[FOTO] Nissan Pernah Hasilkan EV Pada Tahun 1940-an, Bergerak Sejauh 100KM!

Logo Nissan pada bangunan pejabat Nissan Motor Corp. (Foto: Sean Hiller | Daily Breeze)
Percaya atau tidak, kenderaan elektrik (EV) sebenarnya telah wujud berdekad lamanya, namun teknologi EV pada suatu ketika dulu cukup terhad kemampuannya, jauh berbeza dengan kenderaan yang dijana oleh enjin pembakaran dalaman yang lebih berkuasa dan efisien.
EV TERAWAL DIBANGUNKAN

Ketika mana dunia masih belum cakna mengenai kepentingan penjagaan alam sekitar daripada emisi karbon, syarikat pengeluar kereta Jepun, Nissan, telah mula berusaha membangunkan sebuah EV yang dinamakan Tama pada tahun 1947. Motif penghasilan model ini pada ketika itu adalah kerana isu kekurangan petrol di negara Jepun.
-full_normal-full_normal.jpg)



Jangan terkejut, EV yang dihasilkan pada tahun 40-an ini boleh bergerak sejauh 100 km dengan kuasa elektrik! Tetapi dari segi kelajuannya ia hanya boleh mencapai 35 km/j. Walaupun begitu, model yang boleh membawa empat penumpang ini terjual sebanyak 1,100 unit.

Bateri boleh ganti yang digunakan Tama
TERHASILNYA EV MODEN, NISSAN LEAF


Dibangunkan hasil daripada kajian selama beberapa dekad lamanya, jurutera Nissan akhirnya berjaya membangunkan EV moden, Nissan Leaf yang melawan persepsi bahawa EV hanya sesuai digunakan di padang golf atau sebagai shuttle di lapangan terbang.
EV yang dikeluarkan kali ini jauh lebih berkuasa, dengan pengendalian yang baik, prestasi pemanduan yang lancar, dan lebih selesa dengan kabin luas yang dapat memuatkan sehingga lima penumpang.
Baca: EV Serendah RM120K Akan Ditawarkan Di Malaysia – MITI
Menggunakan pek bateri litium-ion berkapasiti tinggi, Leaf boleh bergerak lebih jauh dengan kuasa elektrik dan mudah untuk dicas sama ada di rumah atau di mana-mana stesen pengecasan. Pengguna juga tidak perlu risau untuk menggunakan pengecas ketika hujan kerana Nissan telah melengkapkan kenderaannya dengan sistem penebat bagi memastikan keselamatan pengguna.

Nissan Leaf telah dilancarkan kepada umum pada tahun 2010, menjadi pilihan seramai 600,000 pelanggan di 59 pasaran termasuk Malaysia. Kejayaan penjualan Nissan Leaf menjadi bukti kualiti, kebolehpercayaan dan tahap keselamatan EV keluaran Nissan.
Baca: EV Nasional Mampu Milik: MITI, Proton, Perodua Bincang Usaha Percepat Pengeluaran
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU3970
SELANGOR
BSU4696
JOHOR
JF9061J
PULAU PINANG
PSG5048
PERAK
APM3295
PAHANG
CFJ1491
KEDAH
KGJ4933
NEGERI SEMBILAN
NEM3173
KOTA KINABALU
SJU5950
KUCHING
QAB7659P
Terakhir Kemas Kini 17 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria
ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.
16-10-2026
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge