Hyundai Bekalkan 700 Bas Sel Bahan Api Hidrogen Untuk Incheon, Korea Selatan

Bandar Korea Selatan, Incheon, akan menggunakan sejumlah 700 bas sel bahan api hidrogen di atas jalan raya menjelang penghujung tahun 2024. Sebanyak 200 unit daripada 700 bas ini akan mula beroperasi pada tahun ini.
Kementerian Alam Sekitar dan Pengangkutan Korea Selatan, Kerajaan Perbandaran Incheon, Hyundai Motor dan SK E&S telah dengan sebulat suara mempersetujui rancangan tersebut.
Syarikat automotif Korea, Hyundai, diberikan tanggungjawab untuk membekalkan kenderaan tersebut, sementara SK&S (dimiliki oleh SK Group) pula akan menghulurkan kepakaran tenaga dengan menyediakan stesen pengisian hidrogen dan hidrogen cecair untuk kegunaan bas sel bahan api ini.

Kementerian yang terlibat akan membekalkan dana bagi melancarkan inisiatif tersebut dan menjanjikan penambahbaikan peraturan untuk memudahkan penggunaan bas sel bahan api.
Baca: UMW Toyota Serah 5 Unit Sedan Hidrogen Toyota Mirai Kepada SEDC Energy & Ketua Menteri Sarawak
Bas yang akan digunakan berkemungkinan besar ialah model Hyundai Elec City Fuel Cell yang dijana oleh tenaga hidrogen. Sejak tahun 2019, Korea Selatan telah menggunakan bas hidrogen Hyundai sebagai bas bandar. Kenderaan ini dilengkapkan dengan sistem sel bahan api 180 kW yang terdiri daripada dua unit sel bahan api 90 kW. Ia turut mempunyai membran elektrolit dan lapisan resapan hidrogen (sama seperti yang terdapat pada trak hidrogen Hyundai Xcient). Hidrogennya disimpan di dalam tangki berkapasiti 845L. Selain itu, bas turut dilengkapi bateri 78.4 kWh. Jarak perjalanannya boleh mencecah 500 km.

Buat masa ini, terdapat enam stesen pengisian semula hidrogen di Incheon dan tahun ini, lapan lagi stesen bakal didirikan. Sebuah fasiliti penghasilan hidrogen dilaporkan akan dibina oleh SK E&S yang akan mula beroperasi pada hujung tahun ini dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 30,000 tan.
Baca: BMW Bakal Keluarkan Kenderaan Hidrogen Secara Besar-Besaran Mulai 2025
Pengenalan bas hidrogen turut diumumkan di beberapa bandaraya lain di Korea Selatan membabitkan sejumlah 624 unit bas untuk kegunaan di Busan dan Ulsan serta Wilayah Gyeongsang Selatan menjelang tahun 2025. Turut dalam perancangan ialah pembinaan sebuah kilang hidrogen di pulau Jeju untuk membekalkan tenaga hidrogen bagi 1,700 kenderaan sel bahan api menjelang tahun 2030.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRC9305
SELANGOR
BSQ9152
JOHOR
JYB433
PULAU PINANG
PSD1857
PERAK
APJ3062
PAHANG
CFG8124
KEDAH
KGG5705
NEGERI SEMBILAN
NEK6837
KOTA KINABALU
SJS4608
KUCHING
QAB223P
Terakhir Kemas Kini 23 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
WTCA Lakar Sejarah: Mula Eksport GAC GS3 EMZOOM Pemasangan Tempatan ke Vietnam
Satu Lagi Pengiktirafan Kilang Tempatan: GAC GS3 EMZOOM Buatan Malaysia Kini Dieksport ke Vietnam
08-06-2026
Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?
iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.
27-04-2026
Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah
Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.
27-04-2026
Zeekr 8X Muncul Sebagai SUV Hibrid Terpantas Dunia, 0-100km/j Hanya 2.96 Saat
Lupakan SUV lain! Zeekr 8X gabung pecutan kereta super & keselesaan MPV mewah.
20-04-2026
Proton X50 'Takluk' Caribbean, Bukti Kereta Proton Bertaraf Dunia
Strategi global PROTON: Trinidad dan Tobago jadi pasaran eksport kedua X50 selepas Brunei.
20-04-2026
Selain Malaysia, Siapa Lagi Yang LULUS Lintas Selat Hormuz
Ini senarai negara yang dibenarkan melalui Selat Hormuz.
27-03-2026
Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM
Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.
02-03-2026
Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap
Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.
27-02-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat