LX600 - Hadir Dalam Empat Pilihan Varian
Kenderaan Utiliti Sukan, Lexus LX 600 telah direka bentuk semula untuk keluaran tahun ini.
Jentera tersebut menawarkan empat pilihan trim iaitu Standard, Premium, Luxury, Ultra Luxury, dan F Sport.
Harga permulaan dari AS$106,950 (RM448,173.80).
Trim Premium menawarkan lima mod pemanduan, dibaluti upholsteri kulit, cermin belakang dengan HomeLink dan pintu belakang berkuasa elektrik dengan deria tendangan.
Ia juga dipadankan dengan rim aloi 20 inci dan stereng teleskopik.
Bagi LX 600 Luxury, ia menawarkan trim kayu dan sterengnya dibaluti dengan kulit. Pilihan trim ini didatangkan rim aloi yang lebih besar iaitu 22 inci berbanding pakej Premium tadi.
Ia yang ditawarkan pada harga AS$127,200 (RM533,031.39), turut menawarkan sistem hiburan di tempat kerusi belakang, kunci pintar bersaiz dompet, dan 25 speaker Mark Levinson.
Beralih kepada LX 600 VIP Executive pula merupakan trim baharu untuk Lexus.
Ia yang dianggap sebagai model mewah menawarkan sistem urutan di bahagian tempat duduk belakang manakala tempat duduk barisan ketiga boleh direbahkan bagi memberi lebih banyak ruang untuk barisan tempat duduk kedua.
Trim ini menawarkan penyandar kepala VIP, kawalan iklim empat zon, trim pintu kayu dan skrin tujuh inci.
Begitupun, trim ini dijual pada harga AS$151,200 (RM 633,981.60).
LX 600 F Sport 1 yang ditawarkan pada harga AS$119,950 (RM 502,950.35) pula menawarkan ciri F Sport.
Pakej ini menawarkan pemanduan yang lebih sporty dan reka bentuk yang agak solid.
Dipadankan dengan rim F Sport 22 inci, ia juga menawarkan upholsteri kulit separuh Aniline.
Menyentuh mengenai prestasi enjinnya, LX 600 dikuasakan dengan enjin V6 3.4 liter yang menghasilkan 409 kuasa kuda bersama transmisi auto 10-kelajuan dan pacuan empat roda adalah ciri standard.
Begitupun, semua LX serba baharu ini didatangkan dengan Sistem Keselamatan Lexus +2.5.
Mengenai ciri keselamatannya pula, ia menawarkan sistem pemantau titik buta, amaran lintasan trafik belakang, Pemantau Pandangan Panoramik dan Bantuan Tempat Letak Kereta Intuitif dengan Brek Auto.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPU2740
SELANGOR
BSJ2549
JOHOR
JYH6159
PULAU PINANG
PRU4970
PERAK
APB5426
PAHANG
CFD6406
KEDAH
KGC4781
NEGERI SEMBILAN
NEH2864
KOTA KINABALU
SJM9604
KUCHING
QAB2941M
Terakhir Kemas Kini 03 Oct, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.21
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.93
EURO 5 B7
RM 3.13
Terakhir Kemas Kini 25 Sep, 2025
Berita Berkaitan
Lexus RX 500h F Sport 2023 Kini Di Malaysia – Dari RM498K
Lexus RX generasi kelima kini hadir dengan varian tertinggi baharu, RX 500h F Sport. Ini spesifikasinya...
18-08-2023
Berita Terkini
Pemandu E-Hailing Dapat Had Tambahan Subsidi BUDI95 Mulai 15 Oktober, Pemilik Bot TIdak Perlu Lesen Memandu Sah
Kerajaan telah bersetuju memberikan tambahan had kelayakan subsidi BUDI MADANI RON95 (BUDI95) khas kepada pemandu e-hailing sepenuh masa bermula 15 Oktober
02-10-2025
SPRM Sita 18,000 Tayar, Pengeluar Tayar Antabangsa Mahu Bantu Periksa Ketulenan Tayar
Beberapa syarikat pengeluar tayar antarabangsa akan menyalurkan bantuan untuk memeriksa dan mengesahkan ketulenan 18,000 tayar yang dirampas, baru-baru ini.
02-10-2025
Puspakom Nafi Hanya Tumpu Kepada Brek, Pemeriksaan Menyeluruh Ikut Standard Antarabangsa
Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) menafikan dakwaan bahawa tumpuan hanya diberikan terhadap sistem brek semasa pemeriksaan kenderaan.
02-10-2025
KPDN Sedang Siasat Kereta Singapura Isi RON95
Tular warga asing mengisi RON95 di sebuah stesen minyak.
02-10-2025
5 Jalan Di KL Ditutup Sempena Bazar Deepavali
Warga kota diminta merancang perjalanan bagi mengelak kesesakan lalu lintas.
02-10-2025
Penceramah Popular Guna Nombor Plat Orang Lain, Sampai Ada 42 Saman Awas, Akhirnya Dicekup
Penceramah itu mengakibatkan saman berjumlah lebih RM12,600 yang terkumpul sejak September 2023 dikeluarkan kepada pemilik nombor pendaftaran hampir sama.
02-10-2025
Perhatian: MG4 Turun Harga, Pelanggan Kini Boleh Jimat Hingga RM28,000
MG Motor Malaysia menetapkan harga baharu untuk model hatchback elektrik paling hangat di pasaran, MG4 semalam.
02-10-2025
Terowong Menora: Trak ATM Masuk Gaung, Seorang Anggota ATM Terkorban
Seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) maut selepas trak dinaiki bersama enam yang lain terjunam ke dalam gaung di Kilometer 257 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara selepas Terowong Menora, Perak semalam.
02-10-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat