Proton: MHEV, PHEV Akan Tembusi Pasaran Tak Lama Lagi

Buat julung kalinya, Proton mendedahkan pelan hala tuju elektrifikasi yang melibatkan model hibrid, plug-in hybrid dan pacuan elektrik sepenuhnya pada Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina di ibu negara, malam tadi.

Roslan (tengah) bersama media ketika menikmati hidangan wajib, Yee Sang.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Roslan Abdullah mengakui pihaknya sedang usaha untuk membangunkan produk elektrifikasi.
Untuk itu, pelan hala tuju akan dibuat mengikut fasa. Ia akan dimulai dengan teknologi hibrid ringkas (MHEV), berserta dengan pelancaran smart #1.
Ia kemudian disusuli dengan model BEV (EV janaan bateri) dan PHEV.

“Fasa perintis kami melibatkan dua fasa di mana kami akan menembusi pasaran EV, keupayaan membangunkan dan mengukuhkan kesedaran pasaran.
“Ia bertindih dengan fasa pertumbuhan EV, namun kami sudah membayangkan untuk memulakan pengeluaran EV secara pemasangan tempatan, melakukan pembangunan ekosistem dan ini akan mempercepatkan penggunaan EV di Malaysia,” katanya.

Bagi fasa ketiga, Proton akan menjadi hab pengeluaran EV pemanduan sebelah kanan (RHD) untuk pasaran tempatan dan pasaran eksport.
Bagaimanapun, beliau menjangkakan pihaknya bersedia untuk mengeluarkan model kenderaan elektrik selewat-lewatnya tahun 2027.

“Bagi mengorak langkah ke hadapan, rangkaian produk akan diperkembangkan dengan pengenalan lebih banyak model BEV dan PHEV.
“Jika anda melihat pada slaid pembentangan ini, pihak Proton ada rancangan untuk mensinergikan perindustrian EV dengan jenama lain dalam kumpulan Geely. Saya tidak mahu menjanjikan apa-apa, anda mungkin dapat melihat beberapa tawaran EV yang menarik di Malaysia dalam masa terdekat,” katanya.

Menyentuh mengenai produknya, beliau mengesahkan pihaknya akan memperkenalkan model SUV tujuh-tempat duduk X90 dan smart #1 dalam tempoh terdekat ini.
Apapun kita tunggu pengumuman rasmi Proton nanti!
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ9680
SELANGOR
BST8951
JOHOR
JE5872J
PULAU PINANG
PSF7310
PERAK
APL6227
PAHANG
CFH7972
KEDAH
KGJ2119
NEGERI SEMBILAN
NEL9541
KOTA KINABALU
SJU2240
KUCHING
QAB5997P
Terakhir Kemas Kini 23 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kenapa Rating Keselamatan Proton X90 MC 2026 Ditarik Balik
𝐑𝐚𝐭𝐢𝐧𝐠 𝐏𝐫𝐨𝐭𝐨𝐧 𝐗𝟗𝟎 𝐌𝐂 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐝𝐢𝐭𝐚𝐫𝐢𝐤 𝐛𝐚𝐥𝐢𝐤. 𝐈𝐧𝐢 𝐈𝐧𝐟𝐨 𝐭𝐞𝐫𝐤𝐢𝐧𝐢 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐩𝐞𝐦𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐦𝐛𝐞𝐥𝐢 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐏𝐫𝐨𝐭𝐨𝐧 𝐗𝟗𝟎 𝐌𝐂 𝟐𝟎𝟐𝟔.
15-03-2026
Proton X90 MC 2026 Rasmi Dilancarkan: Kini Dengan Enjin 4-Silinder & Apple CarPlay Tanpa Wayar
Proton X90 MC 2026 Kini Di Pasaran: Adakah Ini SUV 7-Tempat Duduk Impian Anda?
11-03-2026
Risalah BOCOR, Sebelum Lancar, Proton X90 2026 (MC) Bakal Gegarkan Pasaran Dengan Teknologi Baharu
Beberapa portal automotif tempatan menyatakan bahawa Proton X90 MC 2026 akan dilancarkan dalam tempoh terdekat ini.
09-03-2026
Haoyue L Dilancar Di China, Adakah Generasi Seterus Proton X90 Akan Menyerupai Model ini?
Geely, telah mengemas kini model SUV Haoyue L yang merupakan generasi keduanya di pasaran China.
28-11-2025
Beli Kereta Proton Ada Rebat Sehingga RM15,000, Hanya Untuk Bulan Mac
Proton kini sedang membuat promosi Buka Lembaran Baharu dimana syarikat itu kini menawarkan duit raya sehingga RM15,000 kepada para pelanggan.
01-03-2025
Proton Bakal Lancar 3 Model Baharu & Tingkatkan Pengeluaran Tahun Ini
Proton dedah perancangan untuk 2025 serta sasaran jangka panjang syarikat.
23-01-2025
Proton Meterai Kerjasama Dengan ANSA Motors
Proton X90 dan Proton X50 laku keras di negara kepulauan Caribbean.
23-08-2024
Berita Terkini
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual
Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.
10-09-2026
Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah
Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.
03-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat