ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Sistem Bekalan Elektrik Negara Akan Diperbaharui, Bakal Buka 14K Peluang Kerja!

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Sebagai langkah awal merancakkan lagi komitmen negara dalam peralihan tenaga, kerajaan akan menjalankan program dan pembaharuan sistem pembekalan elektrik negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.


Pelaksanaan program ini dijangka dapat membuka sejumlah 14,000 peluang pekerjaan dengan nilai pelaburan mencecah RM 6 bilion. 


Kerajaan telah meluluskan peruntukan pengagihan semual kuota tenaga boleh baharu (TBB) untuk tenaga solar sebanyak 1,200 megawatt. 




Agihan bakal dilakukan di bawah mekanisme sedia ada, New Enhanced Dispatch (NEDA) dan program pemasangan solar di bumbung bangunan.


Turut akan dilaksanakan ialah inisiatif perintis pembangunan Pulau Tenaga Hijau di Pulau Redang dan Pulau Perhentian, Terengganu untuk menyediakan bekalan elektrik yang konsisten, mampu bayar dan rendah pelepasan karbon.


Pulau Redang (Foto: William Kong)


"Pengguna elektrik di kedua-dua buah pulau peranginan itu akan menerima bekalan elektrik selama 24 jam menjelang 2025, sekali gus mengurangkan kira-kira 70 peratus pelepasan gas rumah kaca," kata Perdana Menteri.


Perundangan kawal selia keselamatan pembangunan infrastruktur pengecasan kenderaan elektrik (EV) turut dirangka secara terperinci agar keselamatan awam dan pengguna terjaga. 


Untuk tujuan itu, Garis Panduan Pembangunan Infrastruktur EV di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447) bakal mula dikuatkuasakan pada suku keempat 2022 bagi memastikan pembangunan infrastrukturnya dilaksanakan dengan selamat dan teratur berdasarkan piawaian yang telah ditetapkan.


"Saya juga ingin memaklumkan bahawa Tenaga Nasional Bhd (TNB) dengan kerjasama Syarikat MySuri Biz Technologies Sdn Bhd akan menyediakan 1,000 unit EV teksi, sebagai menyokong usaha penyahkarbon negara.


"Keterlibatan pihak GLC seperti TNB perlu dipergiatkan bagi menyokong pembangunan industri EV negara," kata Ismail Sabri.


Sumber: Bernama



Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRA4064

SELANGOR

BSQ3900

JOHOR

JYX3845

PULAU PINANG

PSC5359

PERAK

APH7131

PAHANG

CFG6121

KEDAH

KGG2315

NEGERI SEMBILAN

NEK4981

KOTA KINABALU

SJR9999*

KUCHING

QAB8601N

Terakhir Kemas Kini 29 May, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

15-02-2023
EV

27-10-2022
Berita Auto

30-08-2022
Berita Auto

24-06-2021

Berita Terkini

Berita Auto

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Berita Auto

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026
Berita Auto

20 Saman AES: Pemandu Alphard Akhirnya Kantoi

Pemandu Alphard Kantoi Sembunyi Kereta Belakang Bank, Rupa-Rupanya 'Sarat' Saman AES!

26-05-2026
Berita Auto

Saman Bukan Matlamat: 2,000 Anggota JPJ Pantau Kawasan Berisiko

2,000 JPJ akan digerakkan di seluruh negara.

26-05-2026
Berita Auto

Tukar Hak Milik Kereta Persendirian: 8 Pusat Pemeriksaan Carro Mula Beroperasi Bulan Depan

Carro dilantik laksana pemeriksaan tukar hak milik kenderaan persendirian. - MOT.

26-05-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.