[VIDEO] Ngeri! Palang Besi 'Menusuk' Cermin Depan Kereta, Pemandu Nyaris Maut
![]()
Menyeramkan! Seorang pemandu Perodua Ativa hampir menemui ajal selepas cermin depan keretanya yang dipandunya ‘dicucuk’ oleh palang besi yang terjatuh daripada sebuah treler. Kejadian ini dilaporkan berlaku di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Rawang, Selangor pada hari Jumaat lalu.
Mangsa, Cass Cheng Sook Leng, berkongsi pengalamannya di Facebook:

Menurut mangsa, kejadian tersebut tidak ubah seperti babak mengerikan dalam filem Final Destination. Namun mangsa bernasib baik kerana semasa kejadian, tiada penumpang di tempat duduk sebelah pemandu. Mangsa juga lega kerana haiwan peliharaan yang dibawa tidak diletakkan di tempat duduk tersebut.
Berdasarkan rakaman dashcam daripada kereta mangsa sendiri, terlihat sebuah treler yang berada di lorong kiri dengan muatan yang dipercayai lebih daripada sepatutnya hanya ditutup dengan kanvas.
Kanvas yang digunakan untuk melindungi muatan tersebut bagaimanapun tidak menutup secara menyeluruh dan kerana faktor angin, palang besi yang dibawa terpelanting keluar daripada treler dan ‘menerjah’ masuk ke dalam cermin depan kereta mangsa.
Berikut adalah antara komen yang ditinggalkan orang ramai selepas menonton video kejadian mendebarkan ini:
“Jadikan alasan saman sebagai lori lebih muatan. Lori tak load barang dengan rapi. Minta mereka tanggung kos rugi dan lain-lain kos. Bukti dah ada. InsyaAllah kemenangan di pihak anda.” – UncleKidd
“Tak adil kalau pihak company hanya bayar ganti rugi barang. Dari segi masa yang terbuang hanya kerana kecuaian mereka, siapa nak ganti? Nak pulak masa nak ganti cermin tu kena pergi service centre, perlu ambil AL lagi. Semua ini company lori kena tanggung.” – Fakhrul
“Saya ingin panjangkan ke YB Menteri Pengangkutan @anthonyloke semoga diambil tindakan serius sebab benda ni boleh berlaku kepada sesiapa sahaja pengguna jalanraya.” – HRHDukeofShahAlamII
Sumber: Facebook
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX9715
SELANGOR
BSU9607
JOHOR
JH2516J
PULAU PINANG
PSH3426
PERAK
APM8470
PAHANG
CFJ3803
KEDAH
KGJ7694
NEGERI SEMBILAN
NEM5578
KOTA KINABALU
SJV1342
KUCHING
QAB9761P
Terakhir Kemas Kini 11 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Perodua Ativa AV Pink Edition: Ada 10 Unit Sahaja
Perodua Ativa Kini Hadir Dalam Warna Pink.
14-10-2026
CSR: Perodua Sumbang 9 Kenderaan Kepada IPD Di Selangor
Perodua sumbang kereta sebagai tanda sokongan terhadap penguatkuasaan undang-undang di negeri Selangor.
13-10-2026
Gaji RM1,700 Kereta Apa Yang Boleh Dibeli? Ini Senarai & Kiraannya
Kereta Apa Yang Boleh Dibeli Dengan Gaji RM1,700.
28-09-2026
Perodua Ativa X Kini Semurah RM53k - Adakah Anda Masih Mahu Beli Myvi?
Perodua Ativa X vs Myvi H: Selisih RM1,900, Mana Satu Pilihan Lebih Berbaloi?
18-09-2026
Siap Sedia! Ativa Hybrid Bakal Jadi Kereta Hibrid Paling Mampu Milik Di Malaysia?
Perodua Sahkan Rancangan Pengeluaran Tempatan (CKD) Bagi Model Ativa Hybrid
15-05-2026
Ativa & WR-V Dalam Bahaya? Proton Saga Cross (AMA02) Bakal Tiba
Ada desas-desus mengatakan bahawa Proton Saga Cross bakal tiba.
22-04-2026
Perodua Ativa, Myvi Dilancar Di Sri Lanka, Bernilai Ratusan Ribu Ringgit
Perodua Ativa dan Myvi akhirnya dilancarkan secara rasminya di pasaran Sri Lanka, baru-baru ini namun kedua-dua model itu dijual pada harga yang tinggi berbanding di Malaysia.
03-11-2025
Berita Terkini
Najib Razak Akhirnya Jalani Tahanan Rumah Hingga 2028
Kes Najib Razak: Mahkamah Sahkan Perintah Tahanan Rumah.
10-11-2026
CariCarz Automall Cabar Penawaran Harga Tukar Beli, Rekodkan Jualan 300 Kenderaan Secara Konsainan Tahun 2026
CariCarz Automall Rekod 300 Jualan Kenderaan Pada 2026 Menerusi Konsainan.
10-11-2026
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge