Sempena Ulang Tahun Ke-4 Proton X70, Ini 10 Fakta Yang Anda Patut Tahu!

Ketika Proton X70 dilancarkan pada tahun 2018, ramai yang terliur dengan reka bentuk kenderaan utiliti sukan (SUV) ini dimana ketika itu ia merupakan SUV pertama keluaran Proton.

Namun semalam, cukup genap empat tahun, SUV terbabit ada di pasaran.
Jadi, sempena ulang tahun ke-4 Proton X70, ini 10 fakta yang anda perlu tahu:
Berikut infonya:
1. Proton X70 ialah model SUV premium pertama daripada PROTON dan juga model pertama dibangunkan dengan kerjasama Geely.
2. Proton X70 telah dilancarkan oleh Perdana Menteri ketika itu Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Dr. Siti Hasmah pada 12 Disember 2018 di Kuala Lumpur.
-full_normal.jpg)
3. Proton X70 ialah "kereta bercakap" pertama daripada PROTON dengan arahan suara pintar di mana anda hanya perlu menyebut frasa 'Hai, PROTON' untuk mengawal ciri seperti tingkap kuasa, penyaman udara,navigasi, muzik dan aplikasi cuaca.
4. Proton X70 menerima lebih daripada 10,000 tempahan sebelum sampai ke bilik pameran.
5. Sehingga akhir bulan November 2022, 82,869 unit Proton X70 telah dijual sejak ia dilancarkan, menjadikannya SUV segmen C terlaris di Malaysia selama empat tahun berturut-turut.

6. PROTON mula mengeluarkan Proton X70 di Malaysia di kilang baharunya bernilai RM1.2 bilion di Tanjung Malim pada tahun 2019 dan Proton X70 yang dipasang secara tempatan yang pertama melancarkan barisan pengeluaran pada 13 Disember tahun itu.

7. PROTON melancarkan Proton X70 2022 pada 9 Jun 2022, menawarkan kemas kini gaya dan pilihan powertrain baharu untuk pelanggan yang mencari SUV dengan kecekapan bahan api yang dipertingkatkan enjin 1.5L TGDi yang turut dihasilkan di Malaysia.

8. Brunei merupakan pasaran eksport pertama Proton X70 di mana ia dilancarkan pada 29 Julai 2019.
9. Sehingga kini, Proton X70 telah dieksport ke tujuh negara iaitu Brunei, Nepal, Mesir, Bangladash, Kenya, Pakistan, dan Afrika Selatan, dan sehingga akhir bulan November tahun ini, jumlah jualan eksport berjumlah 2,919 unit.
10. Selain dikeluarkan di Malaysia, Proton X70 juga dipasang secara tempatan di Karachi, Pakistan.

Apa pula pandangan anda mengenai Proton X70? Kongsikan pendapat anda di bawah ruangan di bawah ini!
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Proton S70 i-GT 1.5 RM58,800: Laris Di Sabah, Sarawak
Harga Bermula RM58,800: Proton S70 i-GT 1.5 Laris Semacam Di Malaysia Timur.
13-10-2026
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban
Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.
12-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?
Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.
12-10-2026
Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5
Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.
11-10-2026
JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut
Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.
11-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge