- Berita
- Berita Auto
- Pemproses AMD EPYC Beri 'Tenaga Luar Biasa' Kepada Pasukan Mercedes-AMG Petronas F1 Racing
Pemproses AMD EPYC Beri 'Tenaga Luar Biasa' Kepada Pasukan Mercedes-AMG Petronas F1 Racing
Pasukan Mercedes-AMG Petronas Formula One (F1) berjaya mencapai peningkatan prestasi sehingga 20% untuk beban kerja dinamik bendalir komputasi (CFD) yang digunakan bagi memodelkan dan menguji aliran aerodinamik kereta F1 mereka dengan menggunakan pemproses AMD EPYC. Pemproses ini telah dihasilkan oleh ADVANCED Micro Devices Inc.
Pemproses EPYC daripada AMD telah direka supaya memiliki kuasa yang tinggi, cekap tenaga dan menjimatkan dalam pasaran; pemproses ini cukup ideal untuk kegunaan pasukan F1 kerana beban kerjanya yang esktrem dan juga keperluan untuk menjalankan simulasi dengan pantas.
Pasukan Mercedes-AMG Petronas F1 yang kini memegang reputasi sebagai juara Constructors' Champion, telah pun mengumpulkan kemenangan keseluruhan sebanyak lapan kali, semuanya disumbangkan oleh Lewis Hamilton.
Pasukan Mercedes-AMG Petronas Formula One (F1) cuba melakukan yang terbaik dengan CFD dengan cara membangunkan ciri aerodinamik yang hebat dan dalam masa yang sama menepati peraturan bajet yang ditetapkan oleh Fédération Internationale de l'Automobile (FIA).
Beban kerja aerodinamik adalah antara yang paling kompleks dan teknikal dalam kalangan pasukan F1 kerana ia memerlukan penggunaan pemproses dan pelayan (server) yang canggih untuk menjalankan analisis dan menentukan tanda aras.
Selain itu, bagi mengelakkan mana-mana pasukan daripada memiliki kelebihan yang tidak adil untuk pasukan lain, FIA telah membangunkan satu rangka kerja yang kompleks yang menentukan berapa banyak prestasi CFD dan juga masa terowong angin yang boleh digunakan oleh pasukan F1.
Untuk pengetahuan pembaca, AMD dan pasukan Mercedes-AMG Petronas F1 telah mengumumkan kerjasama buat julung kalinya pada tahun 2020 yang lalu untuk mensinergikan semangat kedua-dua syarikat kepada prestasi yang ekstrem.
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPR5772
SELANGOR
BSH6303
JOHOR
JYG4058
PULAU PINANG
PRT8317
PERAK
APB738
PAHANG
CFD4232
KEDAH
KGC1944
NEGERI SEMBILAN
NEG9758
KOTA KINABALU
SJM5104
KUCHING
QAB1362M
Terakhir Kemas Kini 09 Sep, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.16
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.88
EURO 5 B7
RM 3.08
Terakhir Kemas Kini 04 Sep, 2025
Berita Terkini
Dilancar: Makmal Forensik Kenderaan Bantu Siasatan Nahas Jalan Raya
Pengoperasian kemudahan Makmal Forensik Kenderaan oleh CyberSecurity Malaysia (CSM) akan meningkatkan keberkesanan siasatan nahas jalan raya di negara ini.
09-09-2025
Honda Malaysia, KTMB Jalin Kerjasama Untuk Sediakan Mobiliti Lestari Pada Persidangan ASEAN Railways Ke-45
Honda Malaysia menjalinkan kerjasama dengan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang bertindak sebagai Rakan Rasmi Pengangkutan Kereta bagi Persidangan Ketua Pegawai Eksekutif Kereta Api ASEAN (ARCEOs’) ke-45.
09-09-2025
Honda Prelude 2026 Dipasarkan Di Jepun – Kit Sporty Mugen Ditawarkan
Setelah hampir dua tahun sejak konsep asalnya diperkenalkan, Honda akhirnya melancarkan model baharu Prelude 2026 di pasaran Jepun.
09-09-2025
Sistem PADU Tentukan Kelayakan Subsidi RON95 – Menteri Kewangan
Kerajaan dilaporkan akan menggunakan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) untuk menentukan kelayakan penerima subsidi petrol RON95.
09-09-2025
5 Sebab Kenapa Pemilik Kereta Toyota Di Malaysia Bertuah
Dalam artikel kali ini, kami dedahkan LIMA faktor utama yang membuatkan ramai pemilik Toyota rasa ‘bertuah’ membeli model kereta jenama Jepun ini.
09-09-2025
MILI EV Hybrid Jalin Kerjasama Dengan Sarawak Skills Kukuhkan Latihan, Perkhidmatan EV Di Sarawak
SIB Mili Sdn. Bhd. (SIB Mili), anak syarikat Sapura Industrial Berhad, telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (Sarawak Skills) bagi memperkukuh ekosistem Kenderaan Elektrik (EV) dan Hibrid di Sarawak
09-09-2025
Toyota Camry Bapa Mentua Dilarikan Dari Pusat Cuci Kereta
Seorang lelaki yang membawa kereta milik bapa mentuanya untuk dicuci di sebuah pusat cuci kereta di Johor Bahru terkejut besar apabila dimaklumkan ia sebenarnya sudah dilarikan oleh seorang lelaki lain yang mendakwa rakannya.
09-09-2025
Elak Kena Tipu Dengan 'Longkai' & Bengkel Selepas Kemalangan – Persatuan Insurans Am Malaysia
Ibarat 'sudah jatuh ditimpa tangga,' itulah nasib ramai yang terlibat dalam kemalangan dan kemudian terperangkap dalam jerat pengendali trak tunda tidak bertanggungjawab.
08-09-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat