ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Ulang-Alik 100KM Setiap Hari, Jururawat Maut Kemalangan

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Sekelip mata, anak kehilangan ibu dan suami kehilangan isteri. Baru sahaja sehari selepas keluar bersama ke Batu Ferringghi, seorang wanita yang bekerja sebagai jururawat maut selepas terbabit dalam satu kemalangan di Jalan Tun Sardon, Balik Pulau pada jam 6.45 pagi.


Tragedi Isnin lalu telah meragut nyawa Norliana@Norsyazwani Roslan, 29, yang meninggal dunia semasa sedang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) kira-kira jam 9.30 pagi kerana cedera parah pada kepala dan perut.


Kejadian tersebut berlaku apabila motosikal yang ditungganginya bertembung dengan motosikal lain. 


BERULANG-ALIK 100 KM SETIAP HARI


Sejak September lalu, mangsa dikatakan perlu berulang-alik sejauh 100 km setiap hari dari rumahnya ke Hospital Bertam. 


Keadaan di tempat kejadian


Suami arwah, Syukur Zainol, 29 berkata, arwah isterinya, menggunakan motosikal kerana hanya memiliki lesen kenderaan tersebut. 


"Rumah kami di Sungai Pinang di sini dan sebelum ini, arwah bertugas di Jalan Perak namun terpaksa ke Bertam kerana menyambung kursus kebidanan.


"Pengajian kursus itu dijangka tamat pada minggu ini,” katanya. 


Anak kini kehilangan sosok seorang ibu 


"Arwah keluar rumah jam 6.15 pagi dan dia sempat bersalaman dengan saya. Tiada perubahan yang ditunjukkan arwah cuma, semalam (Ahad) dia ajak saya bawa anak-anak ke tepi pantai di Batu Feringghi.


Kemalangan membabitkan dua motosikal


"Walaupun sedih dengan kehilangan isteri tercinta, saya reda dengan ketentuan Illahi. Arwah seorang yang pendiam tetapi penyayang terhadap saya dan dua anak kami berusia lima tahun dan lapan bulan," katanya.


Mangsa lain yang turut maut dalam kemalangan sama ialah Koperal Muhammad Zohair Dzulkefle, 44, yang bertugas di Cawangan Pengangkutan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya. Zohair meninggal dunia di tempat kejadian. 


Al-fatihah kepada mangsa.


Sumber: Sinar Harian 

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT6845

SELANGOR

BSU3764

JOHOR

JF6065J

PULAU PINANG

PSG3794

PERAK

APM1960

PAHANG

CFJ647

KEDAH

KGJ4457

NEGERI SEMBILAN

NEM2595

KOTA KINABALU

SJU5267

KUCHING

QAB7463P

Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

[VIDEO] Warga Asing Tiada Lesen Buat Pusingan U Secara Tiba-Tiba, 2 Beranak Jadi Mangsa

Sebuah video berdurasi 32 saat tular dalam media sosial baru-baru ini yang menunjukkan sebuah kenderaan berlanggar dengan van.

24-05-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Proton S70 i-GT 1.5 RM58,800: Laris Di Sabah, Sarawak

Harga Bermula RM58,800: Proton S70 i-GT 1.5 Laris Semacam Di Malaysia Timur.

13-10-2026
Berita Auto

Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?

Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?

12-10-2026
Berita Auto

Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman

Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.

12-10-2026
Berita Auto

MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan

EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.

12-10-2026
Berita Auto

BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban

Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.

12-10-2026
Berita Auto

Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?

Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.

12-10-2026
Berita Auto

Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5

Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.

11-10-2026
Berita Auto

JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut

Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.

11-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.