Naza Italia Lancar Maserati Grecale GT Hybrid 2023, Harga?

Naza Italia melancarkan secara rasmi SUV mewahnya, Maserati Grecale GT 2023 sebentar tadi.
Buat masa ini hanya varian GT diperkenalkan sementara varian Grecale Modena dan Trofeo akan dilancarkan kemudian.
Nampaknya, ia bakal memberi saingan hebat kepada model-model seperti BMW X3, Jaguar F-Pace serta Porsche Macan.

Ketua Pegawai Operasi Naza Italia, Farid Sulaiman berkata, selepas acara pratonton Maserati Trofeo di Malaysia pada Jun tahun lalu, pihaknya cukup berbangga untuk memperkenalkan Maserati Grecale dalam versi GT hibrid.

“Kami mengalu-alukan untuk memperkenalkan pilihan enjin ini kepada para pelanggan di Malaysia,” katanya.
Untuk makluman, ia yang dipadankan dengan enjin hibrid ringan empat silinder yang mampu menghamburkan kuasa setinggi 300hp dan tork 450Nm.
Difahamkan enjinnya dipadankan dengan transmisi lapan kelajuan dan pacuan semua roda.

Ia mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam 5.6 saat manakala kelajuan tertinggi pula sekitar 240 kilometer sejam.
Melihat bahagian luarannya, biarpun lampu hadapannya kelihatan sepet namun gril yang rendah dan menegak membuatkan ia lebih menonjol.



Bahagian lampu belakang pula, nampaknya ia mengambil inspirasi daripada model Giugiaro 3200 GT.



Menjengah ruang kabinnya, ia memuatkan skrin kluster instrumen, diikuti skrin tengah berkembar di mana skrin atas bersaiz 12.3 inci dan skrin 8.8 inci 'comfort panel' di bahagian bawah.


Selain itu, Maserati Grecale GT ini turut menampilkan pilihan roda aloi bersaiz 19 atau 20 inci, bampar warna badan, skirt sisi, sisipan gril krom, logo Maserati pada tiang C dan empat ekzos tip krom dibelakang.


Ruang butnya pula dikatakan bersaiz 535 liter dan tempat duduknya boleh dilipat ke bawah hanya dengan menekan butang di dalam but.
-full.jpg)
Ia juga menerima balutan kulit hitam, balutan kulit premium dalam warna coklat, dan greige atau hitam tebal dengan jahitan kontras turut ditawarkan sebagai pilihan. Roda sterengnya dilapisi kulit dan dipadankan bersama paddle shift aluminium.
Sementara itu, skrin keempat pada papan pemuka Grecale ini boleh didapati pada unit jam digital (atau jam pintar?) yang pertama seumpamanya untuk sebuah Maserati dan boleh digunakan sebagai kompas atau meter G.
Sistem infotainmen Maserati Intelligent Asisstant berasaskan Android ini menyokong sambungan peranti pintar Apple CarPlay dan Android Auto secara nirwayar.
Sistem audio pula ditawarkan dengan dua pilihan daripada Sonus Faber, di mana pilihan yang paling mahal berkuasa 1,200W dan membawakan 21 unit pembesar suara, dan alunan bunyi tiga dimensi.
Ia hadir dengan tiga pilihan warna iaitu Blue Intenso, Bianco Astro dan Bianco.
Maka, tidak hairanlah mengapa ia dijual pada harga RM598,000 termasuk duti dan cukai termasuk jaminan tiga tahun tanpa had perbatuan.
Apa pula pandangan anda?
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRL8432
SELANGOR
BST278
JOHOR
JC7256J
PULAU PINANG
PSE8574
PERAK
APK7926
PAHANG
CFH4951
KEDAH
KGH6355
NEGERI SEMBILAN
NEL5026
KOTA KINABALU
SJT6143
KUCHING
QAB4268P
Terakhir Kemas Kini 21 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Maserati Grecale 2022 Hampir Sama Dengan Alfa Romeo Stelvio? Ini Sebabnya...
Prototaip Maserati Grecale 2022 telah didedahkan dalam satu sesi uji pandu oleh Ketua Pegawai Eksekutif Stellantis, Carlos Tavares.
05-07-2021
Maserati Grecale 2022 Hampir Sama Dengan Alfa Romeo Stelvio? Ini Sebabnya...
Prototaip Maserati Grecale 2022 telah didedahkan dalam satu sesi uji pandu oleh Ketua Pegawai Eksekutif Stellantis, Carlos Tavares.
05-07-2021
Berita Terkini
Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia
Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.
14-08-2026
48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar
MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.
10-08-2026
Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?
Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?
07-08-2026
BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia
Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.
06-08-2026
JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800
Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.
22-07-2026
JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000
OMODA | JAECOO Kini Jenama Ke-5 Terlaris Di Malaysia, Tempahan Jaecoo J5 EV sudah dibuka.
18-07-2026
BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k
Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.
16-07-2026
Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3
Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.
16-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat