ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Ini 18 Perbezaan Toyota Veloz vs Perodua Alza AV: Beza Harga 20K, Mana Lagi Berbaloi?

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Persaingan antara Toyota Veloz dan Perodua Alza boleh dikatakan cukup sengit. Toyota Veloz (yang akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi) dianggarkan berharga RM95,000 dan Perodua Alza (telah dilancarkan baru-baru ini, klik artikel pelancaran di sini) pula ditawarkan dalam tiga varian dengan varian AV sebagai varian tertinggi berharga RM75,500, kurang hampir RM20,000 daripada Veloz.


Mana lebih berbaloi untuk dibeli? Betulkah yang mahal lebih baik? Apa kurangnya Alza? Apa lebihnya Veloz? 


Itu persoalan yang terlintas dalam fikiran ramai orang. Jika dipandang dengan ‘mata kasar’ kelihatan hampir serupa. Tetapi jika dilihat dengan lebih mendalam, banyak sebenarnya perbezaan antara kedua-dua model ini. 


Peringatan: Perbandingan dibuat dengan Perodua Alza varian AV dan sesetengahnya ciri GearUp Alza (akan dinyatakan).


Baca: Ini 12 Sebab Kenapa Perodua Alza 2022 AV Adalah Varian Terbaik


PERBANDINGAN KUASA KERETA TOYOTA VELOZ VS PERODUA ALZA 


#1 Enjin 


Toyota Veloz dan Perodua Alza kedua-duanya dihasilkan berasaskan platform DNGA dan menggunakan enjin sama, enjin Dual VVT-i 1.5L. Alza mampu memberikan output maksimum sehingga 105hp/138Nm. Kadar penggunaan bahan apinya ialah 22.0KM/L dengan sistem Eco idle. 


Walaupun dijangkakan menggunakan enjin sama, Veloz berkemungkinan besar memiliki kadar penggunaan bahan api yang lebih tinggi kerana beratnya yang lebih tinggi dan penggunaan saiz roda yang lebih besar. 


#2 Mod Pemanduan



Mod pemanduan boleh dikawal melalui butang Drive di sebelah kanan stereng Alza


Mod pemanduan yang dipaparkan pada kluster instrumen Veloz


Alza menawarkan pilihan mod pemanduan Normal, Eco dan Power. Ini juga terdapat pada Veloz.


PERBANDINGAN LUARAN TOYOTA VELOZ VS PERODUA ALZA


#3 Dimensi



Dimensi Alza AV


Veloz ternyata lebih besar dengan kepanjangan 4,475 mm (lebih 50 mm daripada Alza) dan berkelebaran 1,750 mm (lebih 20 mm berbanding Alza).


#4 Gril Hadapan

Alza


Alza menggunakan gril yang berbentuk seperti mangkuk atau kembang di atas. Corak grilnya berbentuk L. 


Veloz


Veloz tampil dengan gril berbentuk heksagon yang ‘kembang’ di bawah dengan corak gril berbentuk Y. 


Baca: [FOTO] Toyota Veloz 2022: Imej Luar Dan Dalam Kereta, Harga Dianggarkan Dari RM95K


#5 Lampu Depan


Kedua-duanya menggunakan lampu signal jenis sequential, tetapi kedudukan lampu nyalaan siang (DRL) adalah berbeza. 


Alza




Dengan aksesori GearUp melalui pakej badan Prime, lampu DRL Alza terletak pada sudut tepi bampar depan.


Veloz


Lampu nyalaan siang Veloz terletak di bahagian bawah lampu depan. 

Baca: Senarai Aksesori GearUp Perodua Alza 2022: Lagi Sporty, Lagi Lengkap, Lagi Syok! (Bonus: Cadangan Aksesori Penting)

 #6 Jarak Kelegaan Tanah

Alza




Perodua varian AV memiliki jarak kelegaan tanah 160 mm. Dengan jarak yang tidak terlalu tinggi dari tanah, memudahkan kanak-kanak atau warga tua memasuki atau keluar daripada kereta. 

Veloz




Veloz yang bakal dipasarkan di Malaysia memiliki jarak kelegaan tanah sebanyak 190 mm. Lebih rendah daripada Veloz Indonesia dengan jarak 205 mm. Menurut Toyota, dengan jarak kelegaan seluas ini, pengguna tidak perlu risau memikirkan barangan yang dibawa semasa melalui jalan yang berlubang atau berbonggol-bonggol (mengurangkan impak kepada ruang dalam kereta).

#7 Roda

Alza




Alza menggunakan roda aloi bersaiz 16 inci. Sesuai dengan badan kereta yang lebih rendah berbanding Veloz. 


Veloz



Veloz menggunakan roda aloi yang lebih besar, iaitu 17 inci.


#8 Rel Bumbung


Rel bumbung hanya terdapat pada Toyota Veloz (biru), tiada pada Alza


#9 Bahagian Belakang

Alza




Logo Alza dapat dilihat diletakkan pada sudut bawah bahagian tepi pintu but kereta. Sementara itu lampu belakang kereta dilihat tidak bersambung antara satu sama lain.  


Veloz




Logo Veloz terletak di bahagian tengah pintu but iaitu antara nombor plat kereta dan logo Toyota. Lampu belakangnya pula dilihat berhubung antara satu sama lain (hanya dipisahkan oleh logo Toyota). 


#10 Warna


Dari segi warna, Alza 2022 tidak ditawarkan dalam warna biru. Sementara Toyota Veloz pula tidak ditawarkan dalam warna coklat. Senarai warna kedua-dua model ini dikongsikan di bawah.


Alza


Senarai warna Perodua Alza 2022:

  • Ivory White (putih)

  • Glittering Silver (perak)

  • Garnet Red (merah)

  • Elegant Black (hitam)

  • Vintage Brown (coklat)


Veloz


Senarai warna Toyota Veloz 2022:

  • White (putih)

  • Metallic Bluish Black (hitam kebiruan metalik)

  • Red Metallic (metalik merah)

  • Metalik Silver with Black Roof (perak metalik dengan bumbung hitam)

  • Blue Metallic with Black Roof (biru metalik dengan bumbung hitam)


PERBANDINGAN KABIN TOYOTA VELOZ VS PERODUA ALZA

#11 Papan Pemuka (Dashboard)


Alza 




Alza AV hadir dengan papan pemuka dua tona iaitu dengan gabungan warna merah gelap yang kontra daripada seluruh kabin. Warna merah ini dapat dilihat pada bahagian tengah papan pemuka dan bersambung kepada sebahagian pintu. 


Veloz




Veloz juga tampil menyerlah dengan papan pemuka dua tona, tetapi dengan gabungan warna kelabu cerah. Warna in juga dapat dilihat pada sebahagian sudut pintu. 


#12 Tempat Duduk

Alza 




Varian AV hadir dengan tempat duduk balutan separa kulit dalam dua tona (sama seperti gabungan warna papan pemuka). 


Veloz


Tempat duduk Veloz dibalut sepenuhnya dengan kulit. 


#13 Sistem Infotainmen

Alza


Alza menggunakan sistem infotainmen bersaiz 9 inci, dengan kemampuan sambungan Android Auto menggunakan wayar. 

Veloz

Veloz menggunakan sistem infotainmen bersaiz 9 inci sama seperti Alza namun dengan nisbah aspek lebih lebar. Selain itu, sistem ini juga boleh disambungkan dengan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa memerlukan wayar. 

#14 Kluster Instrumen


Kedua-dua model menggunakan kluster instrumen digital bersaiz 7 inci.

#15 Penyejuk Udara (AC) & Kawalan Iklim

Kedua-duanya memiliki panel kawalan AC digital zon tunggal. Namun dengan sedikit perbezaan.

Alza

Panel Alza adalah serupa dengan yang terdapat pada Ativa, tidak memiliki fungsi kawalan iklim auto, tetapi terdapat dua tetapan memori.


Veloz

Pada panel Toyota terdapat dua tombol bulat dan satu fungsi automatik untuk mengawal penyejuk udara. 


#16 Stereng


Alza



Kecondongan (tilt) stereng Alza boleh dilaraskan.


Veloz



Stereng Veloz boleh dilaraskan secara teleskopik (pelarasan stereng lebih fleksibel).


#17 Ruang Kargo


Kapasiti ruang kargo Alza dan Veloz adalah sama iaitu 498L dengan tempat duduk barisan ketiga dilipat. 


#18 Lain-Lain (Bahagian Kabin)



Veloz hadir dengan pengecas tanpa wayar Qi di belakang tombol gear


Veloz memiliki cahaya ambien biru pada bahagian pintu dan konsol tengah


MANA LAGI BERBALOI? TOYOTA VELOZ ATAU PERODUA ALZA?

Berdasarkan perbandingan yang dikongsikan, dan perbezaan harga kira-kira RM20K, mana satu menjadi pilihan anda? Berbaloikah bayar lebih untuk Toyota Veloz, atau Perodua Alza AV sudah cukup sempurna? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen. 

Baca: Ini 12 Sebab Kenapa Perodua Alza 2022 AV Adalah Varian Terbaik

Baca: Senarai Aksesori GearUp Perodua Alza 2022: Lagi Sporty, Lagi Lengkap, Lagi Syok! (Bonus: Cadangan Aksesori Penting)





Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPP1832

SELANGOR

BSH2039

JOHOR

JYF3256

PULAU PINANG

PRT3996

PERAK

APA3717

PAHANG

CFD2421

KEDAH

KGB8504

NEGERI SEMBILAN

NEG7494

KOTA KINABALU

SJM1925

KUCHING

QAB9451L

Terakhir Kemas Kini 20 Aug, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.05

RON 97

RM 3.13

-0.04

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.90

-0.04

EURO 5 B7

RM 3.10

-0.04

Terakhir Kemas Kini 14 Aug, 2025

Berita Berkaitan

Video

Perodua Alza AV 2022, Review Pandu Uji | MPV serba moden yang mesra pengguna dengan hanya RM75,500.

Perodua Alza 2022 telah dilancarkan di Malaysia! Sebanyak tiga varian ditawarkan iaitu X, H dan AV. So... MPV segmen-B tujuh tempat duduk ni Alza 2022 Lebih Luas, Lebih Canggih, Harga Pun Boleh Tahan!

02-02-2023
Berita Auto

05-01-2023
Berita Auto

18-08-2022
Berita Auto

16-08-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Agong Berkenan Pandu Uji ETS dari KL ke Rawang

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan memandu Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dari Kuala Lumpur ke Rawang, Selangor .

19-08-2025
Berita Auto

LRT, MRT Ke Langkawi Tak Masuk Akal Sebab Telan Kos Tinggi!

Jambatan rel sepanjang 30km dari Kuala Perlis ke Langkawi, memerlukan perbelanjaan besar.

19-08-2025
Berita Auto

Lagi Kemalangan Maut Di LPT 1

Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun yang memandu tanpa lesen maut di LPT 1.

19-08-2025
Berita Auto

GWM Malaysia Lancar Kempen Merdeka 2025, Pelbagai Hadiah Menarik Menanti Anda!

GWM Malaysia melancarkan Kempen Merdeka 2025 bertemakan “Gaya Wawasan Malaysia” dari 16 Ogos hingga 28 September 2025,

19-08-2025
Berita Auto

RXZ Members 7.0 Terima Sokongan Kerajaan Madani, PMX Salur RM100,000

Kerajaan menyalurkan peruntukan awal RM100,000 kepada peserta Program RXZ Members 7.0 2025 sebagai bukti komitmen dan sokongan penuh terhadap program itu.

19-08-2025
Berita Auto

Ada Berita Baik, Terdapat 112 Pengecas EV Di PLUS, LPT 2

PLUS menyediakan 112 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) yang kini beroperasi di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2).

18-08-2025
Berita Auto

Tular: Wanita Terjatuh Dari Kereta, Mujur Tidak Dirempuh

Polis meminta saksi kejadian tampil membantu siasatan berhubung kes seorang wanita terjatuh daripada sebuah kenderaan yang sedang bergerak di SPRINT.

18-08-2025
Berita Auto

Amarah Kereta Kena Tunda, Lori Pihak Berkuasa Pula Kena Bakar

Gara-gara kereta Perodua Axia ditunda, seorang lelaki tempatan bertindak membakar lori tunda Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) kelmarin.

18-08-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2025 CariCarz.com. All Rights Reserved.