- Berita
- Berita Auto
- Proton X50 Kini Boleh Guna Sistem Operasi ATLAS: Ini 9 Langkah Untuk Kemaskini Sendiri
Proton X50 Kini Boleh Guna Sistem Operasi ATLAS: Ini 9 Langkah Untuk Kemaskini Sendiri
Akhirnya, penantian pengguna Proton X50 untuk menggunakan sistem operasi yang lebih canggih menjadi realiti. Berdasarkan perkongsian yang dibuat melalui Facebook laman rasmi Proton, sistem infotainmen Proton X50 kini sudah boleh dikemaskini kepada sistem operasi ACO Tech Local Automotive Services (ATLAS).
Apa Yang Menarik Dengan Sistem Operasi ATLAS?
Rekaan antara muka pengguna atau user interface yang lebih baik dan boleh ditukar mengikut citarasa pengguna
Pengalaman arahan suara dan amaran pintar yang dipertingkat
Pengalaman navigasi yang lebih baik
Ruang marketplace baharu

Untuk mendapatkan kesemua ciri menarik ini, anda perlu mengemaskini perisian infotainmen dengan mengikuti 9 langkah mudah yang disediakan di bawah:
LANGKAH 1
Melalui sistem operasi Geely Smart Ecosystem (GKUI) yang lama boleh pergi ke menu “Setting” dan klik pada “System.”

LANGKAH 2
Dari sini, mesej “Update available” akan tertera pada skrin sekiranya kenderaan anda sudah bersedia untuk menerima kemaskini OTA. Klik pada “GKUI 19” untuk sambung proses.

LANGKAH 3
Klik “Speed first” untuk memulakan proses muat turun perisian sistem infotainmen terbaharu.

LANGKAH 4
Setelah muat turun perisian baharu selesai, klik pada butang “Install.”

LANGKAH 5
Klik “Sure” untuk meneruskan proses setelah anda baca dan fahamkan mesej yang keluar pada skrin.
-Semasa kemaskini dilakukan, pastikan enjin kekal hidup dan kereta diletakkan di tempat yang selamat.
-Sistem infotainmen tidak dapat beroperasi semasa perisian sedang dikemaskini.
-Jangan matikan enjin semasa kemaskini untuk mengelakkan kegagalan fungsi sistem.

LANGKAH 6
Sistem infotainmen anda akan memulakan proses install dan kemaskini kepada perisian baharu. Masa yang diambil bagi proses ini adalah kira-kira 10 ke 15 minit.

LANGKAH 7
Sistem infotainmen anda akan hidup semula dengan sendirinya setelah kemaskini selesai.

LANGKAH 8
Sebaik sistem infotainmen hidup, anda kini sudah dapat melihat perisian terkini iaitu ATLAS digunakan sebagai sistem operasi.

LANGKAH 9
Anda boleh melakukan semakan sama ada kemaskini terbaharu sudah mula digunapakai melalui menu “Setting” dan klik pada “System.”

X50 varian Standard dan Executive menerima versi perisian yang berkod “SW0SXRA0616L5170.00582,” sementara varian Premium dan Flagship pula menerima perisian berkod “SW0SXRA0616H5170.00581.”
Kini anda sudah boleh memanfaatkan pelbagai ciri menarik ATLAS!
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQS5204
SELANGOR
BSN7631
JOHOR
JYU1405
PULAU PINANG
PSB1295
PERAK
APG3874
PAHANG
CFG569
KEDAH
KGF514
NEGERI SEMBILAN
NEJ9258
KOTA KINABALU
SJR1924
KUCHING
QAB4971N
Terakhir Kemas Kini 04 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Terkini
Satu ASEAN 'Bergegar' Harga Minyak Naik, Malaysia Masih Antara Negara Kedua Terendah
Malaysia kekal 'Syurga' petrol ASEAN: Di saat jiran bergelut dengan harga keras.
03-04-2026
RON95 Terendah Di Dunia
Harga minyak RON95 di negara ini masih antara yang terendah di dunia.
03-04-2026
Bagaimana BDR 50% di Lembah Klang Boleh Jimatkan RM169 Juta Sebulan?
Penyelesaian Krisis Minyak Global: Mandat BDR 50% di Lembah Klang mampu jimatkan subsidi RM169 juta sebulan.
03-04-2026
Leapmotor Terajui Takhta! Sahkan Kedudukan No. 1 Syarikat Pemula NEV
Leapmotor mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju syarikat pemula NEV No.1 dengan pencapaian mantap.
03-04-2026
Proton Saga: Hero Rakyat yang Tak Lapuk Dek Zaman
Proton terus mengukuhkan cengkamannya dalam pasaran automotif tempatan apabila mencatatkan prestasi jualan suku pertama tertinggi dalam tempoh 22 tahun,
03-04-2026
Tiga Nyawa Tak Berdosa Jadi Mangsa Pemandu Lalok
Keadilan buat mangsa: Pemandu treler positif dadah direman pagi Ini.
03-04-2026
Selain GWM Tank 300 HEV, 5 Lagi SUV Bakal Menyusul
Great Wall Motor (GWM) Malaysia bakal menggegarkan pasaran automotif tempatan pada tahun ini.
01-04-2026
Terbeliak Mata Tengok Harga Diesel - Naik 50 Sen
Satu kejutan besar buat pengguna kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia apabila harga runcit bahan api tersebut dilaporkan melonjak sebanyak 50 sen.
01-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat