ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Redah Banjir? Ini Risikonya

Suhana Veru

Kongsi melalui


Hujan lebat berterusan menyebabkan berlaku banjir di beberapa negeri namun setakat ini, banjir di Johor disifatkan antara terburuk.

Lebih menghayat hati, seorang lelaki menjadi korban pertama banjir di Kluang, Johor apabila ditemukan meninggal dunia selepas kereta dinaiki dihanyutkan air deras.

Untuk itu, orang ramai dinasihati agar tidak membahayakan diri sendiri dengan meredah banjir sama ada untuk berpindah sendiri dari kediaman mahupun meredah banjir menggunakan kenderaan.

Lagipun, tindakan  itu tidak sepatutnya dilakukan kerana kekuatan arus dan kedalaman air semasa banjir sekarang sukar dijangka dan boleh membahayakan keselamatan diri sendiri anda.


Menyedari mengenai tahap bahaya banjir, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman berkongsikan pengingatan menerusi laman Facebook rasminya untuk semua pengguna jalan raya.

“JSPT menyarankan semua pemandu sentiasa berhati-hati semasa melalui jalan yang dinaiki air demi keselamatan diri dan harta benda agar selamat sampai ke destinasi. 

"Namun, terdapat juga sesetengah pengguna kenderaan yang sanggup meredah banjir dan mereka berjaya melepasinya. Tetapi, jangan disangka semua kenderaan mampu melepasinya kerana ada ramai yang tersangkut akibat kenderaan mengalami kerosakan,” katanya di Facebook.

Bagi menggambarkan bahaya yang sebenar, JSPT berkongsi  risiko yang boleh berlaku sekiranya meredah banjir. 


Antaranya, mengundang kehilangan nyawa,  enjin kenderaan boleh mati akibat ‘hydrolock’ apabila air memasuki ruangan kebuk enjin. 

Malah, komponen-komponen kenderaan juga berpotensi rosak selain kenderaan mungkin tersangkut dalam banjir dan tidak dapat bergerak sama sekali.

Jadi, jangan sesekali meredah banjir kerana kita tidak boleh jangka deras air dan kedalamannya. Apapun, sentiasa peka pada situasi semasa, rancang perjalanan dan patuhi arahan pihak berkuasa.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRN9729

SELANGOR

BST4769

JOHOR

JD6672J

PULAU PINANG

PSF3524

PERAK

APL2781

PAHANG

CFH6377

KEDAH

KGH8953

NEGERI SEMBILAN

NEL7082

KOTA KINABALU

SJT9165

KUCHING

QAB5223P

Terakhir Kemas Kini 05 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto
Berita Auto

29-05-2024
Berita Auto

06-02-2024
Berita Auto

01-02-2024
Berita Auto
Berita Auto

30-01-2023
Berita Auto
Berita Auto

Berita Terkini

Berita Auto

Cukai Jalan Tamat Sejak 1997, Motolori Disita JPJ Kedah

JPJ Sita Motolori Cukai Jalan Tamat 29 Tahun.

04-09-2026
Berita Auto

2 Penunggang Basikal Terkorban Dirempuh Kereta

Dua Sahabat Maut Dirempuh Ketika Latihan Berbasikal.

04-09-2026
Berita Auto

Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.

04-09-2026
Berita Auto

Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.

04-09-2026
Berita Auto

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.