- Berita
- Berita Auto
- Proton Capai Prestasi Jualan Terbaik Sejak 2013! Ini Dia 2 Model Terlaris Proton...
Proton Capai Prestasi Jualan Terbaik Sejak 2013! Ini Dia 2 Model Terlaris Proton...

Proton mengakhiri tahun 2022 dengan pertumbuhan jualan empat tahun berturut-turut yang melonjakkan jualan keseluruhan kepada jumlah tertinggi sejak tahun 2013. Syarikat menutup bukunya dengan 141,432 unit terjual (domestik dan eksport) iaitu peningkatan sebanyak 23.3% berbanding tahun lalu.
Jenama automotif nasional ini berjaya berdepan dengan cabaran seperti gangguan bekalan alat ganti kerana banjir dan juga kekurangan cip secara global pada empat bulan pertama, yang memberikan kesan negatif kepada jumlah jualan.
Proton turut berkongsi dalam satu kenyataan bahawa jumlah jualan untuk pasaran antarabangsa meningkat kepada 5,406 unit, berkembang sebanyak 79.1% sehingga membolehkan Proton mengakhiri tahun ini sebagai pengeksport utama industri.
"Secara keseluruhannya, syarikat telah mengekalkan kedudukannya di tangga kedua di dalam industri dengan anggaran pegangan pasaran sebanyak 19.6 peratus.
"Jumlah Keseluruhan Volum Industri (TIV) untuk 2022 dianggarkan melebihi 720,000 unit, satu catatan industri baharu yang tinggi, di samping jualan Disember yang memecahkan rekod.
"Jualan untuk lima daripada enam model Proton meningkat pada 2022 dengan tiga model mengakhiri tahun itu sebagai peneraju segmen," jelas Proton dalam kenyataan tersebut.
MODEL TERLARIS
Proton X50 tampil sebagai SUV terlaris negara dengan jualan pada bulan Disember mencecah 3,764 unit, sementara jualan keseluruhannya mencecah 40,681 unit tahun lalu, 41.4% lebih tinggi berbanding 2021.
Proton Saga pula kekal menjadi produk terlari Proton dengan jualan 5,913 unit pada bulan Disember dan 55,878 unit untuk keseluruhan 2022, peningkatan 31.1% berbanding tahun sebelumnya.
Jadual di bawah menunjukkan prestasi jualan setiap model Proton:
HARAPAN BAGI TAHUN 2023
“Melihat ke hadapan di tahun 2023, Proton yakin dapat mencapai lebih banyak pertumbuhan dengan penambahan rangkaian tawaran serta pelancaran model baharu kami pada tahun ini.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah
"Bagaimanapun, kami menjangkakan TIV akan menyusut daripada jumlah rekod 2022 kerana penghantaran pesanan yang dibuat semasa tempoh pengecualian cukai jualan akan dipenuhi pada akhir bulan Mac.
"Kadar faedah juga dijangka meningkat lagi pada tahun ini, menjadikan sukar bagi industri automotif untuk terus meningkatkan jualan,” kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRC7153
SELANGOR
BSQ8569
JOHOR
JYY7995
PULAU PINANG
PSD1469
PERAK
APJ2665
PAHANG
CFG7945
KEDAH
KGG5324
NEGERI SEMBILAN
NEK6692
KOTA KINABALU
SJS4385
KUCHING
QAB152P
Terakhir Kemas Kini 20 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
EV Nasional Mampu Milik: MITI, Proton, Perodua Bincang Usaha Percepat Pengeluaran
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) kini sedang mengadakan perbincangan dengan syarikat pengeluar kenderaan tempatan.
23-02-2023
Februari & Mac 2023 Bakal Catat Jualan Kereta Tinggi, Ini Sebabnya...
Bulan Februari dan Mac tahun ini dijangka akan mencatatkan jumlah jualan industri (TIV) yang tinggi.
22-02-2023
Proton X Watch Kini Di Pasaran! Hanya RM1,499! Boleh Kawal Fungsi Kereta?
Proton baru sahaja melancarkan jam tangan pintar, Proton X Watch, yang kini boleh didapatkan pada harga RM1,499.
12-02-2023
Industrial Labs Jadi Pembekal Sistem Solar Fotovoltaik Untuk Proton Global Services
Anak syarikat milik Proton Edar, Proton Global Services Sdn. Bhd. (PGS) telah melantik Industrial Laboratories Sdn. Bhd. (Industrial Labs) sebagai pembekal sistem solar fotovoltaik (PV) kedua.
19-01-2023
Proton Pertonton Enjin Turbo 3 Silinder Hibrid Ringan 1.5L Dalam Video Korporat Terbaharu
Proton bakal memperkenalkan trenkuasa hibrid pertama keluaran syarikat tidak lama lagi.
05-01-2023
Proton X50, X70 Terkenal Di Afrika Selatan! Kini Sudah Unit Ke-1000 Proton Dieksport!
Kedudukan pengeluar kereta nasional PROTON kini kukuh di Afrika Selatan dalam tempoh hanya dua bulan.
23-12-2022
Tun Mahathir Puji Polestar 2, Harap Proton Hasilkan EV Sendiri!
DRB-Hicom telah membawa sebuah Polestar 2 untuk ditunjukkan kepada Tun Mahathir.
10-12-2022
Proton Tawar Jaminan Lanjutan 1 Tahun Untuk Kereta Pra-Milik PCPO
Semua kenderaan PCPO yang dijual melalui cawangan kereta terpakai Proton layak menerima jaminan lanjutan
21-10-2022
Berita Terkini
Lesen Operasi Dilanjutkan Hingga 2028: inDrive Malaysia Catat Pertumbuhan Luar Biasa
inDrive meraikan pencapaian rakan pemandu berprestasi tinggi menerusi Platinum Driver League 2026, baru-baru ini.
19-06-2026
CIMB Perkenal Program 'First Car Solution', Bank Pertama Tawar Cukai Jalan Percuma 2 Tahun
Bantu Golongan Muda Miliki Kereta, CIMB Perkenalkan Program 'First Car Solution'.
19-06-2026
Kantoi Pasang 'Sunshade'? Ini Jawapan Menteri Pengangkutan Yang Anda Wajib Tahu
Pasang 'Sunshade' Satu Kesalahan? Ini Penjelasan Rasmi Menteri Pengangkutan.
19-06-2026
Kempunan Nak 'Show Off': Kereta Pengantin BMW Mewah Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ
Kereta Pengantin BMW Milik Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ.
19-06-2026
Teliti Cadangan Pasang 'Dashcam' Dalam Kereta e-Hailing
Dashcam E-Hailing: Antara Keselamatan Pemandu Dan Hak Privasi Penumpang.
18-06-2026
Mula 19 Jun: Servis Kereta Perodua Kini Lebih Murah, Diskaun 10% Termasuk Kos Buruh!
Bukan Setakat Model Biasa, Insentif Diskaun Servis Perodua Turut Merangkumi QV-E.
18-06-2026
Kereta Individu Meninggal Dunia Ditangan Rohingya Akhirnya Disita JPJ
Kereta Pusaka Bertukar Tangan Secara Haram, Lelaki Rohingya Ditahan Pandu Kia Sephia Mati Roadtax.
18-06-2026
Harga Minyak Mingguan: Diesel Turun
Harga runcit diesel di Semenanjung turun 30 sen kepada RM4.37 seliter bagi tempoh 18 hingga 24 Jun 2026.
18-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat