- Berita
- Berita Auto
- Toyota Malaysia Kini Jenama Automotif Bukan Nasional No. 1: Lepasi Jualan 100K Unit Tahun 2022!
Toyota Malaysia Kini Jenama Automotif Bukan Nasional No. 1: Lepasi Jualan 100K Unit Tahun 2022!
-full-full_normal.jpg)
Toyota Malaysia berjaya menduduki takhta sebagai jenama automotif bukan nasional nombor 1 di Malaysia bagi tahun 2022 dengan prestasi jualan keseluruhan mencecah 100,042 unit Toyota sepanjang tahun lalu! Pencapaian ini sekaligus merampas kedudukan Honda yang sebelum ini merupakan jenama automotif bukan nasional nombor 1 selama 9 tahun berturut-turut.
Selain Toyota, angka jualan Lexus pada tahun sama mencecah 993 unit menjadikan jumlah jualan kedua-dua jenama di bawah UMW Toyota Motor ini 101,035 unit.


Rekod jualan 2022 memperlihatkan pertumbuhan jualan UMWT sebanyak 40% berbanding tahun 2021 (72,394 unit Toyota dan Lexus). Pencapaian yang rendah pada tahun tersebut disebabkan oleh gangguan rantaian bekalan global dan juga keadaan pasaran yang mencabar berpunca daripada pandemik Covid-19.
Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K. berkata, “Kami gembira kerana dapat memberikan senyuman dan kebahagiaan kepada ramai pelanggan di seluruh negara, dan kami berterima kasih kepada semua atas sokongan yang diberikan.
“Saya juga ingin meluahkan penghargaan kepada semua kakitangan, pengedar dan rakan niaga kami yang telah mengharungi tahun penuh cabaran yang lalu dengan berjaya. Bersama, kita akan terus memberikan kebahagiaan kepada para pelanggan dan memastikan kualiti serta perkhidmatan yang diberikan kekal di tahap yang terbaik,” tambahnya.
-full-full_normal.jpg)
-full-full_normal.jpg)
Selain berjaya mengungguli carta sebagai pengeluar automotif bukan nasional terbaik tahun lalu, Toyota Malaysia turut berjaya menguasai pasaran segmen trak pikap tempatan dengan jualan Toyota Hilux yang mencecah 27,198 unit.
-full-full_normal.jpg)
-full-full_normal.jpg)
Sementara itu, crossover SUV, Corolla Cross pula menunjukkan prestasi jualan yang kukuh dalam kategori SUV segmen C domestik dengan jualan 17,208 unit.
Segmen One Ton Van dan Light Duty Wagon pula didominasi oleh Hiace (390 unit) dan Fortuner (3,432 unit).
Dalam perkembangan lain, Operasi Perkhidmatan Pelanggan UMWT telah berjaya melepasi 1 juta kenderaan pada tahun 2022, dengan lebih daripada 1.25 juta kenderaan keluar daripada pusat perkhidmatan Toyota di seluruh negara.
-full-full_normal.jpg)
Baca: Harga Terkini Toyota Hilux, Fortuner & Hiace Bagi Tahun 2023, Naik Hingga RM5K!
Baca: Harga 3 Model Toyota Ini Naik Dari RM2K Ke RM10K Bagi Tahun 2023
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX7314
SELANGOR
BSU9301
JOHOR
JH1719J
PULAU PINANG
PSH2981
PERAK
APM7926
PAHANG
CFJ3684
KEDAH
KGJ7457
NEGERI SEMBILAN
NEM5426
KOTA KINABALU
SJV1073
KUCHING
QAB9646P
Terakhir Kemas Kini 07 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi
Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge