KEJAM! Rempuh Warga Emas Sampai Mati Sebab Tegur Pasang Muzik Kuat

Rempuh warga emas sampai mati?
Itu nasib seorang pesara kerajaan berusia 57 tahun gara-gara menegur dua lelaki yang memasang muzik kuat di dalam sebuah kereta Perodua Axia di Plaza Pandan Malim, Melaka kelmarin.
Percaya atau tidak, hanya kerana warga emas itu menegur mereka, dia dirempuh sampai mati.
Bercerita kembali detik mengerikan, anak mangsa berkata, dia dan bapanya menegur dua lelaki yang menaiki Axia kerana memasang muzik dengan terlalu kuat di kawasan rumahnya sehingga menggangu ketenteraman penduduk.
“Selepas menegur mereka, kedua-duanya sudah beredar, namun datang semula beberapa minit kemudian dengan membuat beberapa pusingan sambil memasang muzik kuat membuatkan kami keluar semula untuk menegur.

“Saya terkejut apabila pemandu tersebut cuba melanggar saya tetapi saya sempat melarikan diri ke arah belakang sebuah restoran 24 jam di bangunan plaza,” katanya yang enggan dikenali.
Sebaliknya, kereta itu dilihat berpusing menuju ke arah ayahnya dan bertindak melanggar serta menyeretnya sejauh 20 meter ke belakang kedai.
“Saya melihat ayah berpaut di atas bonet kereta tersebut sebelum terjatuh dalam keadaan berlumuran darah,” ujarnya.
Sejurus kejadian itu, kedua-dua suspek yang berada di bawah pengaruh alkohol telah melarikan diri.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.
“Buat masa ini, seorang lelaki berusia 28 tahun sudah ditahan manakala seorang lagi masih bebas,” katanya.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQV2867
SELANGOR
BSP4645
JOHOR
JYV4408
PULAU PINANG
PSB6478
PERAK
APG9341
PAHANG
CFG3239
KEDAH
KGF5026
NEGERI SEMBILAN
NEK2340
KOTA KINABALU
SJR5382
KUCHING
QAB6253N
Terakhir Kemas Kini 28 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Terkini
"Ride" Terakhir Berakhir Pilu
Perjalanan ulang alik Azman setiap minggu melebihi 700km dari Sabah ke Sarawak merentasi Brunei bertukar tragedi.
28-04-2026
Pandu Uji & Menang Hadiah! GWM Malaysia Meriahkan Penang Autoshow Dengan Tawaran Eksklusif
Penangan GWM di PWCC: Dari SUV Lasak Hingga MPV Mewah, Semua Ada di Penang Autoshow.
27-04-2026
Bidaan P1P Cecah RM1.1 Juta! Ini Senarai Nombor Plat Siri P_P Paling Mahal
Hasil P_P Untuk Rakyat: RM21.6 Juta Bidaan Nombor Plat Bakal Biayai MyLESEN & Topi Keledar.
27-04-2026
JPJ Lantik Siti Nurhaliza Ikon Keselamatan Jalan Raya
Siti Nurhaliza Galas Tugas Ikon Keselamatan Jalan Raya JPJ.
25-04-2026
Minyak Tak Boleh Turun, Tapi Road Tax Diesel Boleh
Poket Tak Lagi Bocor: Kerajaan Cari Jalan Turunkan Cukai Jalan Kenderaan Diesel.
25-04-2026
Lebih 6,000 Orang Bida Nombor Plat P_P
Bidaan nombor pendaftaran istimewa (NPI) siri “P_P” melalui sistem dalam talian JPJeBid menerima sambutan yang amat memberangsangkan.
24-04-2026
Netizen Bangladesh Tuntut Keadilan Pempengaruh Dilanggar Pemandu Mabuk
Tragedi MEX: Pempengaruh 'Advance Gaming' Maut, Isteri Cedera Angkara Pemandu Mabuk.
24-04-2026
Sudahlah Mabuk, Lawan Arus, Penumpang E-Hailing Maut
Padah pandu mabuk lawan arus, nyawa orang tidak bersalah melayang.
23-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat