ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Perodua Komited Maksimumkan Pengeluaran, Penuhi 220K Pesanan Tertunggak

Sofea Najmi

Kongsi melalui



PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) menyasarkan jualan 314,000 unit kenderaan tahun ini, serta komited untuk memaksimumkan pengeluaran sehingga 330,000 unit. 


Sasaran jualan dan pengeluaran tersebut masing-masing lebih tinggi iaitu 11.3% dan 14.2% berbanding prestasi jualan dan pengeluaran Perodua tahun 2022 yang masing-masing mencatatkan sejumlah 282,019 dan 289,054 unit. 


Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato' Sri Zainal Abidin Ahmad pada sidang media Perodua 2023 Outlook di Kuala Lumpur, pagi tadi berkata, “Tahun ini (2023) memberi peluang keemasan kepada kami kerana para pengguna masih mempunyai keyakinan terhadap pasaran automotif. Malah, lebih separuh daripada jumlah sasaran kami adalah daripada tempahan yang kami kumpul tahun lepas tetapi masih belum dihantar.”


Jelasnya, sebanyak 220,000 tempahan masih belum dipenuhi, termasuk kira-kira 15,000 tempahan dibuat sebelum pengecualian SST ditamatkan pada pertengahan tahun lalu. Pihaknya mengakui bukan semua tempahan yang dibuat dalam tempoh tersebut dapat diselesaikan sebelum tarikh akhir pendaftaran JPJ dengan insentif ini pada 31 Mac 2023.

Namun begitu, pihaknya kini sedang mengutamakan usaha untuk menghantar tempahan ini sebelum tarikh tersebut  dan bagi kenderaan tempahan pra-SST yang tidak dapat dihantar dalam tempoh yang disasarkan, kos cukai tersebut akan diserap syarikat. 

Tambahnya, Perodua memperuntukkan sebanyak RM10.0 bilion tahun ini untuk pembelian alat ganti daripada pembekal tempatan untuk meningkatkan pengeluaran dan memenuhi sasaran tahun 2023. 



Perodua mendedahkan, tempoh menunggu bagi model laris seperti sedan kompak Bezza kini mencecah 1 tahun. Model lain dengan tempoh menunggu panjang juga ialah Alza generai kedua terutamanya varian AV. 


Perodua kekal optimis walaupun industri automotif kini sedang berhadapan dengan kenaikan harga kos. Menurut beliau, permintaan terhadap kenderaan Perodua masih kukuh dengan jumlah volum industri (TIV) lebih 700,000 unit tahun ini, lebih tinggi daripada yang diumumkan  Persatuan Automotif Malaysia (MAA). 




Sewaktu majlis yang sama, Zainal turut mengumumkan pembukaan tempahan bagi Perodua Axia 2023 yang akan dilancarkan secara rasmi pada pertengahan Februari akan datang.


Baca: SAH Perodua Axia 2023 Sudah Boleh Ditempah





Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT4934

SELANGOR

BSU3493

JOHOR

JF5210J

PULAU PINANG

PSG3210

PERAK

APM1537

PAHANG

CFH9844

KEDAH

KGJ4157

NEGERI SEMBILAN

NEM2445

KOTA KINABALU

SJU5013

KUCHING

QAB7415P

Terakhir Kemas Kini 10 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

01-10-2026
Berita Auto

17-09-2026
EV

15-09-2026
Berita Auto

14-09-2026
Berita Auto

07-07-2026
Berita Auto

18-06-2026
Berita Auto

04-06-2026
Berita Auto

06-02-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Siapa Dapat Bantuan Kewangan One-Off?

Pemandu Teksi, Kereta Sewa dan Bas Sekolah Terima Bantuan One-Off RM1,000.

09-10-2026
Berita Auto

Pemandu Mabuk, Hisap Dadah Bayar Pampasan Kepada Mangsa

Akta Pengangkutan Jalan Dipinda, Pemandu Mabuk Wajib Bayar Pampasan.

09-10-2026
Berita Auto

Berapa Ramai Guna BUDI95?

Rupanya Ramai Tak Guna Sepenuhnya Kelayakan BUDI95.

09-10-2026
Berita Auto

Janji Kahwin, Warga Asing Jerat Makcik 60, 70 Tahun Guna Nama Beli Kenderaan

Muhammad Kifli menasihatkan wanita negeri itu, khususnya berusia antara 60 hingga 70 tahun, berwaspada apabila didekati warga asing berusia 30-an.

09-10-2026
Berita Auto

Jalan Merekah Di TBS, Jangan Tunggu Sampai Ada Yang Mati

Jalan Merekah Dari TBS ke Cheras: Warga Kota Desak Pembaikan Segera.

09-10-2026
Berita Auto

Impak F1 Sepang: PMKS Raih Limpahan Ekonomi RM345 Juta

GP Bahrain di Sepang: PMKS Jana RM345 Juta.

09-10-2026
Berita Auto

Pandu Semasa Jerebu? Jangan Guna Lampu Tinggi & Lampu Kecemasan

Bahaya Jerebu Tebal: Awas Salah Guna Lampu Boleh Undang Maut

08-10-2026
Berita Auto

Berapa Jauh Naik ECRL Gombak Ke KotaSAS?

ECRL Gombak ke KotaSAS: Perjalanan Hanya 85 Minit!

08-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.