ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Generasi Seterus Perodua Bezza "MUNGKIN" Macam Ini?

Suhana Veru

Kongsi melalui


Gelombang panas  Perodua Axia 2023 (2023) baharu memang menjadi. Bermula dari sebelum hingga selepas pelancaran Axia terus menjadi topik perbualan hangat di semua media sosial.

Manakan tidak, Perodua Axia ialah nama besar dan ada ramai peminatnya disebabkan ia merupakan salah satu kereta rakyat marhaen.

Namun Axia baharu kali ini agak mahal sedikit memandangkan ia lebih besar, kit badannya lebih panjang dan sarat dengan pelbagai ciri canggih termasuk reka bentuknya yang lebih mengancam!

Biarpun, kehangatan Perodua Axia 2023 masih belum reda, kami di CariCarz.com dapat menjangkakan pengeluar kereta tempatan, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) menggengam satu lagi produk yang bakal menawan hati rakyat Malaysia.

Sudah pastinya, tidak lain, tidak bukan kereta sedan segmen-A, Perodua Bezza! Ia berikutan selepas  pakar dalam manipulasi digital, Theophilus Chin atau Theottle mendedahkan reka bentuk terbaharu, Perodua Bezza.

Chin sekali lagi tular di internet selepas menyiarkan gambar render Perodua Bezza yang dilihat seakan-akan sama seperti Perodua Axia baharu.


Anda boleh membelek gambar-gambar lakaran komputer Chin di internet  dimana sebahagian jentera itu kelihatan tidak berubah dengan begitu ketara.

Namun, terdapat perbezaan di bahagian punggungnya yang mana Chin telah mengambil inspirasi daripada sedan Toyota Yaris Ativ generasi terbaharu.


Ia kelihatan berasas kerana Yaris Ativ juga akan hadir seakan Vios dalam pasaran kita nanti dan dibangunkan berasaskan platform Daihatsu New Global Architecture seperti mana yang dilakukan pada Axia

Ciri-ciri Yaris Ativ dapat dilihat menerusi lampu belakang, bampar dan juga aksen bampar bawah.


Tidak terkecuali, Chin juga dilihat mengekalkan bentuk asal Axia, dan hanya memperbaiki lengkung bingkai tingkap belakang dan tiang-C supaya ia selari dengan but belakang.

Pendek kata,  hasil karya Chin menunjukkan Axia 474A agak sama dengan Bezza baharu ini.

Untuk makluman, model Bezza yang sedia ada masih kukuh di pasaran tempatan memandangkan ia salah satu model Perodua yang paling laris setakat ini.

Ada juga desas-desus mengatakan bahawa Bezza baharu ini akan dilancarkan pada hujung tahun ini.

Apapun, kita tunggu pengumuman rasmi daripada Perodua!

Tetapi apa  pula pandangan anda mengenai Bezza baharu ini?


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRL6243

SELANGOR

BSS9275

JOHOR

JC6309J

PULAU PINANG

PSE8147

PERAK

APK7529

PAHANG

CFH4837

KEDAH

KGH6154

NEGERI SEMBILAN

NEL4846

KOTA KINABALU

SJT5934

KUCHING

QAB4206P

Terakhir Kemas Kini 20 Aug, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

15-02-2023
Berita Auto

06-02-2026
EV

11-11-2025
Global

10-05-2024
Berita Auto

07-05-2024
Berita Auto

20-12-2023
Berita Auto

19-12-2023
Berita Auto

15-08-2023

Berita Terkini

Berita Auto

PGA Terima 375 E-Bike JEBATT F29 Kawal Sempadan

Zaman Motor Polis 'Vroom-Vroom' Dah Lepas, Tak Sempat Dengar Tahu-Tahu Dah Kena Kepung! PDRM Kini Guna Jebatt F29.

20-08-2026
Berita Auto

KKR Rayu Tambahan Peruntukan: RM2 Bilion Tak Cukup Selenggara Jalan

Kekangan Bajet Jalan Raya: KKR Terpaksa Utamakan Kawasan Black Spot & Kerap Kemalangan.

19-08-2026
Berita Auto

Tragedi Lori Imigresen Ragut Nyawa 3 Beranak: PM Campur Tangan, Arah Siasatan Segera

Tragedi Lori Imigresen: PM Arah Siasatan Segera Kematian 3 Beranak.

19-08-2026
Berita Auto

Bahana Langgar Lampu Merah, Nyawa 3 Sekeluarga Melayang

Tragedi Maju Junction: Tiga Sekeluarga Maut Dirempuh Lori Imigresen.

19-08-2026
Berita Auto

Proton X50 Tumbang? Ini 4 Punca Perodua Traz Laku Keras

Minyak Lebih Jimat: Kenapa Perodua Traz Mengatasi Proton X50?

18-08-2026
Berita Auto

Proton Persona Bakal Dihentikan, Serah Baton Selepas Jualan Hampir 500k Unit

Proton Persona Bakal Dihentikan: 19 Tahun Memori & 472k Unit Terjual.

18-08-2026
Berita Auto

RXZ Members Minta LPT Tutup Seketika?

Penganjur RXZ Members Perjelas Isu Tutup LPT.

18-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.