ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Cuti Panjang! PLUS Sesak Minggu Ini

Suhana Veru

Kongsi melalui


Sempena cuti perayaan Tahun Baharu Cina, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menambahkan 265 anggota PLUSRonda bagi membantu pengguna lebuh raya yang mengalami kerosakan kenderaan atau kecemasan.

Ini kerana PLUS menjangkakan sebanyak 2 juta kenderaan akan menggunakan lebuh raya kendaliannya pada hujung minggu ini.

Perkara itu diakui Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi.


Untuk pengetahuan anda, hari yang akan mencatatkan jumlah trafik yang tinggi ialah pada 20 hingga 21 Januari dan 24 Januari ini.

PLUS turut menganggarkan jumlah trafik akan meningkat 20 peratus berbanding hari biasa.

"Justeru bagi menguruskan lonjakan trafik pada perayaan kali ini, PLUS telah membuat persediaan awal selain mengatur pelbagai strategi bagi membantu orang ramai menikmati perjalanan lebih selamat dan selesa ketika berada di lebuh raya.

"Strategi tersebut merangkumi aspek keselamatan lebuh raya, pengurusan trafik dan kesesakan, pengagihan trafik, keselesaan pengguna, pengurusan lalu lintas di plaza tol, hebahan maklumat trafik dan sebagainya,” katanya dalam satu kenyataan.


Malah, beliau turut menasihatkan pengguna motosikal dan pemandu kenderaan berat supaya mengambil langkah keselamatan sewajarnya sepanjang musim perayaan ini.

Ini kerana penunggang motosikal menyumbang 64 peratus daripada keseluruhan jumlah kemalangan maut di lebuh raya PLUS pada tahun 2022.


Sehubungan itu, PLUS akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk melaksanakan penguatkuasaan undang-undang dan advokasi di lebuh raya. 

Apapun, kesemua pengguna PLUS diminta rujuk  Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA).


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRX1952

SELANGOR

BSU8035

JOHOR

JG8592J

PULAU PINANG

PSH1946

PERAK

APM6992

PAHANG

CFJ3284

KEDAH

KGJ6927

NEGERI SEMBILAN

NEM4960

KOTA KINABALU

SJU9642

KUCHING

QAB9422P

Terakhir Kemas Kini 31 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

25-11-2025
Berita Auto

10-11-2025
Berita Auto
Berita Auto

21-10-2025
Berita Auto

25-09-2025
Berita Auto

09-09-2025
Berita Auto

04-08-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi

Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.

29-10-2026
Berita Auto

Minyak Diesel Tanpa Subsidi Naik 20 Sen

Terkini: Harga Diesel Naik 20 Sen, RON95 & RON97 Turut Naik.

28-10-2026
Berita Auto

Awas Penipuan Tiket ECRL! Beli Hanya Melalui Saluran Rasmi

Harga Tiket ECRL Sudah Pun Diumumkan, Jadi Jangan Jadi Mangsa Scammer.

28-10-2026
Berita Auto
Berita Auto

Bila LTU Kelantan Siap?

LTU Kelantan RM3.08 B: Dijangka Siap Sepenuhnya 2028.

27-10-2026
Berita Auto

Bila PROTON S70 RS Sport Dilancar?

Ada pihak menyifatkan Proton S70 RS Sport bakal dilancarkan Disember ini.

27-10-2026
Berita Auto

F1 Kembali Ke Malaysia, Ini Kata SIC

Sepang Sedia Kertas Kerja F1: Peluang Keputusan Kini 50-50

27-10-2026
Berita Auto

Pusat 4S Denza Balakong Dibuka: Antara Pusat Pengedar Terbesar Kini di Selangor

DENZA Balakong Rasmi Dibuka, Tawar Perkhidmatan 4S Lengkap.

26-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.