Bye, Bye Camry, Pengeluaran Toyota Camry Dihentikan Di Tanah Airnya Sendiri

Selepas 43 tahun berada di pasaran, Toyota mengambil keputusan untuk menghentikan pengeluaran Toyota Camry di pasaran Jepun gara-gara tidak mendapat permintaan.
Malah, kebanyakan rakyat tempatan di Jepun dikatakan lebih menggemari bentuk badan SUV dan crossover berbanding bentuk badan sedan.
Untuk itu, Toyota telah memaklumkan kepada pengedar-pengedarnya di Jepun pengeluaran Camry untuk pelanggan domestik akan dihentikan pada akhir tahun ini.


Bagaimanapun, pengeluaran akan diteruskan untuk eksport.
Ini kerana jualan Camry dilihat cukup baik di pasaran luar negara selepas Toyota mendedahkan bahawa pihaknya mampu menjual Camry tidak kurang daripada 600,000 unit pada setiap tahun.
Mula diperkenalkan pada 2017, Camry yang sedia ada sebenarnya berkongsi reka bentuk dan demografi pelanggannya dengan Crown di Jepun.

Ia juga berkongsi platform dan demografinya dengan Avalon yang lebih besar sedikit, yang telah dihentikan pada tahun 2022.
Buat masa ini, Camry generasi baharu ditetapkan untuk debut pada tahun 2024, tetapi ia tidak akan ditawarkan di Jepun.
Namun lain pula senario di Malaysia, Camry versi facelift telah pun muncul pada tahun 2022.
Selain Malaysia, Camry juga mendapat tempat di hati orang Amerika Syarikat kerana sekurang-kurangnya 13 juta unit Camry terjual sejak dari tahun 1982.
Pendek kata, walaupun tidak berjaya menawan hati penduduknya sendiri namun ia menempa nama di pasaran global.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX2340
SELANGOR
BSU8095
JOHOR
JG8672J
PULAU PINANG
PSH2014
PERAK
APM7058
PAHANG
CFJ3302
KEDAH
KGJ6952
NEGERI SEMBILAN
NEM4978
KOTA KINABALU
SJU9742
KUCHING
QAB9427P
Terakhir Kemas Kini 01 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi
Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.
29-10-2026
Minyak Diesel Tanpa Subsidi Naik 20 Sen
Terkini: Harga Diesel Naik 20 Sen, RON95 & RON97 Turut Naik.
28-10-2026
Awas Penipuan Tiket ECRL! Beli Hanya Melalui Saluran Rasmi
Harga Tiket ECRL Sudah Pun Diumumkan, Jadi Jangan Jadi Mangsa Scammer.
28-10-2026
Aplikasi TuJu Bukan Untuk Saing Waze, Fokus Lebuh Raya Bertol
TuJu Dibangun Bukan Ganti Waze.
28-10-2026
Bila PROTON S70 RS Sport Dilancar?
Ada pihak menyifatkan Proton S70 RS Sport bakal dilancarkan Disember ini.
27-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia, Ini Kata SIC
Sepang Sedia Kertas Kerja F1: Peluang Keputusan Kini 50-50
27-10-2026
Pusat 4S Denza Balakong Dibuka: Antara Pusat Pengedar Terbesar Kini di Selangor
DENZA Balakong Rasmi Dibuka, Tawar Perkhidmatan 4S Lengkap.
26-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge