Degil Bagi Kenderaan Asing Isi RON95, Pemilik Stesen Minyak Didenda RM40K

Pemilik stesen minyak, Phan Chib Chan, 59, didenda RM40,000 (Foto: Bernama)
Kerana tamak, hak rakyat Malaysia ‘digadaikan’ kepada orang asing. Namun kalau berani buat, beranilah tanggung akibatnya juga…
Seorang pemilik stesen minyak, Phan Chib Chan (gambar), 59, didenda RM40,000 setelah mengaku bersalah di Mahkamah Seksyen Johor Bahru, atas pertuduhan membenarkan pengisian petrol bersubsidi RON95 kepada kenderaan bernombor pendaftaran asing empat tahun lalu.

Ini merupakan kes pendakwaan pertama membabitkan kesalahan tersebut di Malaysia. Sekiranya gagal membuat bayaran denda, mahkamah menetapkan hukuman penjara selama lima bulan.
Pengakuan tersebut dibuat selepas pertuduhan dibacakan seorang jurubahasa dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim. Bapa kepada dua anak itu didakwa membenarkan kereta BMW bernombor pendaftaran asing membuat pengisian petrol bersubsidi RON95 sebanyak 54 liter berjumlah RM114.30.

Penjualan minyak bersubsidi, RON95 kepada warga asing adalah dilarang
Kesalahan tersebut dilakukan pada jam 10.40 pagi, 13 Mei 2019 di premis Heng Motor Service Station di Jalan Tun Abdul Razak, Susur 4, daerah Johor Bahru.
BUKAN KALI PERTAMA
Penyelewengan minyak bersubsidi yang dilakukan empat tahun lalu bukanlah kali pertama kerana Phan sebelum ini pernah melakukan kesalahan sama sebanyak dua kali. Oleh itu, hukuman setimpal dikenakan sebagai pengajaran kepada pelaku dan semua pemilik stesen minyak di Malaysia.
Perbuatan tersebut jelas melanggar Peraturan 12A Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan 1974, suatu kesalahan di bawah Peraturan 21(1) Peraturan-peraturan sama.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX7915
SELANGOR
BSU9386
JOHOR
JH1934J
PULAU PINANG
PSH3136
PERAK
APM8043
PAHANG
CFJ3720
KEDAH
KGJ7510
NEGERI SEMBILAN
NEM5464
KOTA KINABALU
SJV1134
KUCHING
QAB9667P
Terakhir Kemas Kini 07 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Warga Asing Makin Berani Pandu Secara Haram! Lebih 70 Saman Dalam 3 Jam
Antara kesalahan tertinggi yang dikesan ialah tiada lesen memandu. Apa lagi? Jom baca.
22-07-2024
Warga Asing Beli Lesen Dari Media Sosial, Guna Nama Penduduk Tempatan Yang 'Baik Hati'
Semakin hari semakin ramai warga asing menggunakan kenderaan tanpa lesen memandu sah.
25-04-2024
Makin Ramai Warga Asing Memandu Tanpa Lesen – JPJ
Isu warga asing memandu tanpa lesen kini semakin berleluasa.
21-04-2024
Setahun Memandu Tanpa Lesen, 28 Warga Asing Akhirnya Tertangkap
Warga asing memandu kenderaan tanpa lesen.
26-07-2023
Modus Operandi Dihidu JPJ, Kenderaan Asing Tanpa Permit Tidak Lagi 'Selamat'
Kenderaan asing dari Thailand yang tiada Permit Edaran Antarabangsa (ICP) kini tidak lagi ‘selamat’ kerana modus operandi telah berjaya dihidu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
18-09-2024
Cara Masuk Singapura Terkini: VEP Kereta Asing Wajib Diaktifkan
Syarat Masuk Singapura 2026: Wajib Ada VEP.
23-09-2026
Takut Disita, Pemilik Kenderaan Singapura Bayar Saman Serta-Merta, JPJ Dapat RM1.17 Juta
Sejumlah 3,910 saman telah dikeluarkan terhadap kenderaan dengan nombor pendaftaran Singapura yang didapati gagal melengkapkan dan mengaktifkan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID).
22-10-2025
Berita Terkini
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi
Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

