Khabar Angin! Tesla Akan Dijual Di M'sia, Betul Ke?

Sejak semalam kecoh mengenai berita yang mengatakan Tesla berkemungkinan besar akan dijual secara rasmi di Malaysia tidak lama lagi.
Perkara itu mula dihebohkan selepas dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) tersebar meluas di beberapa portal automotif.


Dokumen itu menunjukkan Tesla sudah menukar namanya dari Tesla Services Sdn Bhd kepada Tesla Sdn Bhd.
Bagaimanapun bagi mendapatkan kesahihah berita berkenaan, kami ada menghubungi sebuah wakil pengedar kereta import (recond) untuk mendapatkan komen berhubung isu itu.




Sumber yang enggan mahu dikenali turut mengesahkan perkara itu.
Sementara itu, sumber yang sama turut mendedahkan kepada CariCarz.com bahawa jenama Tesla akan memulakan perniagaannya sepenuhnya pada akhir tahun ini.
Bagaimanapun jenama itu mempunyai halangan untuk memulakan jualan di negara ini disebabkan permit import (AP).
Berbalik kepada dokumen SSM itu, ia turut menunjukkan perkara 'Nature Of Business' yang merujuk sebagai syarikat pemborong dan peruncit kenderaan bermotor baharu, selain melibatkan pengangkutan darat serta servis dan baik pulih kenderaan.
Apapun, kemasukan jenama ini secara rasmi di Malaysia sebenarnya sudah lama dinanti-nantikan dan akhirnya menemui kata sepakat untuk menjualnya disebabkan beberapa faktor.

Ia disebabkan semakin banyak pengecasan EV dan model EV recond juga dilihat semakin meningkat.
Terdahulu, Tesla ada menunjukkan minatnya untuk memasang pengecas DC di negara ini.

Ia merupakan petanda baik yang menunjukkan potensi pasaran EV di Malaysia semakin berkembang.
Malah, ia juga berita baik untuk peminat tegar Tesla yang mendambakan sokongan selepas jualan rasmi.
Buat masa ini, tiada sebarang kenyataan rasmi daripada Tesla mahupun kerajaan.

Begitupun, masih tidak jelas bagaimana Tesla akan dibawa secara rasmi ke pasaran tempatan dan adakah ia akan menjejaskan peniaga recond tempatan atau sama ada ia ingin mencari rakan kongsi tempatan untuk jualan dan selepas jualan seperti yang di Thailand baru-baru ini.
Apapun teruskan bersama Caricarz untuk mengetahui lebih lanjut mengenai berita ini...
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ9680
SELANGOR
BST8951
JOHOR
JE5872J
PULAU PINANG
PSF7310
PERAK
APL6227
PAHANG
CFH7972
KEDAH
KGJ2119
NEGERI SEMBILAN
NEL9541
KOTA KINABALU
SJU2240
KUCHING
QAB5997P
Terakhir Kemas Kini 23 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual
Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.
10-09-2026
Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah
Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.
03-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat