Projek EV Solar Sono Sion Dibatalkan, Ini Puncanya...
![]()
Pengasas Sono Motors, Laurin Hahn dan Jona Christians (Foto: Sono Motors)
Syarikat Jerman, Sono Motors, membuat pengumuman baru-baru ini bahawa mereka akan menghentikan projek pembangunan kenderaan elektrik yang dikuasakan oleh tenaga solar, SEV Sion.
Pada asalnya, penghasilan SEV tersebut, Sono Sion, dijadualkan akan bermula pada separuh kedua tahun ini, dengan harga jualan serendah € 25,126 (kira-kira RM117k), namun kini, syarikat ini akan menjual projek Sion kepada yang berminat meneruskan pembangunan EV solar itu.
Baca: EV Bertenaga Solar, Sion, Terima Lebih 32K Tempahan! Pengeluaran Mula 2023


Prototaip Sion didedahkan pada tahun 2018 sebelum rekaan versi pengeluarannya dipertontonkan pada tahun berikutnya. Ketika itu, idea penghasilan SEV ini menarik perhatian ramai dengan panel badan yang direka sebagai panel solar secara keseluruhannya.
Melalui pembangunan teknologi inovatif, Sono mendakwa tenaga yang disalurkan oleh panel solar kepada bateri kereta ini dapat meningkatkan jarak perjalanan sehingga kira-kira 18.6 batu (29.93 km) bergantung kepada tahap kecerahan matahari dengan purata kira-kira 70 batu (112.65 km) seminggu. Ini bermakna pengguna SEV Sion tidak perlu mengecas kenderaan mereka sebanyak pengguna EV biasa.
Baca: Nenek 63 Tahun Ini Hasilkan EV Berkuasa Solar Sendiri! Hebat!

Sono tidak memberikan penjelasan terperinci mengapa program tersebut dibatalkan dalam tempoh hanya beberapa bulan sahaja lagi sebelum ia dilancarkan secara rasmi, namun apa yang jelas, ia turut membabitkan isu pembiayaan projek ini. Selepas keputusan pembatalan projek dibuat, syarikat telah menghentikan kira-kira 300 pekerja.
Baca: Lightyear 0: Kereta Ini Guna Tenaga Solar 100%, Capai 11,000KM Setahun!

Sono Motors berkata, mereka akan meneruskan usaha untuk menyediakan penyelesaian dan teknologi solar bagi membantu syarikat-syarikat lain yang ingin menikmati penjimatan bahan api, kos dan mengurangkan emisi karbon. Misi baharu syarikat dikatakan lebih ‘mesra’ modal berbanding program Sion yang memerlukan perbelanjaan besar.
Baca: SEV Sion: Kereta Solar Yang Bakal Dijual Kepada Orang Ramai, Pengeluaran Bermula Tahun 2023
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM4521
SELANGOR
BST1942
JOHOR
JD416J
PULAU PINANG
PSF463
PERAK
APK9244
PAHANG
CFH5323
KEDAH
KGH7059
NEGERI SEMBILAN
NEL5570
KOTA KINABALU
SJT6684
KUCHING
QAB4453P
Terakhir Kemas Kini 26 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
[FOTO] Aptera Dedahkan Prototaip EV Solar, Gamma, Sudah Terima 32K Tempahan!
Sebuah syarikat startup yang berpangkalan di California Selatan baru sahaja mendedahkan prototaip kenderaan elektrik solar (SEV), Gamma.
16-09-2022
EV Bertenaga Solar, Sion, Terima Lebih 32K Tempahan! Pengeluaran Mula 2023
Sono Motors mengumumkan syarikatnya kini menerima tempahan lebih 32,000 unit bagi EV solar (SEV) Sion.
08-09-2022
SEV Sion: Kereta Solar Yang Bakal Dijual Kepada Orang Ramai, Pengeluaran Bermula Tahun 2023
Kereta solar pertama dihasilkan untuk orang ramai.
27-07-2022
EV Bertenaga Solar, Sion, Terima Lebih 32K Tempahan! Pengeluaran Mula 2023
Sono Motors mengumumkan syarikatnya kini menerima tempahan lebih 32,000 unit bagi EV solar (SEV) Sion.
08-09-2022
[FOTO] Aptera Dedahkan Prototaip EV Solar, Gamma, Sudah Terima 32K Tempahan!
Sebuah syarikat startup yang berpangkalan di California Selatan baru sahaja mendedahkan prototaip kenderaan elektrik solar (SEV), Gamma.
16-09-2022
Berita Terkini
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV
PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.
25-08-2026
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup
Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.
24-08-2026
Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar
Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.
24-08-2026
Berapa EV Terbakar Di Malaysia
Kebakaran EV: Bomba Cadang Wujudkan Garis Panduan Keselamatan Pengecasan EV Di Rumah.
19-08-2026
EV Punca Rumah Ratusan Ribu Terbakar
Adakah salah EV atau pengecas EV yang tidak mematuhi piawaian.
17-08-2026
Hanya 20 Bulan, Proton e.MAS Tembusi 30,000 Pendaftaran Di Malaysia
Gempur Jalan Raya, Proton e.MAS Pecah Rekod 30,000 Unit, Sah Jadi Raja EV Paling Laku Keras di Malaysia.
12-08-2026
Jual EV Murah Di Malaysia: Ini 2 Syarat Dipastikan Ada
2 Syarat Sebelum Jual EV Murah Di Malaysia — Elak Rakyat Terbeban!
10-08-2026
Tekejut: Pembeli Perodua QV-E Terawal Terima Bayaran Balik RM16,501
Perodua Pulangkan RM16,501 Kepada Pembeli Terawal QV-E, Rupanya Ada Sebabnya.
06-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat