- Berita
- Berita Auto
- Kia Sorento 2023 Dipertontonkan – 7 Tempat Duduk, 2 Trenkuasa, Harga Dianggarkan Dari RM220K
Kia Sorento 2023 Dipertontonkan – 7 Tempat Duduk, 2 Trenkuasa, Harga Dianggarkan Dari RM220K

Bermaz Auto Berhad (BAuto) baru–baru ini telah mempertontonkan kepada pihak media SUV crossover Kia Sorento 7 tempat duduk generasi ke-4, dalam acara yang sama, Bermaz turut memperlihatkan trak pikap Peugeot Landtrek.
PLATFORM KIA SORENTO 2023

Setelah diperkenalkan buat pertama kalinya pada tahun 2021, Sorento generasi terbaharu ini kini menggunakan platform SUV crossover bersaiz sederhana N3 yang terkini daripada Kia. Platform ini menggunakan gabungan keluli dan aluminium sebagai asas binaan yang membabitkan penggunaan Keluli Berkekuatan Tinggi Termaju dan juga keluli hot-stamped dalam peratusan yang lebih tinggi berbanding keluaran sebelumnya. Platform terbaharu ini turut mempunyai ketegaran kilasan (torsional rigidity) yang 12.5% lebih tinggi serta berat yang 5.6% lebih rendah berbanding sebelum ini.
KUASA & PRESTASI KIA SORENTO 2023
BAuto walau bagaimanapun masih belum mendedahkan sama ada varian hibrid plug-in (PHEV) akan ditawarkan atau tidak. Sebaliknya, syarikat itu mengesahkan sekurang-kurangnya dua ciri yang akan ditawarkan untuk ketiga-tiga varian yang akan dilancarkan nanti – varian asas petrol 2WD, varian pertengahan petrol AWD dan varian yang tertinggi diesel AWD.


Kedua-dua varian petrol tersebut akan menggunakan enjin MPI 4 silinder SmartStream 2.5L dengan transmisi automatik 6-kelajuan yang memberikannya output 177 hp/232 Nm. Sementara itu, varian yang tertinggi pula dikuasakan oleh enjin 4 silinder turbo-diesel SmartStream 2.2L yang digabungkan dengan transmisi DCT 8-kelajuan yang memberikannya output 199 hp/440 Nm.
REKA BENTUK KIA SORENTO 2023


Dari segi dimensi, Kia Sorento terbaharu tampil lebih panjang, lebar dan tinggi berbanding yang terdahulu, selain turut memiliki jarak antara roda yang lebih panjang. Dari segi rekaan, keluaran kali ini dipasangkan dengan lampu LED baharu, namun masih menampilkan gril berbentuk ‘hidung harimau’ (Tiger Nose) yang merupakan reka bentuk signatur Kia.
KABIN KIA SORENTO 2023


Bergerak ke bahagian dalam, model ini menggunakan skrin infotainmen bersaiz 10.25 inci yang boleh disambungkan dengan telefon pintar Apple dan Android, paparan instrumen digital 12.3 inci dan sistem audio premium Bose.



Seperti sebelum ini, Sorento terus menawarkan sebuah jentera yang dapat memuatkan sehingga 7 penumpang dengan 3 barisan tempat duduk. Untuk storan, ruang but Sorento yang berkapasiti 616L boleh dibesarkan sehingga 2,011L apabila tempat duduk barisan ketiga dilipat.
CIRI KESELAMATAN KIA SORENTO 2023

Kia Sorento 2023 dilengkapi pelbagai ciri bantuan pemandu termaju (ADAS) untuk kesemua varian. Kita boleh menjangkakan pakej sama seperti yang ditawarkan pada MPV Kia Carnival 7 dan 8 tempat duduk yang dilancarkan tahun lalu.
ANGGARAN HARGA KIA SORENTO 2023

Sepertimana ‘saudaranya’ MPV Carnival, model ini berkemungkinan besar akan turut dipasang secara CKD di kilang BAuto yang terletak di Kulim, Kedah. Menurut BAuto, harga jualannya dianggarkan antara RM220,000 ke RM255,000.
Pembelian itu nanti dijangka akan didatangkan dengan pakej pasca jualan sama seperti Kia Carnival iaitu jaminan pengilang selama 5 tahun/100,000 km serta pakej penyelenggaraan percuma untuk tempoh atau had perjalanan sama yang turut meliputi kos alat ganti, pelincir dan upah.
Apa pendapat anda mengenai Sorento yang bakal dilancarkan ini? Kongsikan pandangan di ruangan komen di bawah.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX2261
SELANGOR
BSU8075
JOHOR
JG8659J
PULAU PINANG
PSH1992
PERAK
APM7053
PAHANG
CFJ3301
KEDAH
KGJ6948
NEGERI SEMBILAN
NEM4975
KOTA KINABALU
SJU9736
KUCHING
QAB9427P
Terakhir Kemas Kini 01 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi
Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.
29-10-2026
Minyak Diesel Tanpa Subsidi Naik 20 Sen
Terkini: Harga Diesel Naik 20 Sen, RON95 & RON97 Turut Naik.
28-10-2026
Awas Penipuan Tiket ECRL! Beli Hanya Melalui Saluran Rasmi
Harga Tiket ECRL Sudah Pun Diumumkan, Jadi Jangan Jadi Mangsa Scammer.
28-10-2026
Aplikasi TuJu Bukan Untuk Saing Waze, Fokus Lebuh Raya Bertol
TuJu Dibangun Bukan Ganti Waze.
28-10-2026
Bila PROTON S70 RS Sport Dilancar?
Ada pihak menyifatkan Proton S70 RS Sport bakal dilancarkan Disember ini.
27-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia, Ini Kata SIC
Sepang Sedia Kertas Kerja F1: Peluang Keputusan Kini 50-50
27-10-2026
Pusat 4S Denza Balakong Dibuka: Antara Pusat Pengedar Terbesar Kini di Selangor
DENZA Balakong Rasmi Dibuka, Tawar Perkhidmatan 4S Lengkap.
26-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge