Kali Pertama Tokyo Auto Salon Diadakan Di M'sia, Jangan Tak Singgah!

Buat julung kalinya, Tokyo Auto Jepun akan diadakan di Pusat Pameran & Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur bermula 9 hingga 11 Jun ini.
Pameran ini yang akan berlangsung dalam ruang tertutup seluas 130,000 kaki persegi melibatkan penala-penala dari Jepun termasuk Top Secret, RE Amemiya, Spoon, HKS, Greddy dan lain-lain.
Pameran ini akan dianjurkan oleh MUSE Group Asia dan Element X Strategies, dengan kerjasama San Ei Corporation sebagai pemilik harta intelek Tokyo Auto Salon.
Ketua Pegawai Eksekutif MUSE Group Asia Riduwan Matni berkata, pihaknya sudah menyimpan hasrat untuk membawa pameran berprestij itu ke Malaysia selepas mengadakan pameran Tokyo Auto Salon yang pertama di Singapura pada tahun 2013.

Riduwan (kiri) bersama Fukui (tengah) pada sidang akhbar.
"Selepas perancangan selama tiga tahun, akhirnya impian kami tercapai apabila pameran itu akan diadakan dalam beberapa bulan sahaja lagi," katanya.
Pada mulanya, pameran ini bermula untuk meraikan paparan inovatif dan kreatif bagi kereta-kereta keluaran Jepun namun ia telah berkembang untuk merangkumi semua jenama dan jenis kenderaan.


Pertunjukan ini juga diiktiraf sebagai platform berprestij oleh pengeluar-pengeluar kenderaan serta syarikat-syarikat aksesori dan alat-alat ganti berprestasi tinggi yang menganggapnya sebagai landasan terbaik untuk mempamerkan tawaran-tawaran terkini dan hasil mereka yang paling inovatif.
Bukan itu sahaja, Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur menawarkan peluang menarik bagi pemain-pemain automotif besar dan kecil di Malaysia dan rantau ASEAN untuk mempamerkan produk dan perkhidmatan terbaharu mereka dengan saiz gerai yang berbeza untuk disewa.

Sementara itu, Ketua Pengarah Persekutuan Tokyo Auto Salon Encik Junichi Fukui berkata keputusan untuk membawa Tokyo Auto Salon ke luar Jepun adalah bertujuan untuk mendapatkan pendedahan yang lebih meluas untuk ahli-ahlinya dan bagi meneroka pasaran-pasaran baharu.
“Pameran di Kuala Lumpur juga akan mengetengahkan satu persembahan yang lebih bertaraf antarabangsa dengan paparan kenderaan-kenderaan tempatan yang telah diubah suai.
"Ia juga bakal menampilkan aksesori, barangan automotif berprestasi tinggi dan pelbagai perkhidmatan dari Malaysia dan rantau ASEAN. Pameran ini adalah untuk mewujudkan platform yang berdaya maju untuk ahli-ahli kami serta bakal-bakal pengeluar serantau untuk terlibat dan berkerjasama dalam perniagaan,” katanya.

Bagi yang berminat, tiket untuk ke Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur sudah mula dijual secara atas talian menerusi laman sesawang rasminya di https://tokyoautosalonkl.com/.
Untuk makluman, harga tiket dikenakan sebanyak RM60 untuk dewasa manakala RM28 sehari (kanak-kanak).
Namun untuk pembeli-pembeli awal (dari 18 hingga 30 Mac) diberikan diskaun sebanyak 30% iaitu RM40 sehari untuk dewasa dan RM18 sehari untuk kanak-kanak.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRF9541
SELANGOR
BSR5747
JOHOR
JA2203J
PULAU PINANG
PSD7450
PERAK
APJ8023
PAHANG
CFH1520
KEDAH
KGH637
NEGERI SEMBILAN
NEK9073
KOTA KINABALU
SJT671
KUCHING
QAB1917P
Terakhir Kemas Kini 15 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Jom Saksi Modifikasi Kereta Kreatif & Radikal Di Tokyo Auto Salon KL
Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur yang pertama kalinya diadakan di negara ini telah membuka tirainya secara rasmi.
10-06-2023
Tiket Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2023 Diskaun 10%! Ini Dia Maklumat Terperinci Acara Permotoran Terbesar Dunia...
Bayaran kemasukan kini ditawarkan pada harga lebih rendah dengan diskaun sebanyak 10%!
16-01-2023
Berita Terkini
Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE
Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.
14-07-2026
Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris
Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.
14-07-2026
DBKL Guna Lampu Isyarat AI Atasi Kesesakan Trafik Kuala Lumpur
Lampu Isyarat AI Kuala Lumpur.
14-07-2026
Sime Beyond Auto Buka Cawangan BYD Ke-6 Di Sri Petaling
Sime Beyond Auto Kukuh Dominasi Pasaran EV Menerusi Pelancaran BYD Sri Petaling.
14-07-2026
Zeekr Malaysia Lantik 3 Pengedar Baharu, Bakal Ada 18 Cawangan Akhir Tahun Nanti
Kekal Jenama EV Premium No. 1, Zeekr Malaysia Kini Perluas Rangkaian Bilik Pameran & Pusat 3S.
13-07-2026
Mengimbau Litar Batu Tiga: Salinan Silverstone yang Kini Menjadi Kenangan
Sebelum Wujudnya Sepang, Ini Kisah Litar Shah Alam yang Dilupakan.
12-07-2026
4 Penunggang RXZ Maut
Empat penunggang motosikal Yamaha RX-Z maut dalam kemalangan membabitkan 12 motosikal di Kilometer 246.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT).
12-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat