Tular Video Aksi Drift Di Hadapan Plaza Tol DASH

Satu klip video tular di internet yang menunjukkan seorang pemandu kereta jenis Nissan 180SX melakukan aksi drift di hadapan plaza tol Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) semalam.
Pemandu kereta itu dilihat melakukan aksi drift dengan melakukan beberapa pusingan sehingga meninggalkan kesan sagat tayar di atas jalan raya.
Sementara itu, sekumpulan peminat kereta dilihat berkumpul berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Denai Alam, Shah Alam untuk melihat aksi itu.
Rata-rata daripada mereka bersorak sejurus pemandu itu mengeluarkan deruman enjin yang kuat sehingga mengeluarkan kepulan asap.

Nyata tindakan berani pemandu itu hanya mengancam keselamatan pengguna DASH yang lain memandangkan ketika aksi itu, ada beberapa kenderaan melalui plaza tol berkenaan.
Susulan itu, pengendali Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) menegaskan pihaknya akan bekerjasama dengan polis untuk membantu siasatan berhubung kejadian itu.
“Tiada sebarang permit dikeluarkan oleh mana-mana pihak untuk melakukan perhimpunan besar seumpama itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagi mengelak kejadian itu berulang, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan operasi di kawasan yang dilaporkan berlaku aktiviti haram itu.
Untuk makluman, Lebuhraya DASH merupakan lebuhraya bertingkat yang dibina merentas kawasan perumahan dan perniagaan.
Kehadiran mereka dengan melakukan aksi drift pada waktu waktu malam hanya mengganggu ketenteram penduduk berdekatan.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX7314
SELANGOR
BSU9301
JOHOR
JH1719J
PULAU PINANG
PSH2981
PERAK
APM7926
PAHANG
CFJ3684
KEDAH
KGJ7457
NEGERI SEMBILAN
NEM5426
KOTA KINABALU
SJV1073
KUCHING
QAB9646P
Terakhir Kemas Kini 07 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi
Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge