‘X-in-1’ Dapat Kurangkan Kos Pembangunan Tapi Apa Yang Penting Harga Model e-Power Sama Dengan Kereta Petrol
Nissan Motor Corporation melancarkan rangkaian kuasa elektrik yang lebih mampu milik baru-baru ini.
Rangkaian trenkuasa yang dikenali sebagai ‘X-in-1’itu sebenarnya bertujuan untuk mengurangkan kos pembangunan dan produksi sebanyak 30 peratus berbanding tahun 2019.
Langkah itu diambil bagi membolehkan model-model dengan sistem hibrid e-Power mencapai harga yang sama dengan model yang dikuasa oleh enjin pembakaran dalaman konvensional menjelang 2026.
Menerusi pendekatan X-in-1, Nissan menyasarkan untuk meningkatkan lagi daya saing kenderaan EV dan model e-POWER miliknya.
Untuk itu, Nissan telah membangunkan prototaip unit rangkaian kuasa 3-dalam-1 yang menampilkan moto, inverter dan reducer yang akan dihasilkan secara modular.
Nissan juga telah menghasilkan prototaip untuk unit rangkaian kuasa modular e-Power ‘5-dalam-1’ dimana ia turut menampilkan dua komponen tambahan iaitu generator dan increaser (peningkar kelajuan).
Naib Presiden Nissan Motor Corporation, Toshihiro Hirai, pihaknya memanfaatkan sepenuhnya kepakaran dan pengetahuan mereka dalam pembangunan dan pengeluaran teknologi elektriknya yang dibangunkan sejak 10 tahun lalu.
Hakikatnya, pendekatan X-in-1 untuk pembangunan rangkaian kuasa elektrik menawarkan pelbagai manfaat.
Antaranya membolehkan saiz dan berat unit rangkaian kuasa ini dikurangkan bagi memberikan prestasi pemanduan dan NVH yang lebih baik.
Selain itu, pendekatan ini turut menggunakan logam nadir bumi berat yang lebih sedikit dalam strukturnya (berat magnet yang 1% atau kurang).
Maka tidak hairanlah berdasarkan Ambition 2030, Nissan mahu memperkenalkan 27 model elektrifikasi (termasuk 19 EV) menjelang tahun fiskal 2030.
Sehubungan itu, Nissan turut berhasrat untuk membawa nilai unik kenderaan elektriknya kepada rangkaian pelanggan yang meluas dengan memperkenalkan model yang paling sesuai kepada setiap pasaran pada masa yang sesuai.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPG5294
SELANGOR
BSF5379
JOHOR
JYA5795
PULAU PINANG
PRR5339
PERAK
ANW7166
PAHANG
CFC1619
KEDAH
KGA9582
NEGERI SEMBILAN
NEG2506
KOTA KINABALU
SJL3295
KUCHING
QAB5201L
Terakhir Kemas Kini 19 Jun, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.14
+0.07
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.81
+0.07
EURO 5 B7
RM 3.01
+0.07
Terakhir Kemas Kini 19 Jun, 2025
Berita Terkini
Geely Pamer Sistem Hibrid AI Canggih, EM AI Super Hybrid 2.0 – Cecah 2,100 KM!
Geely memperkenalkan sistem kuasa hibrid terbarunya yang dinamakan Geely EM AI Super Hybrid 2.0 di pameran automotif Auto Chongqing 2025.
17-06-2025
MARii, Petronas Perkenal Teknologi ADaPTiV: Bantu Ramal Masalah Kenderaan Sebelum Berlaku
Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) telah bekerjasama dengan Petronas Global Technical Solutions Sdn Bhd (PGTSSB) memperkenalkan sistem ADaPTiV.
16-06-2025
Jalan Raya Negara Diawasi Dron, Sensor & AI
Malaysia kini berusaha untuk memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk meningkatkan keselamatan, kecekapan dan keberkesanan infrastruktur jalan raya.
30-05-2025
Pioneer SXT-C10PS: Radio Untuk Kereta Klasik Dengan Ciri Moden 'Tersembunyi'
Pioneer, jenama besar dalam dunia elektronik memperkenalkan unit audio bergaya klasik yang sarat ciri moden, Pioneer SXT-C10PS.
27-05-2025
ZF Dedah Sistem Range Extender Untuk EV
ZF memperkenalkan sistem range extender yang baharu dan canggih untuk kenderaan elektrik (EV).
29-04-2025
Geely Perkenal G-Pilot: ADAS Canggih Dengan Navigasi Pintu-ke-Pintu
Gergasi automotif China, Geely, telah memperkenalkan versi terkini sistem bantuan pemanduan (ADAS) G-Pilot.
05-03-2025
Teknologi Hidrogen Toyota Makin Canggih – Jarak Lebih Jauh, Kos Lebih Rendah
Toyota memperkenalkan sistem sel bahan api hidrogen generasi ketiga yang menawarkan peningkatan ketara dari segi jarak perjalanan dan penjimatan kos.
18-02-2025
Ciri 'Mata Tuhan' Didatangkan Standard Pada Semua Model BYD
‘Mata’ yang dimaksudkan ialah sistem bantuan pemanduan pintar (ADAS) terbaru BYD yang dinamakan “God’s Eye.”
15-02-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat