ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Audi Buka Tempahan Untuk Model Kenderaan Elektrik, Harga Boleh Tahan..

Suhana Veru

Kongsi melalui


PHS Automotive Malaysia (PHSAM) mengumumkan tujuh rangkaian model kenderaan elektrik e-tron kini sudah boleh ditempah.

Untuk itu, para pelanggan boleh mendapatkan model SUV Q8 e-tron SUV sportback dengan harga jualan bermula dari RM369,000 hingga RM476,000.


Bagi rangkaian Q8 e-Tron, ia membabitkan

• Q8 e-tron advanced 50

• Q8 Sportback e-tron advanced 50

• Q8 e-tron S line 55

• Q8 Sportback e-tron advanced 55


Sementara itu, model sedan coupe e-tron GT quattro ditawarkan pada harga  bermula dari RM559,000 hingga RM643,000, manakala RS e-tron GT pula berharga dari RM749,000 hingga RM769,000.


Menurut Pengarah Urusan PHSAM, Erik Winter berkata, pihaknya yakin model-model mewah berprestasi tinggi Audi akan menawarkan pengalaman pemanduan yang luar biasa buat pemiliknya. 


“Rangkaian model e-tron telah dibina khas sepenuhnya dengan memberi penekanan terhadap aspek prestasi. Ia mengukuhkan lagi identiti Audi sebagai perintis masa depan dan menjadi bukti terbaik aspirasi teknologi Audi. 

“Saya sangat gembira untuk mengumumkan rangkaian penuh Audi e-tron yang merangkumi model sedan, SUV, sportback dan RS yang akan berada di pasaran dalam tempoh beberapa bulan akan datang,” katanya.


Sekadar info, Audi sudah pun memasuki era elektromobiliti pada tahun 2018 sekali gus menjadi pemangkin kepada masa depan elektrik jenama berkenaan. 

Maka tidak hairanlah mengapa Q8 e-tron kini menetapkan standard baharu dalam segmen SUV elektrik mewah.


Malah, para wartawan diberitahu varian tertinggi SUV dan sportback elektrik pasti akan mengagumkan ramai dengan adanya konsep pemanduan yang dioptimumkan, tahap aerodinamik lebih baik, prestasi pengecasan lebih pantas, kapasiti bateri 114kWh dan peningkatan jarak gerak sehingga 600 kilometer. 

Ciri-ciri utama yang ada termasuklah lampu projektor singleframe serba baharu, lampu utama LED digital matrix dan cermin luaran maya pertama seumpamanya di dunia yang dipasang pada sebuah EV. 

Bukan itu sahaja, Malaysia akan menjadi salah satu negara pertama di Asia yang menerima Q8 e-tron selepas produksi pertamanya bagi tahun 2023 diperkenalkan.


Berdasarkan reka bentuk emotif dan teknologi yang revolusionari, e-tron GT coupé yang memenangi anugerah menginterpretasikan kembali idea klasik gran turismo:.

Ia merupakan salah satu hasil kerja seni yang teknikal, e-tron GT quattro dan RS e-tron GT pula menawarkan kegunaan setiap hari yang cemerlang dan mampu dipandu dalam jarak jauh sehingga 501km.

Apa yang cukup menarik ialah daya kuasanya boleh dirasai serta-merta dan RS e-tron GT mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa hanya 3.3 saat. 

Bagi e-tron GT pula, ia menyerlahkan sistem quattro elektrik termaju, brek keluli bersama saduran tungsten karbida untuk memberi lebih ketahanan dan bumbung karbon (pada varian RS dan e-tron GT dengan Dynamic Package).

Maka, adakah anda berminat untuk membeli salah satu rangkaian model EV Audi? Jika ya, anda, Audi RS e-tron GT boleh dilihat secara dekat di bilik pameran Audi di Glenmarie, Juru dan Setia Alam.

 Ia juga akan dipamerkan pada acara Audi Showcase di 1Utama Shopping Centre hujung bulan ini iaitu bermula 22 hingga 26 Februari 2023.

Sebelum terlupa, semua juruteknik servis Audi dikatakan akan terus menjalani latihan, penilaian dan persijilan sebagai sebahagian daripada usaha kemasukan EV Audi Malaysia ke pasaran tempatan. 

Tempahan boleh dibuat di mana-mana Audi Centre. Sehubungan itu, untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman sesawang di https://www.audi.com.my/.



Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRU3970

SELANGOR

BSU4696

JOHOR

JF9061J

PULAU PINANG

PSG5048

PERAK

APM3295

PAHANG

CFJ1491

KEDAH

KGJ4933

NEGERI SEMBILAN

NEM3173

KOTA KINABALU

SJU5950

KUCHING

QAB7659P

Terakhir Kemas Kini 17 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

20-02-2026
Global

13-11-2025
Global

04-09-2025
Global

26-08-2025
Global

17-06-2025
Global

11-06-2025
Gaya Hidup

27-05-2025
EV

14-05-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka

PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.

08-10-2026
Kereta Baru

Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar

Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800

Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi

Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.

07-10-2026
Kereta Baru
Kereta Baru

Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe

Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.

30-09-2026
Kereta Baru

Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888

SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.

26-09-2026
Kereta Baru

JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k

JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.

22-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.