Permintaan Semakin Meningkat, PROTON Buka Lagi Pusat Alat Ganti Baharu

Bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat di Malaysia Timur, pengeluar kereta nasional PROTON akhirnya telah membuka secara rasmi Pusat Alat Ganti Serantaunya di Kuching, Sarawak.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Roslan Abdullah mengakui permintaan pelanggan dilihat semakin meningkat sejak empat tahun lalu.
Dengan adanya, kemudahan gudang PROTON di Malaysia Timur, beliau mengakui, ia sebenarnya tidak mampu menampung komponen alat ganti gara-gara saiznya yang agak kecil.

“Sebaliknya, pusat baharu ini adalah tiga kali lebih besar daripada gudang sebelumnya. Ia akan berfungsi sebagai pusat pengedaran alat ganti untuk bahagian dan komponen selepas jualan untuk Sarawak serta Sabah jika perlu,” katanya dalam satu kenyataan.
Apa yang cukup menarik ialah fasiliti itu mampu mengurangkan masa penghantaran alat ganti sekurang-kurangnya 30%.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, beliau berkata, ruang tambahan yang sedia ada, membantu pihaknya untuk meningkatkan penghantaran sebanyak 50% daripada 3,000 tempahan sebulan kepada 4,500 tempahan sebulan.
Ia mampu menampung kapasiti maksimum sebanyak 6,000 tempahan sebulan sekiranya diperlukan sekali gus membolehkan kami mencapai lebih banyak pengeluaran alat ganti,” tambahnya.

Buat masa ini, pihak PROTON dikatakan sedang menyelesaikan tempahan yang tertunggak daripada pengedar dan pelanggan.
Sekadar info, pusat alat ganti itu terletak di kawasan Perindustrian Bintawa dengan keluasan 28,000 kaki persegi.
Ia boleh menerima enam kontena berisi alat ganti secara serentak dan kini sedang memproses 17 buah kontena sebulan yang menggunakan keupayaan sepenuhnya untuk menyimpan stok sehingga tiga bulan.
Selain itu, ia juga mampu menerima penghantaran terus dari luar negara.
Dalam perkembangan lain, Roslan berkata, jualan kenderaan Proton di Malaysia Timur menyumbang sebanyak 15% kepada jumlah jualan syarikat pada tahun lepas.
Bagi bahagian pasaran, ia telah berkembang daripada 10% pada tahun 2018 kepada 20% pada tahun 2022.

“Ini merupakan satu peningkatan secara berterusan sejak tahun 2019 selepas memperkenalkan Proton X70.
Populariti model siri X baharu bukanlah satu-satunya pemacu pertumbuhan syarikat, Proton Saga yang kekal sebagai model paling popular juga merupakan puncanya,” ujarnya.
Pada tahun lepas, tiga model Proton yang menduduki tangga teratas dalam jadual jualan di Malaysia Timur ialah Proton Saga dengan 10,242 unit diikuti Proton X50 dengan 4,181 unit dan Proton Persona dengan 2,605 unit.
“Proton telah menjual 7,697 unit di Malaysia Timur pada 2018 tetapi angka itu meningkat tahun lepas apabila sebanyak 19,844 unit telah dijual.
“Ia bersamaan dengan pertumbuhan jualan sebanyak 158%. Kami menyasarkan untuk mencapai angka yang lebih besar tahun ini dengan peningkatan berterusan dalam perkhidmatan selepas jualan serta pelancaran beberapa model baharu” jelasnya.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VSA492
SELANGOR
BSV2209
JOHOR
JH6081J
PULAU PINANG
PSH4796
PERAK
APN1409
PAHANG
CFJ4398
KEDAH
KGJ8734
NEGERI SEMBILAN
NEM6314
KOTA KINABALU
SJV2494
KUCHING
QAB493Q
Terakhir Kemas Kini 19 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Bila Tempahan Proton S70 RS Sport Dibuka?
Tempahan Proton S70 RS Sport Dibuka Bermula 18 Nov-1 Disember 2026
18-11-2026
Penunggang Motosikal Maut Dihempap Pokok Tumbang
Penunggang motosikal maut dihempap pokok tumbang di Selayang.
18-11-2026
Lebuhraya LIKE: Jalan Duta- Sungai Besi Bakal Dibina
Selepas Lama Menyepi, Ini Langkah Besar Lim Kang Hoo.
18-11-2026
Feytech Berganding Dengan 2 Syarikat China Hasilkan Sistem Brek, Stereng Chery
Sistem brek dan stereng Chery kini diusahakan secara lokal.
18-11-2026
Bapa Tinggalkan Anak Di Tepi Plaza Tol Nilai
Jurutera warga China yang sebelum ini tular selepas meninggalkan anaknya berhampiran Plaza Tol Nilai.
18-11-2026
Jualan Proton 2026: Model Berasaskan Geely Pintas Kereta "Buatan Tempatan"
Model Geely Kini Dominasi Jualan Proton 2026, Tapi Saga Masih 'Raja' Sebenar
18-11-2026
Penunggang Motosikal Maut Ketika Cuba Elak Lubang
Maut ketika cuba elak lubang pembentung di Klang.
18-11-2026
Pusat 3S BYD Dibuka Di Ipoh, Bilik Pameran Terbesar di Utara
BYD Sime Motors Perkukuh Kehadiran di Utara Malaysia dengan Pembukaan Pusat 3S Baharu di Ipoh.
18-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge