- Berita
- Berita Auto
- Mitsubishi Malaysia Jual 24K Unit Tahun 2022, Meningkat 37.3%, Ini 2 Model Terlaris...
Mitsubishi Malaysia Jual 24K Unit Tahun 2022, Meningkat 37.3%, Ini 2 Model Terlaris...

Mitsubishi Triton
Pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi Motors di Malaysia, MITSUBISHI MOTORS MALAYSIA (MMM) berjaya mencatatkan prestasi jualan yang tinggi dengan sejumlah 24,017 kenderaan terjual antara bulan Januari hingga Disember 2022, peningkatan sebanyak 37.3% berbanding tempoh sama pada tahun 2021.
Pencapaian ini meletakkan syarikat di tangga ketiga dalam carta jualan pasaran automotif bukan nasional dengan pegangan pasaran sebanyak 3.3%.

Mitsubishi Xpander
Prestasi yang membanggakan ini disumbangkan oleh dia model iaitu Mitsubishi Xpander dan Mitsubishi Triton. Tahun lalu, Mitsubishi Xpander merekodkan prestasi jualan yang terbaik dengan 14,316 unit terjual, peningkatan sebanyak 93.5% berbanding tahun 2021, mewakili 59.6% kepada jumlah jualan keseluruhan syarikat, sekaligus meletakkannya sebagai crossover 7 tempat duduk nombor satu Jepun dalam pasaran negara.
Baca: Xpander Dinobatkan Sebagai Crossover 7 Tempat Duduk Terlaris Malaysia

Jentera rali Triton
Turut mendapat permintaan tinggi daripada rakyat Malaysia ialah trak pikap Mitsubishi Triton yang terjual sebanyak 9,697 unit, peningkatan sebanyak 4.6% berbanding tahun kewangan 2021.
Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Shinya Ikeda berkongsi, salah satu pencapaian terbesar tahun lalu ialah jualan trak Triton yang berjaya mencecah 100,000 unit di negara ini sejak MMM ditubuhkan pada tahun 2005.
Baca: Mitsubishi Motors Raikan Jualan Triton Unit Ke-100K! Pembeli Bertuah Ini Terima Diesel FREE 100K KM!
“Kami merakamkan ucapan terima kasih kepada rakan niaga atas sokongan yang diberikan. Tahun lepas, 91% daripada pengedar kami telah menaik taraf cawangan masing-masing dengan identiti visual (VI) baharu untuk pengalaman pelanggan yang lebih baik.
"Menjelang tahun 2023, Mitsubishi Motors memulakan perubahan ke arah yang lebih baik, dan pengalaman pemilikan di standard yang tertinggi. Kami berharap untuk mengekalkan trajektori menaik dan mencapai pertumbuhan masa depan bersama.”
Baca: Mitsubishi Motors Malaysia Buka Pusat 3S Baharu di Rawang
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX6739
SELANGOR
BSU9187
JOHOR
JH1538J
PULAU PINANG
PSH2904
PERAK
APM7874
PAHANG
CFJ3646
KEDAH
KGJ7448
NEGERI SEMBILAN
NEM5397
KOTA KINABALU
SJV1032
KUCHING
QAB9625P
Terakhir Kemas Kini 06 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi
Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge