Chery Group Catat Rekod Tersendiri Dari Segi Jualan, Eksport

Biarpun terpaksa mengharungi pelbagai cabaran namun itu tidak menjadi penghalang buat Chery Group untuk melonjakkan hasil jualannya.
Sebaliknya, apa yang dilakukan ialah melawan dan mencipta sejarahnya yang tersendiri dari segi jualan serta eksport.
Ia jelas terbukti apabila data Persatuan Pengeluar Kenderaan China menunjukkan antara 10 perusahaan teratas dari segi jualan kenderaan pada 2022, Chery Group menduduki tempat kedua dengan kadar perkembangan 28.2%, sekali gus mengatasi kadar perkembangan purata industri 2.1%.
Malah, pada tahun lalu, Chery mengeksport 452,000 unit daripada 3.111 juta kenderaan China yang dieksport secara keseluruhan atau satu bagi setiap tujuh unit dan menjadikan Chery sebagai pengeksport kenderaan penumpang nombor satu di China selama 20 tahun berturut-turut.

Susulan kejayaannya itu, Chery Group melancarkan strategi teknologi canggih 2025 padaSeptember 2022 dengan memperkenalkan ‘Technology Chery’ yang memecahkantanggapan tradisional dunia luar.

Menurut Chery Group, susun aturnya bukan sahaja merangkumi pelbagai bidang seperti teknologi teras tradisional dan teknologi CASE (Connected, Autonomous, Sharing dan Electric), tetapi juga meliputi pelbagai dimensi seperti sistem asas, teknologi canggih, platform perkongsian, ekonomi digital, rantaian nilai dan ekosistem.
“‘Technology Chery’ kini bukan sahaja membina lapisan demi lapisan, malah membina ekosistem inovasi. Banyak pencapaian teknologi telah diaplikasikan dalam produk Chery selama bertahun-tahun secara besar-besaran, meningkatkan daya saing dan menyumbang kepada perkembangan jualan Chery Group yang pesat,” katanya dalam satu kenyataan.

Antara manifestasi ‘Technology Chery’ adalah siri Q-POWER, kabin pintar Lion dan seni bina elektronik dan elektrik EEA 4.0. Pada 2022, Chery Group mengeksport lebih 450,000 kenderaan, iaitu 68 peratus lebih daripada tahun sebelumnya.
Secara purata, sebuah kenderaan buatan Chery dihantar kepada pelanggan di luar China setiap 70 saat.
Maka tidak hairanlah mengapa pada 2022, Chery Group mengeksport lebih 450,000 kenderaan, iaitu 68% lebih daripada tahun sebelumnya.

Setakat ini, Chery telah pun mengeksport lebih 2.4 juta kenderaan secara terkumpul, mewakili 20 peratus daripada jumlah eksport kenderaan China dalam tempoh yang sama.
Untuk itu, Chery berhasrat untuk mengembangkan bakatnya, memperkenalkan pakar global terkemuka dalam pelbagai bidang seperti reka bentuk, cip, perisian, sistem operasidan kabin pintar, serta menubuhkan pasukan ketua saintis.
Syarikat tersebut kini mempunyai lebih 10,000 jurutera dan saintis.
Bagi tahun ini pula, Chery Group berusaha untuk mencapai lonjakan yang lebih tinggi dalam jualan, penguasaan pasaran serta aspek lain, dengan kadar perkembangan
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM1817
SELANGOR
BST1296
JOHOR
JC8435J
PULAU PINANG
PSE9277
PERAK
APK8472
PAHANG
CFH5129
KEDAH
KGH6528
NEGERI SEMBILAN
NEL5286
KOTA KINABALU
SJT6375
KUCHING
QAB4359P
Terakhir Kemas Kini 22 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Realiti Atau Gimik Digital? Voyah Passion S Buktikan Kemampuan Aksi Ekstrem 360 Darjah
Voyah Passion S boleh pusing semacam.
17-08-2026
Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS
Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.
17-08-2026
Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun
Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.
12-08-2026
Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia
Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.
11-08-2026
Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun
Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.
11-08-2026
Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan
Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.
10-08-2026
Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen
Pemilik BMW berang tengok iklan Spider-Man pada infotainmen setiap kali enjin dihidupkan.
06-08-2026
Harga Boleh Beli Rumah! Perodua Traz & Alza Mula Dijual Pada Harga RM242k
Perodua Traz, Alza Serba Baharu Rasmi Dilancar Di Sri Lanka.
27-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat