- Berita
- Berita Auto
- Belum Sebulan, Perodua Axia 2023 Terima 20,100! Serahan Kepada 2,900 Pelanggan Terawal Bermula
Belum Sebulan, Perodua Axia 2023 Terima 20,100! Serahan Kepada 2,900 Pelanggan Terawal Bermula
Tiga unit Axia 2023 dipamerkan di atas pentas sewaktu majlis pelancaran pagi tadi
Perodua Axia 2023 baru sahaja dilancarkan secara rasmi sebentar tadi dalam sebuah acara pelancaran yang diadakan di Kuala Lumpur. Ditawarkan pada harga bermula dari RM38,600, model kali ini tampil dengan lebih banyak ciri canggih, lebih bergaya, lebih luas dan dipertingkat dari segi keselamatan.
Axia keluaran 2023 ini telah menerima sejumlah 20,100 tempahan sejak tempahannya dibuka pada penghujung Januari lalu. Tempahan ini adalah termasuk 13,600 pelanggan yang telah menukar daripada tempahan model lama kepada model terbaharu dan 6,500 tempahan lagi adalah tempahan terkini.
Perodua mengumumkan 2,900 pelanggan terawal dijangka akan menerima Perodua Axia 2023 dalam masa yang terdekat.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad, berkata, “Dengan pelancaran Perodua Axia Serba Baharu, fokus kami (untuk model baharu ini) terbahagi kepada dua iaitu memaksimumkan penghantaran kepada para pelanggan kami dan menukar tempahan Axia generasi sebelumnya kepada Axia Serba Baharu.”
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad berucap dalam majlis pelancaran Perodua Axia 2023
"Sasaran kami mencapai 314,000 pendaftaran dan 330,000 produksi pada tahun ini mencerminkan komitmen kami untuk tempahan dan kepercayaan anda dihantar secepat mungkin tanpa menjejaskan kualiti."
SASAR JUALAN 5,700 UNIT SEBULAN
Perodua menyasarkan kereta kompak segmen-A ini dapat dijual sebanyak 5,700 unit sebulan, dan menetapkan sasaran pengeluaran tahun ini sebanyak 82,000 unit.
Perodua Axia 2023 dalam warna Lava Red yang menyerlah
Model ini ditawarkan dalam empat varian iaitu G pada harga RM38,600, X pada harga RM40,000, SE berharga RM44,000 dan AV pada harga RM49,500, harga yang dinyatakan adalah harga atas jalan, tanpa insurans.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Jualan Kereta Ogos 2026: Bezza Juara, e.MAS 5 Masuk Top 5
Senarai kereta terlaris Malaysia.
14-09-2026
Perodua Axia Kini Lebih Mampu Milik: Harga Turun Sehingga RM4,700 Serta-Merta
Berita Baik! Perodua Potong Harga Axia Demi Bantu Rakyat Hadapi Cabaran Ekonomi.
03-08-2026
Berita Terkini
Proton S70 i-GT 1.5 RM58,800: Laris Di Sabah, Sarawak
Harga Bermula RM58,800: Proton S70 i-GT 1.5 Laris Semacam Di Malaysia Timur.
13-10-2026
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban
Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.
12-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?
Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.
12-10-2026
Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5
Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.
11-10-2026
JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut
Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.
11-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge