ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Tayar Masa Hadapan, Caricarz Senarikan Enam Konsep Tayar Inovatif

Suhana Veru

Kongsi melalui

Pembangunan teknologi yang digunakan di dalam kereta sentiasa berkembang tetapi jika menyentuh mengenai tayar, ia bagaimanapun kelihatan sama sahaja sepanjang tahun. 

Namun nampaknya sekarang semuanya semakin berubah!

Manakan tidak, ketika pengeluar kereta dilihat terus mengeluarkan kereta konsep yang agak pelik sekali gus turut membuatkan pengeluar tayar juga menjejaki langkah mereka dengan  membangunkan tayar masa hadapan.

Oleh itu, Caricarz menyenaraikan konsep tayar inovatif dan kesemua ini sebenarnya satu langkah ke hadapan daripada menawarkan tayar yang uzur dan ketinggalan zaman.

Tayar pertama yang anda perlu tahu ialah Tayar Eagle 360 yang dihasilkan oleh Goodyear. Ia merupakan tayar konsep berbentuk sfera yang hadir dengan cetakan 3D.

Apa yang menarik, tayar ini akan digunakan untuk kereta tanpa pemandu kerana ia direka untuk menjadi sebahagian daripada “sistem saraf kenderaan”.

Dikuasakan oleh kecerdasan buatan (AI), ia menampilkan kulit bionik dengan rangkaian sensor yang membolehkan ia merasai keadaan pemanduan, mengumpul maklumat persekitaran, termasuk permukaan jalan.

Malah, tayar ini juga mempunyai kebolehan untuk menyimpan maklumat persekitrannya dalam masa sebenar melalui sambungan dengan kenderaan dan infrastruktur lain, serta trafik dan sistem pengurusan mobiliti.

Yang kedua ialah tayar Oxygene yang juga merupakan produk Goodyear!

Tayar konsep cetakan 3D ini pula agak aneh kerana ia menggunakan lumut. Ia bertujuan untuk menyerap titisan air dan lembapan dari jalan raya.

Ia kemudian menjalankan proses fotosintesis dan menghasilkan oksigen.

Oxygene dikatakan menjana elektrik dengan menukarkan karbon dioksida kepada oksigen yang kemudiannya juga menguasai ciri elektroniknya  seperti unit pemprosesan AI dan sensor.

Yang seterusnya, tayar superlastik yang dihasilkan oleh NASA. Menerusi hasil kerjasama dengan Goodyear, tayar superelastik bukan pneumatik NASA diilhamkan oleh Tayar Apollo Lunar.

Biarpun pada mulanya, ia dibuat untuk misi masa depan ke Marikh, ia juga dilihat sebagai alternatif kepada tayar angin biasa.

Percaya atau tidak, tayar Superelastik ini bukan sahaja tahan ketegangan tinggi malah ia mampu mengubah bentuk secara melampau tanpa menyebabkan kerosakan kekal.

Tangga keempat dalam senarai ini ialah tayar Hexonic yang dihasilkan oleh Hankook. Inovasi ini ialah konsep tayar pintar untuk mobiliti berautonomi dan mementingkan keselesaaan  penumpang.

Bunga tayarnya yang terdapat bentuk Y dikatakan menawarkan cengkaman tambahan.

Menurut syarikat itu, tayar Hexonic mempunyai tidak kurang daripada tujuh pengecan yang  mana ia boleh membaca, menganalisis, bertindak balas terhadap jalan dalam masa sebenar selain, mengambil kira perkara-perkara lainseperti cengkaman, suhu dan permukaan jalan.

Yang kelima ialah tayar Aeroflow yang juga merupakan produk Hankook. Ia dibangunkan untuk sukan permotoran dan didatangkan sekali dengan rim khas yang mempunyai turbin angin di dalamnya.

Rekaannya dikatakan memfokuskan kepada daya tolakan ke bawah yang mana ia tidak diambil kira ketika pembangunan tayar sekali gus menjadikan ia agak unik.

Akhir sekali ialah tayar tanpa angin, Airless i-Flex yang juga antara keluaran Hankook. Tayar konsep ini dibangunkan dengan hasil kerjasama bersama Hyundai Motor Company. Ia direka untuk memaksimumkan modul Plug & Drive Hyundai.

I-Flex ialah konsep biomimetik dengan reka bentuk bukan pneumatik futuristik dan apa yang menarik ia tidak memerlukan pemantauan tekanan udara atau pengisian semula.

Maka,ini menjadikannya pilihan terbaik untuk kereta pandu sendiri.

Malah, jejari tayar yang bersambungan ini  digunakan untuk menyerap hentakan jalan raya dan membolehkannya ia membawa muatan yang berat.

Jejarinya yang bercantum membentuk sel dalam 3D untuk penyerapan hentakan yang lebih baik.

Pendek kata, tayar konsep ini mungkin muncul sebagai fiksyen sains, tetapi dengan semua teknologi yang dilengkapi dengan kereta pada masa kini, fiksyen itu nampaknya bakal menjadi realiti.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPG7460

SELANGOR

BSF5892

JOHOR

JYA7232

PULAU PINANG

PRR5946

PERAK

ANW7836

PAHANG

CFC2065

KEDAH

KGA9794

NEGERI SEMBILAN

NEG2732

KOTA KINABALU

SJL3608

KUCHING

QAB5313L

Terakhir Kemas Kini 20 Jun, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.05

RON 97

RM 3.14

+0.07

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.81

+0.07

EURO 5 B7

RM 3.01

+0.07

Terakhir Kemas Kini 19 Jun, 2025

Berita Berkaitan

Berita Auto

31-07-2024
Berita Auto

08-03-2024
Berita Auto

07-03-2024
EV

11-01-2024
Berita Auto

06-01-2023
Berita Auto

21-12-2022
Berita Auto

25-11-2022

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

Tegur Fasal Motor Banyak Kali, Warga Emas Maut Dipukul Dengan Cota Besi

Seorang remaja memukul warga emas sehingga maut dipercayai angkara dendam dengan mangsa yang menegurnya banyak kali menunggang motosikal secara berbahaya.

20-06-2025
Berita Auto

Jaecoo J7 PHEV – Lebih 800 Pendaftaran Dicatatkan Dalam Empat Bulan

Jaecoo J7 PHEV kini menjadi peneraju teknologi dalam segmen SUV segmen C setelah mencatatkan lebih 800 pendaftaran sejak awal dilancarkan.

20-06-2025
Berita Auto

Kereta Buatan China Semakin Berlambak Di Malaysia, Atasi Jenama Jepun

Kereta China semakin berlambak di Malaysia sekali gus menggugat penguasaan tradisi jenama-jenama Jepun yang sebelum ini mendahului segmen itu.

20-06-2025
Berita Auto

Servis JPJ 'Mati Sementara' Mula Malam Ini, 20 Hingga 22 Jun

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia memaklumkan akan berlaku gangguan perkhidmatan berjadual di seluruh negara.

20-06-2025
Berita Auto

Baru 4 Jam Hujan, Shah Alam Dah Banjir

Kejadian banjir di Shah Alam juga menyebabkan kenderaan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yang teruk sejak 6.30 pagi tadi.

20-06-2025
Berita Auto

Ketegangan Israel-Iran: PM Jamin Harga RON95 Tak Naik

Kerajaan tidak akan menaikkan harga minyak kerana mengambil kira kesannya kepada rakyat.

20-06-2025
Berita Auto

Indonesia Jadi Lokasi Kedua Ujian Ketahanan & Keselamatan Chery

Chery kini membawa kempen Global Safety Challenge ke Indonesia, menjadikan negara ini sebagai destinasi kedua dalam siri ujian keselamatan ini.

19-06-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2025 CariCarz.com. All Rights Reserved.