[FOTO] Toyota Veloz 2022: Imej Luar Dan Dalam Kereta, Harga Dianggarkan Dari RM95K
UMW Toyota Motor (UMWT) baru-baru ini telah mendedahkan lebih banyak imej model yang bakal dilancarkan tidak lama lagi, Toyota Veloz 2022.
Reka Bentuk Luaran Toyota Veloz 2022
Seperti yang pernah didedahkan sebelum ini, model ini ditawarkan dalam lima pilihan warna termasuklah warna dua tona (bi-tione). Foto di atas menunjukkan salah satu pilihan warna dua tona. Gaya sporty Veloz jelas terserlah dengan badan metalik biru dan bumbung hitam.
Gril depannya jika dilihat secara terperinci terdiri daripada corak berbentuk Y. Gril ini diapit oleh aksen krom berbentuk T yang menempatkan lampu kabus LED. Lampu depan kereta dengan indikator jenis berurutan (sequential) dihubungkan dengan jalur halus krom di sepanjang bahagian atas gril. Lengkungan badan kereta pada bahagian tayar juga lebih ketara, berbeza dengan Toyota Avanza.
Bahagian Dalam Toyota Veloz 2022
Tempahan Toyota Veloz Serba Baharu
Tempahan awal bagi model ini sudah dibuka sejak 24 Jun yang lalu. Harga rasmi model ini masih belum diumumkan namun dianggarkan berjumlah RM95,000.00, harga atas jalan, tanpa insurans, termasuk SST.
Model ini ditawarkan dengan lima pilihan warna iaitu:
i. Metalik perak (silver) dengan bumbung hitam
ii. Metalik biru dengan bumbung hitam
iii. Putih
iv. Metalik hitam kebiruan (bluish black)
v. Metalik merah
Untuk maklumat lanjut, boleh layari toyota.com.my atau hubungi 1- 800-88-TOYOTA (869682).
Baca: Tempahan Toyota Veloz Serba Baharu Kini Dibuka, Lebih Baik Dari Avanza?
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPJ3341
SELANGOR
BSF9507
JOHOR
JYC5731
PULAU PINANG
PRS1510
PERAK
ANX3606
PAHANG
CFC4351
KEDAH
KGB2527
NEGERI SEMBILAN
NEG3930
KOTA KINABALU
SJL5618
KUCHING
QAB6270L
Terakhir Kemas Kini 03 Jul, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.18
-0.03
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.85
-0.03
EURO 5 B7
RM 3.05
-0.03
Terakhir Kemas Kini 03 Jul, 2025
Berita Terkini
Halang Kereta Di Lebuhraya PLUS, Ejen Tarik Kereta Dicekup
Polis menahan seorang suspek yang juga pemilik kenderaan yang disyaki menghalang lalu lintas di Lebuh raya PLUS.
03-07-2025
Halang Laluan Di Lebuhraya, Polis Buru 3 Pemandu Terlibat
Tiga buah kereta dirakam menghalang laluan di Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Pedas-Linggi, Rembau.
03-07-2025
Mazda CX-5 Generasi Terbaru Tiba 10 Julai Ini, Rekaan Lebih Elegan & Panjang
Mazda akhirnya mengesahkan kehadiran CX-5 generasi seterusnya. Syarikat automotif dari Jepun itu telah memuat naik beberapa imej teaser rasmi model tersebut.
03-07-2025
Bas Persiaran Terlibat Dalam Kemalangan, 2 Maut
Lagi kemalangan bas pesiaran yang menyebabkan dua penumpang bas terkorban.
03-07-2025
JPJ Mula Op Tali Pinggang Keledar, 16 Penumpang Disaman RM300 Di Kedah
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah memulakan operasi pemeriksaan pemakaian tali pinggang keledar.
03-07-2025
Minyak Naik, Turun: Kali Ini Harga RON97, Diesel Turun 3 Sen
Harga RON97 dan diesel turun 3 sen bermula esok.
02-07-2025
Surau Pertama Di Lebuhraya PLUS, R&R Seremban Kini Boleh Laksana Solat Jumaat
Surau MADANI di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban menjadi surau pertama yang kini boleh digunakan untuk menunaikan solat Jumaat.
02-07-2025
MCMC, LLM Kenal Pasti 50KM Jajaran Lebuhraya Tiada Liputan Telekomunikasi
Dasar 'Di Mana Ada Jalan, Di Situ Ada Internet' akan dimanfaatkan untuk menyelesaikan masalah capaian internet, termasuk di lebuh raya seluruh negara.
02-07-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat