ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

“Tak Payah Ke Kelas Memandu Atau Ujian JPJ, Bayar Dan Terus Dapat Lesen!” – Sindiket Lesen Memandu

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Pernah tak anda terjumpa pemandu kereta yang memandu seperti seorang yang tak pernah ke kelas memandu dan tiada pula tanda lesen L atau P ditampal pada kereta? Kemungkinan besar (bukan semua) inilah antara golongan yang menggunakan sindiket untuk dapatkan lesen dengan mudah.


Bukan mudah dan murah untuk menggenggam sekeping lesen memandu, kerana setiap individu yang ingin memandu di jalan raya perlu menghadiri beberapa sesi kelas sebelum akhirnya dinilai oleh JPJ. Tidak mahu menempuhi semua proses ini, ada yang mengambil jalan mudah.


Sindiket Lesen Memandu


Baru-baru ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis telah mengesan sindiket yang menawarkan lesen memandu secara haram di media sosial. Penemuan tersebut dibuat selepas polis menahan seorang pelajar institusi pengajian tinggi di Perlis dalam satu sekatan jalan raya di Jalan Penjara pada hari Jumaat lalu. 




Pengarah JPJ Perlis, Fatimah Mohamed Ali Piah, berkata, sekatan yang diadakan pada jam 12 tengahari itu adalah sebuah operasi khas daripada Unit Penguatkuasaan Bermotosikal (UPB).


"Dalam sekatan berkenaan, pelajar lelaki yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) milik abangnya di laluan itu ditahan untuk pemeriksaan.


"Walaupun mengemukakan lesen memandunya, pemeriksaan JPJ mendapati tiada maklumat butiran dirinya dalam data sistem MySikap JPJ.




"Siasatan mendapati pelajar berusia awal 20-an itu mengakui mendapat lesen memandu itu di Melaka menerusi promosi iklan di laman sosial Facebook (FB) dengan harga RM600 bagi kelas B2 dan D tanpa perlu menghadiri kelas memandu di sekolah memandu dan ujian penilaian JPJ.


"Pelajar berkenaan mendakwa tidak mengetahui lesen memandu diperoleh adalah palsu kerana memperoleh secara dalam talian menggunakan pautan diberi sindiket dalam laman sosial itu," katanya.


Sasaran Sindiket


​​"Berdasarkan pemantauan dan siasatan awal, Fatimah berkata, sindiket itu menyasarkan pelajar atau remaja yang sudah mencapai usia untuk memiliki lesen memandu.


"Tawaran diberi termasuk menawarkan harga lebih rendah bagi mendapatkan lesen, berbanding menerusi pembelajaran di sekolah dan institut memandu.


"Malah, tawaran pembelian lesen palsu yang diiklankan dalam FB atau Instagram (IG) juga berlaku dalam tempoh singkat menerusi pautan URL yang diberi dan segala pendaftaran untuk lesen apa juga kelas kenderaan turut diwujudkan," katanya.


Ubah Nombor Telefon


Untuk mengelak operasi mereka daripada dikesan pihak berkuasa, sindiket tersebut sering mengubah nombor telefon yang digunakan. 


Akibat Penggunaan Lesen Palsu




JPJ mengeluarkan saman mengikut Seksyen 108(5) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM20,000 serta boleh dipenjara tidak kurang satu tahun sehingga lima tahun.





Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPN5921

SELANGOR

BSH837

JOHOR

JYF1043

PULAU PINANG

PRT3161

PERAK

APA2449

PAHANG

CFD1958

KEDAH

KGB7817

NEGERI SEMBILAN

NEG7138

KOTA KINABALU

SJM1341

KUCHING

QAB9163L

Terakhir Kemas Kini 15 Aug, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.05

RON 97

RM 3.13

-0.04

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.90

-0.04

EURO 5 B7

RM 3.10

-0.04

Terakhir Kemas Kini 14 Aug, 2025

Berita Berkaitan

Berita Auto

Ujian Memandu Lama Tertangguh? Calon Sudah Boleh Bersiap Sedia!

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tampil dengan jalan penyelesaian supaya semua ujian yang telah tertangguh dapat diselesaikan.

27-09-2021

Berita Terkini

Berita Auto

Tren Bangkok–Butterworth Bakal Kembali

Setelah 9 tahun perkhidmatan digantung, akhirnya perkhidmatan tren ikonik Bangkok–Butterworth yang pernah menjadi pilihan utama penumpang bakal kembali beroperasi tidak lama lagi.

14-08-2025
Berita Auto

Malaysia Import Pelbagai Jenis Tayar, Penuhi Penggunaan Tempatan

Malaysia mengimport pelbagai jenis tayar bernilai RM3.53 bilion bagi memenuhi penggunaan tempatan sebanyak 22 juta unit setahun.

14-08-2025
Berita Auto

Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2025 – Tarik Lebih 100,000 Pengunjung!

Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL) 2025 melabuhkan tirainya dengan catatan kehadiran lebih 100,000 pengunjung sepanjang tiga hari penganjurannya iaitu dari 8 hingga 10 Ogos lalu.

14-08-2025
Berita Auto

Kajian Kebolehlaksanaan Projek Kereta Api Trans-Borneo Siap 2026

Kementerian Pengangkutan yakin kajian kebolehlaksanaan projek Kereta Api Trans-Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak, Brunei dan Kalimantan dijangka siap pada suku ketiga 2026.

14-08-2025
Berita Auto

Isteri 69 Tahun Maut, Motosikal Suami Terbabas

Pembonceng 69 tahun maut selepas tercampak di lorong kiri jalan.

14-08-2025
Berita Auto

Ramai Pemandu Warga Emas Maut Dalam Kemalangan, Ini Pula Kata PDRM

Hampir 7,000 kematian akibat kemalangan jalan raya membabitkan pemandu berusia 61 tahun ke atas.

14-08-2025
Berita Auto

Badan Khas Untuk Siasat Kemalangan Jalan Raya Bakal Ditubuhkan?

Kementerian Pengangkutan kini sedang mempertimbangkan cadangan untuk menubuhkan satu badan khas yang dinamakan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Malaysia (MTSB)

14-08-2025
Berita Auto

Setiap Tahun, RM15 Juta Dibelanja Untuk Selenggara Kamera AWAS

Jumlah itu meliputi kerja-kerja penyelenggaraan dan servis kamera serta sistem ‘back office’, selain mencetak saman AWAS.

14-08-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2025 CariCarz.com. All Rights Reserved.