ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Lebuhraya di Jambatan Pulau Pinang Antara Salah Satu Pengendali Yang Akan Guna Sistem Canggih Ini

Suhana Veru

Kongsi melalui


Nampaknya, lima pengendali lebuh raya sudah bersetuju untuk melaksanakan sistem bayaran tol terbuka selewat-lewatnya pada September 2023.

Antaranya ialah Lebuhraya Sungai Besi, Lebuhraya Baru Pantai, Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur, Leburaya Koridor Guthrie serta Jambatan Pulau Pinang.

Perkara itu disahkan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanti Linggi.


"Pelaksanaan sistem pembayaran terbuka ini antara inisiatif awal sebagai peralihan kepada arah Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang sedang giat diusahakan," katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Sebaliknya, beliau mengakui langkah itu bukan mudah memandangkan beberapa bulan diperlukan untuk mengintegrasikan sistem pembayaran terbuka itu.

Untuk itu, Proof of Concept MLFF juga akan dijalankan sebelum penghujung Oktober depan bagi menilai sistem MLFF sebelum ia dilaksanakan di semua lebuh raya di Malaysia.

"Pelaksanaan MLFF ini akan dilaksanakan secara berfasa selewat-lewatnya pada suku ketiga 2024," katanya.

Namun apa pula pandangan anda?

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRN7468

SELANGOR

BST4363

JOHOR

JD5710J

PULAU PINANG

PSF3099

PERAK

APL2350

PAHANG

CFH6193

KEDAH

KGH8572

NEGERI SEMBILAN

NEL6823

KOTA KINABALU

SJT8847

KUCHING

QAB5138P

Terakhir Kemas Kini 03 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

17-11-2025
Berita Auto
Berita Auto

04-11-2025
Berita Auto
Berita Auto

31-07-2025
Berita Auto
Berita Auto

19-02-2025
Berita Auto

12-02-2025

Berita Terkini

Berita Auto

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026
Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.