brek dengan bagi signal sekali. – Nazri
Baru tukar lampu brek ketiga ni. Lampu ni kalau terbakar memang tak perasan sangat kecuali peka sebelum memandu. Tambah-tambah tengah bawa dia terbakar aku pun tak tahu nak cakap macam mana. Tak padan kerana RM2 kena saman beratus atau beribu… – Syahril
Rosak lampu semasa sedang memandu, tanpa disedari pemandu. Kena dekat roadblock PDRM, RM100 kena saman tanpa alasan. Saya rasa itu penganiayaan. Driver e-hailing susah susah nak cari RM100 sekali kena saman. Lampu brek ke-3 paling susah nak cek kendiri dan perasan kerosakan. Lampu brek ke-3 kurang penting sebab ada taillight lain yang akan menyala lebih terang apabila brek pedal dipijak. Melainkan kena ganti setahun sekali. Kalau tukar bulb LED mmg tahan la. Tapi payah nak cari jenis ni. Lampu signal paling mudah dianogsis. Tak blink, adalah bulb yang rosak. – Sofi Sotin
Apa pula pendapat anda mengenai perkara ini?
ARTIKEL BERKAITAN
Baca: Diskaun 50% Hanya Untuk Saman Terpilih
Baca: Pemandu Treler Bawa Muatan Lebih Punca Bayi Mati Rupanya Ada Banyak Kes Saman!
Baca: [VIDEO] “OKU Parking Tempat OKU Pun Kena Saman?” – Lelaki Ini Tak Puas Hati
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRR4702
SELANGOR
BST9725
JOHOR
JE7397J
PULAU PINANG
PSF8056
PERAK
APL6952
PAHANG
CFH8324
KEDAH
KGJ2422
NEGERI SEMBILAN
NEM362
KOTA KINABALU
SJU2659
KUCHING
QAB6231P
Terakhir Kemas Kini 26 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Pecah Kereta Jemaah Tabligh: Suspek Pulang Semula Barang Curi
Pencuri Pulangkan Balik Barang Selepas Pecah Kereta Jemaah Tabligh.
25-09-2026
Pemilik Stesen Minyak Didenda RM25k Jual RON95 Kepada Kereta Asing
Isu Ketirisan Subsidi: Stesen Minyak Di Perak Didenda Jual RON95 Kepada Warga Singapura.
25-09-2026
F1 Sepang: Rapid KL Sedia 95 Bas Perantara Percuma
Bas Percuma Rapid KL ke Litar Sepang Sempena F1.
24-09-2026
Isu Laluan Motosikal Lebuhraya Persekutuan: JKR Ambil Tindakan Segera
Punca Penunggang Motosikal Terbabas di Lebuhraya Persekutuan Disiasat.
24-09-2026
Laluan Hijau Lebuhraya Persekutuan Licin: JKR Beri Penjelasan
Beberapa penunggang motosikal dilaporkan tergelincir akibat laluan hijau yang licin.
24-09-2026
Zon Parkir RM816 Sudah Habis! Semak Harga Pass Parking F1 Sepang 2026
Harga pass parking F1 untuk tiga hari bermula daripada RM163-RM816.
24-09-2026
Anthony Loke Tetap Mahu Letak Jawatan
Anthony Loke akan menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik pulang ke Malaysia.
24-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat