ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Pakai Pakaian Longgar, Selipar, Kasut Tumit Tinggi Ketika Memandu, Boleh Didenda Sampai Puluhan Ribu

Suhana Veru

Kongsi melalui

Mana-mana pemandu UK yang didapati memandu dengan pakaian dan kasut yang tidak sesuai, mereka  boleh dikenakan denda £5,000 (RM26,932) termasuk larangan memandu jika kes dihadapkan ke mahkamah.

Denda serta-merta  pula sebanyak £100. Denda ini juga boleh dikenakan tiga mata penalti, lapor berita online, express.co.uk.

Oleh itu, pemandu di United Kingdom diberi amaran keras supaya tidak memakai pakaian dan kasut yang sebarangan.


Langkah itu diambil ketika negara berkenaan mencatatkan suhu panas yang kini mencecah  30 darjah Celsius.

Di sebalik cuaca panas, ramai yang mengenakan pakaian terlalu longgar untuk membuatkan mereka berasa selesa sehingga mengabaikan soal keselamatan.

Peraturan 97 Kod Lebuhraya menyatakan:

“Pakaian longgar yang anda pilih ketika memandu sebenarnya boleh menghalang anda mengendalikan kenderaan dengan betul.

“Bayangkan, jika pakaian anda terlalu longgar, ia sebenarnya boleh tersangkut pada klac atau brek sekaligus berdepan dengan risiko kemalangan. Jadi, jika ia boleh menjurus kepada kemalangan, maka pemandu itu boleh didakwa atas kesalahan memandu secara cuai dan dikenakan denda £5,000 ,” katanya.

Antara kasut yang tidak boleh dipakai ketika memandu:

·       Selipar

·       Kasut tumit tinggi

·       Cermin mata hitam/ bingkai tebal

Kenapa tidak boleh pakai cermin mata hitam?

Ini jawapannya!


Cermin mata hitam adalah aksesori perlindungan mata yang cukup penting terutama ketika musim panas namun ia sebenarnya boleh menghalang penglihatan seseorang semasa memandu.

Misalnya,  sesetengah kanta mungkin berwarna terlalu gelap sekaligus menyekat penglihatan di siang hari.

Menyentuh mengenai bingkai cermin mata bersaiz besar, ia sebenarnya  boleh menyebabkan titik buta, jadi pemandu dinasihatkan untuk mengujinya terlebih dahulu.

Selain kod etika pemakaian, pihak berkuasa di negara itu juga melarang pemandu kenderaan memakai kasut tinggi dan kasut setebal 10 milimeter yang dianggap kasut yang tidak selamat untuk dipakai ketika memandu.

Semua jenis kasut ini hanya mendorong kepada risiko hilang kawalan dan kemalangan.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPS4763

SELANGOR

BSH7960

JOHOR

JYG7645

PULAU PINANG

PRU1287

PERAK

APB2504

PAHANG

CFD4892

KEDAH

KGC3032

NEGERI SEMBILAN

NEH1361

KOTA KINABALU

SJM6224

KUCHING

QAB1721M

Terakhir Kemas Kini 19 Sep, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.05

RON 97

RM 3.21

+0.03

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.93

+0.03

EURO 5 B7

RM 3.13

+0.03

Terakhir Kemas Kini 18 Sep, 2025

Berita Terkini

Global

Proton e.MAS 7 Dilancar Di Singapura, Harga Bermula Daripada RM577K

Proton kini kembali ke Singapura dengan melancarkan secara rasminya model EV pertamanya, e.MAS 7, pagi tadi.

18-09-2025
Global

Ini Dia Model Kia Paling Mewah, Bukan SUV Atau EV Tetapi Cuma MPV

Kia Carnival Hi-Limousine yang cukup mewah ini dikatakan mampu menewaskan Toyota Vellfire serta Alphard dan Lexus LM.

17-09-2025
Global

Geely EX5 Terlebih Dahulu Masuk Pasaran UK Bulan Depan, Apa Pula Nasib Proton e.MAS 7?

Geely EX5 EV SUV iaitu kembar kepada Proton e.MAS 7 akan dilancarkan secara rasmi di pasaran UK pada bulan depan.

17-09-2025
Global

Xpeng P7 Generasi Kedua Buat Kemunculan Sulung Di Eropah, Mona M03 Bakal Dilancarkan

Xpeng P7 generasi kedua membuat kemunculan sulung di Eropah di acara automotif IAA Mobility 2025 yang sedang berlangsung di Munich, Jerman.

12-09-2025
Global

Rupa Model SUV Terbaru, GWM Ora Cat Bocor – Ini Yang Kita Tahu Setakat Ini…

Imej SUV crossover GWM Ora Cat terbaru kini tersebar di dunia maya setelah dokumen yang difailkan GWM kepada Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat (MIIT) China dibocorkan.

12-09-2025
Global

Toyota Corolla Facelift Dengan 'Wajah Prius' Dikesan Di China

Setelah tujuh tahun berlalu sejak pelancaran Toyota Corolla generasi ke-12 (E210), kini model ini dikhabarkan akan menerima facelift yang membabitkan perubahan besar.

11-09-2025
Global

Sistem Pengangkutan Awam Jakarta Kedua Terbaik Di Asia Tenggara, Atasi KL, Manila, Bangkok

Sistem pengangkutan awam di Jakarta lebih baik berbanding dengan Malaysia memandangkan negara serumpun itu kini diiktiraf sebagai antara terbaik di dunia.

10-09-2025
Global

Nissan GT-R R35 Ditamatkan Pengeluaran Tanpa Pengganti

Nissan secara rasmi mengumumkan pengeluaran unit terakhir Nissan GT-R R35 di kilang Tochigi, Jepun.

29-08-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2025 CariCarz.com. All Rights Reserved.