ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kereta Penuh Selut, Ruangan Komen Penuh, Ada Yang Marah, Ada Juga Simpati

Suhana Veru

Kongsi melalui


Tular beberapa keping gambar yang menunjukkan sebuah kereta jenis Toyota Alphard dipenuhi dengan selut yang sudah keras.

Pemilik kereta itu yang tidak didedahkan identitinya berkata, dia sanggup memberi upah sebanyak RM500 kepada mana-mana individu yang sanggup membersihkan keretanya.

“Salam warga kota tinggi, saya nak tanya kat mana boleh dan sanggup bersihkan kereta saya ni? Saya upah RM500. Alphard baru beli sempena persaraan,” tulisnya.

Difahamkan, kereta mewah itu rosak akibat dinaiki banjir. 

Berdasarkan gambar-gambar itu, ada kemungkinan kereta berkenaan dibiarkan begitu saja sehingga menyebabkan selut itu menjadi keras.


Bagaimanapun, rata-rata pengguna Facebook meninggalkan komen yang berbaur simpati dan ada yang juga tidak berpuas hati dengan kos upah yang ditawarkan itu.

“RM500? Cuci biasa2 pun 700-800,” kata seorang pengguna Facebook, Sarah Rahmat.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Mdf Farhan.

“Naik Alphard orang ada2, x kan 500 untuk bersihkan tayar boleh la,”  tulisnya pada ruangan komen.



Sementara itu, seorang individu lagi berkata, sebaik-sebaiknya pemilik kereta itu yang membersihkan kenderaannya.

“Buat sendiri bang, dah bersara, sehari buat sikit sikit sampai siap, duit ada baki lagi kan? Boleh beli mesin tapi kalau duit dah habis, abang eksidenkan jelah kete abang, claim insurance pastu,” tulisnya.

Bagaimanapun, ada juga netizen yang bersimpati dengan nasib pemilik kereta itu yang terpaksa menanggung kerugian hampir puluhan ribu ringgit.

“Hmmm orang dalam kesusahan pun masih ada yang sindir, peril, lagipun dia da bagitahu bajet dia. Mungkin ada yang sanggup bantu dengan kadar upah sedemikian, tak salah abang ni mencuba nasib walaupun dia pakai Alphard ke apa.

"Mungkin banyak lagi kos yang nak kena tanggung termasuk kerosakan rumah, semuanya memerlukan kos yang tinggi. So kepada yang mengata, mungkin ni ujian bagi Allah kat abang ni , esok-esok mana tahu, Allah bagi kita ujian pula, renung-renungkanlah!,” jawabnya di ruangan komen berkenaan.

Bagaimanapun, ada beberapa pengguna Facebook berpendapat kejadian itu bukan baharu sebaliknya gambar berkenaan pernah tular di internet pada tahun lepas.

Apa pula pandangan anda, lazimnya berapa kos yang dikenakan untuk membersihkan kenderaan yang dinaiki banjir?

Kongsikan pendapat anda di bawah ruangan ini!


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRS6830

SELANGOR

BSU2167

JOHOR

JF2454J

PULAU PINANG

PSG1277

PERAK

APL9041

PAHANG

CFH9183

KEDAH

KGJ3437

NEGERI SEMBILAN

NEM1780

KOTA KINABALU

SJU4217

KUCHING

QAB7048P

Terakhir Kemas Kini 01 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto
Berita Auto

18-09-2024
Berita Auto
EV

09-04-2024
Kereta Baru

23-10-2023
Global

19-04-2023
Global

05-04-2023
Teknologi

30-03-2023

Berita Terkini

Berita Auto

F1 GP Bahrain: Laluan Arah KLIA Dijangka Sesak Bermula 2-4 Okt

Penerbangan Dari KLIA 2-4 Okt? Rancang Masa Awal Elak Terlepas

01-10-2026
Berita Auto

Touch n Go Tambah 10 Lorong Enhanced RFID Baharu

Senarai Lebuh Raya Dengan Lorong Enhanced RFID Baharu.

30-09-2026
Berita Auto

Model Baharu Mercedes-AMG GT 63 Terjah Pasaran Malaysia

Mercedes-AMG GT 63 Rasmi Tiba Di Malaysia.

30-09-2026
Berita Auto

Raptai Pertunjukan Gulf Air Sempena F1 GP Bahrain Bermula Esok

Ada Sebabnya Kenapa Gulf-Air Terbang Rendah Esok.

29-09-2026
Berita Auto

Volvo Perluas Rangkaian, Buka Pusat 2S Baharu di Kuching

Pusat 2S Volvo Kuching Dibuka Rasmi Untuk Pemilik Volvo Sarawak.

29-09-2026
Berita Auto

EV No.1 Malaysia: PRO-NET Serah Proton e.MAS ke 40,000 Dalam 20 Bulan

PRO-NET Raikan Pelanggan Proton e.MAS Yang Ke- 40,000.

29-09-2026
Berita Auto

Bila Anthony Loke Letak Jawatan?

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri

29-09-2026
Berita Auto

500,000 Saman Kesalahan Jalan Raya Babitkan Warga Asing

Puncanya ialah rakyat Malaysia jangan membenarkan kenderaan mereka disewa dan digunakan oleh warga negara asing.

28-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.