ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Honda Malaysia: Harga Kereta Bagi Tahun 2023 Kekal Buat Masa Ini

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Tahun ini harga kebanyakan model kenderaan meningkat seperti yang dijangkakan oleh Persatuan Automotif Malaysia (MAA) terutamanya kenderaan import penuh (CBU). 


Sesetengah jenama kenderaan Jepun telah pun mengumumkan kenaikan harga beberapa model CBU tertentu, namun tidak bagi Honda. Ini berkemungkinan besar kerana kebanyakan kereta yang dikeluarkan syarikat Jepun ini dipasang di dalam negara sebagai model CKD di kilangnya yang bertempat di Pagoh, Melaka. Perkara ini didedahkan oleh Honda Malaysia kepada CariCarz.com hari ini. 


Jurucakap daripada bahagian pengurusan kanan Honda Malaysia itu mengatakan, “Walaupun situasi semasa mencabar, Honda Malaysia masih mengekalkan harga keretanya setakat ini. Keutamaan kami adalah untuk terus menyediakan produk berkualiti tinggi dan membuat penyerahan kepada pelanggan tepat pada masanya.”






Ini bermakna, harga bagi kesemua barisan kereta dalam barisan kenderaan Honda Malaysia kekal sehingga dimaklumkan. 


Dalam perkembangan lain, kami turut mendapatkan maklumat mengenai tempoh menunggu sesetengah model seperti HR-V. SUV crossover ini menerima permintaan yang cukup tinggi sejak dilancarkan pada bulan Julai tahun lalu sehingga memberi kesan kepada tempoh penyerahan. 


Jelas Honda Malaysia, tempoh menunggu kini “hampir kembali kepada normal.” Tidak termasuk HR-V dan varian bukan hibrid Civic generasi ke-11, model Honda yang lain kesemuanya memiliki tempoh menunggu biasa iaitu kira-kira 2-3 bulan.



Baca: Honda HR-V 2022 Telah Dilancarkan Di Malaysia, Harga Bermula Dari RM114K!


Baca: Civic e:HEV RS Telah Dilancarkan – Hibrid 2.0L Sporty, 181 hp, Harga Dari RM166K

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRM5627

SELANGOR

BST2260

JOHOR

JD1347J

PULAU PINANG

PSF832

PERAK

APK9530

PAHANG

CFH5385

KEDAH

KGH7203

NEGERI SEMBILAN

NEL5710

KOTA KINABALU

SJT6940

KUCHING

QAB4514P

Terakhir Kemas Kini 26 Aug, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

06-11-2024
Global

02-08-2024
Berita Auto

01-02-2024
Global

19-01-2024
Global

17-01-2024
Global

22-03-2023
Global

09-01-2023
Berita Auto

04-01-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Bakar Mercun Di Tengah Jalan Shah Alam Pulak

Polis Kesan Kumpulan Bakar Mercun Dalam Perarakan Kematian.

26-08-2026
Berita Auto

Ketegangan Memuncak: Tangguh Perjalanan Ke Thailand

Cuti Sekolah: Rakyat Malaysia Dinasihat Tangguh ke Thailand.

26-08-2026
Berita Auto

Papan Iklan Tumbang, NKVE Ke Klang Sesak Teruk

Papan Iklan Tumbang, Terhalang NKVE, Trafik Terjejas.

26-08-2026
Berita Auto

2 Penonton, Joki Lumba Haram Linkedua Ditahan di KL

Kes Video Linkedua: Penonton, Joki Lumba Haram Ditahan.

26-08-2026
Berita Auto

Proton Ultimate: Impian Proton Cipta Kereta Sports Tidak Kesampaian

Proton pernah merancang untuk menghasilkan kereta sports untuk orang Malaysia.

26-08-2026
Berita Auto

MyJPJ Tak Laku di Thailand, Wajib Bawa Lesen Fizikal

Pandu ke Thailand: Jangan Guna MyJPJ Digital, Bawa Lesen Fizikal.

25-08-2026
Berita Auto

Bukan Lagi Fantasi: MITI Rancang Projek Rintis Dron & Teksi Udara Di Universiti

Daripada Pertanian Hingga Logistik Udara: Ini Perancangan MITI Untuk Projek Lembah Tanpa Pemandu.

25-08-2026
Berita Auto

Projek WISE Dilaksana, Pintas Kesesakan Terowong Menora

WISE Akhirnya Diteruskan: Ini Laluan Pintas Terowong Menora.

25-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.