Kantoi Guna Lesen Palsu, 3 Rakyat Malaysia Ditahan Di Australia

Rakyat Malaysia ditahan guna lesen memandu palsu di Australia (Sumber: NSW Police Force)
Apa nak jadi, hanya duduk menumpang di luar negara tetapi berani melanggar peraturan. Baru-baru ini, polis trafik Australia, membuat satu perkongsian di Facebook rasmi pihaknya, Traffic and Highway Patrol Command – NSW Police Force yang mengatakan bagaimana pihaknya telah menahan tiga rakyat Malaysia dalam tempoh kurang 24 jam setelah dikesan menggunakan lesen palsu.
PESALAH PERTAMA
Kejadian tersebut berlaku pada hari Sabtu, 17 September 2022 lepas ketika peronda Lebuhraya Griffith melakukan rondaan di sepanjang Lebuhraya Mid Western berhampiran Rankins Springs sekitar jam 2.30 petang.
Sebuah sedan Holden Cruze putih 2009 diarahkan untuk berhenti di tepi jalan untuk pemeriksaan sebelum didapati bahawa lelaki warganegara Malaysia berusia 42 tahun dari Mildura itu tidak pernah memegang sebarang kelas lesen di mana-mana negeri atau wilayah Australia.
Pemeriksaan melalui Portal Rasmi JPJ pula mendedahkan dia hanya memegang lesen kelas motosikal yang telah tamat tempoh pada tahun 2005. Lelaki itu juga didapati menetap di Australia dengan visa sementara sejak enam tahun lalu.
PESALAH KEDUA & KETIGA
Sewaktu peronda Lebuhraya Griffith melakukan pemeriksaan di Burley Griffin Way, Ardlethan pada sekitar jam 12.03 tengahari, Ahad, 18 September 2022, dua buah kenderaan telah diarahkan berhenti iaitu Nissan X-Trail 2003 berwarna biru dan Toyota Tarago 2001 berwarna perak. Pemandu kedua-dua kenderaan adalah warganegara Malaysia.

Rakyat Malaysia ditahan guna lesen memandu palsu di Australia (Sumber: NSW Police Force)
Nissan X-Trail dipandu oleh lelaki berusia 34 tahun, manakala Toyota Tarago pula lelaki berusia 22 tahun. Kedua-duanya menetap di Junee.
Rakyat Malaysia ditahan guna lesen memandu palsu di Australia (Sumber: NSW Police Force)
Setelah membuat pemeriksaan lesen memandu dua pemandu tersebut melalui Portal Rasmi JPJ, mereka sebenarnya tidak memiliki lesen selain turut tidak memegang lesen di mana-mana negeri/wilayah di Australia. Mereka juga menetap dengan menggunakan visa sementara sejak beberapa tahun lalu.
NOTIS KEHADIRAN MAHKAMAH
Ketiga-tiga rakyat Malaysia ini tekah diberikan notis untuk menghadiri Mahkamah Tempatan Griffith pada 7 Disember 2022 bagi disabitkan untuk beberapa kesalahan termasuklah memiliki dokumen palsu.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRL6097
SELANGOR
BSS9221
JOHOR
JC6216J
PULAU PINANG
PSE8104
PERAK
APK7510
PAHANG
CFH4829
KEDAH
KGH6147
NEGERI SEMBILAN
NEL4834
KOTA KINABALU
SJT5920
KUCHING
QAB4199P
Terakhir Kemas Kini 20 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Padah Bayar Parkir Tapi Tak Selamat: Dua Tayar Kereta Ghaib Di Parkir LRT Bukit Tinggi
Sia-sia bayar parking.
19-08-2026
KKR Rayu Tambahan Peruntukan: RM2 Bilion Tak Cukup Selenggara Jalan
Kekangan Bajet Jalan Raya: KKR Terpaksa Utamakan Kawasan Black Spot & Kerap Kemalangan.
19-08-2026
Tragedi Lori Imigresen Ragut Nyawa 3 Beranak: PM Campur Tangan, Arah Siasatan Segera
Tragedi Lori Imigresen: PM Arah Siasatan Segera Kematian 3 Beranak.
19-08-2026
Bahana Langgar Lampu Merah, Nyawa 3 Sekeluarga Melayang
Tragedi Maju Junction: Tiga Sekeluarga Maut Dirempuh Lori Imigresen.
19-08-2026
Proton X50 Tumbang? Ini 4 Punca Perodua Traz Laku Keras
Minyak Lebih Jimat: Kenapa Perodua Traz Mengatasi Proton X50?
18-08-2026
Proton Persona Bakal Dihentikan, Serah Baton Selepas Jualan Hampir 500k Unit
Proton Persona Bakal Dihentikan: 19 Tahun Memori & 472k Unit Terjual.
18-08-2026
Baik Jalan Di Malaysia – Geng Motor Bengang Kena Saman Di Hatyai
Isu Saman Konvoi Di Hatyai: Tok Singa Syor Pemandu Malaysia Melancong Dalam Negara.
18-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat