Belasungkawa Allahyarhamah Datuk Aishah Ahmad

Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad, 71, meninggal dunia sebaik selesai mengerjakan ibadah umrah di tanah suci Mekah.
Difahamkan, Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhirnya awal pagi tadi (waktu Malaysia) di Jeddah, Arab Saudi.
Menurut sumber, jenazah Allayarhamah sedang diuruskan warisnya dan akan dikebumikan di Jeddah.
Untuk makluman, Allahyarhamah sepatutnya pulang ke tanah air pada hari esok namun terlebih dahulu telah dijemput Ilahi.
Pemergian Allayarhamah cukup dirasai ramai pihak terutamanya industri automatif dan rakan media.

Bagi penulis sendiri yang mengenali beliau hampir 10 tahun cukup terkejut dengan berita pemergian beliau, pagi tadi.
Sepanjang bergelar wartawan, apa sahaja yang soalan yang dilontarkan, beliau akan menjawab isu berkenaan dengan segera.
Tidak kira beliau berada dimana, tidak kira masa, kesemua soalan akan dijawab dengan sepantas mungkin walaupun ringkas kerana faham tugas media.
Allahyarhamah merupakan Presiden MAA sejak tahun 2000 sehingga kini.
Sebelum ini, beliau memegang jawatan ketua Hal Ehwal Korporat di Sime Darby Motors dan Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Auto Imports Sdn Bhd.
Setelah pencen kedua-dua jawatan itu, beliau menyandang jawatan Perunding Kanan di Hyundai -Sime Darby Motors.
Sehubungan itu, Caricarz.com merakamkan ucapan takziah di atas pemergian Allahyarhamah Datuk Aishah Ahmad kepada keluarga.
Semoga Allah SWT ampuni dosanya dan rohnya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Al-Fatihah.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS7321
SELANGOR
BSU2260
JOHOR
JF2603J
PULAU PINANG
PSG1362
PERAK
APL9115
PAHANG
CFH9235
KEDAH
KGJ3470
NEGERI SEMBILAN
NEM1826
KOTA KINABALU
SJU4263
KUCHING
QAB7059P
Terakhir Kemas Kini 01 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
F1 GP Bahrain: Laluan Arah KLIA Dijangka Sesak Bermula 2-4 Okt
Penerbangan Dari KLIA 2-4 Okt? Rancang Masa Awal Elak Terlepas
01-10-2026
Touch n Go Tambah 10 Lorong Enhanced RFID Baharu
Senarai Lebuh Raya Dengan Lorong Enhanced RFID Baharu.
30-09-2026
Model Baharu Mercedes-AMG GT 63 Terjah Pasaran Malaysia
Mercedes-AMG GT 63 Rasmi Tiba Di Malaysia.
30-09-2026
Raptai Pertunjukan Gulf Air Sempena F1 GP Bahrain Bermula Esok
Ada Sebabnya Kenapa Gulf-Air Terbang Rendah Esok.
29-09-2026
Volvo Perluas Rangkaian, Buka Pusat 2S Baharu di Kuching
Pusat 2S Volvo Kuching Dibuka Rasmi Untuk Pemilik Volvo Sarawak.
29-09-2026
EV No.1 Malaysia: PRO-NET Serah Proton e.MAS ke 40,000 Dalam 20 Bulan
PRO-NET Raikan Pelanggan Proton e.MAS Yang Ke- 40,000.
29-09-2026
Bila Anthony Loke Letak Jawatan?
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri
29-09-2026
500,000 Saman Kesalahan Jalan Raya Babitkan Warga Asing
Puncanya ialah rakyat Malaysia jangan membenarkan kenderaan mereka disewa dan digunakan oleh warga negara asing.
28-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat