Rel Penghubung Malaysia-China Bakal Dibina – Anthony Loke
![]()
Pembangunan rangkaian rel yang menghubungkan Malaysia dan China yang bermula Kuala Lumpur atau Johor Bahru sehingga Kunming, China kini sedang dipertimbangkan Kementerian Pengangkutan.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata, bagi melancarkan projek ini, kementerian memerlukan kerjasama dengan negara jiran lain, Thailand dan Laos untuk membolehkan landasan kereta api ini dibina.
“Membina rangkaian ini adalah mungkin dan saya menyeru kerajaan China untuk membantu dari segi memudahkan pertukaran ini.
"Dan diharapkan, China boleh memainkan peranan penting dalam membantu meyakinkan negara-negara lain seperti Laos dan Thailand, supaya satu hari nanti kita boleh mempunyai perkhidmatan kereta api yang lancar antara Asia Tenggara sehingga ke China.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, semasa majlis pelancaran Sani Express Double Deck Volvo pada 2 Mac lalu.
"Saya mengharapkan kerjasama ini. Dan bukan saja barangan, saya berharap suatu hari nanti, kita dapat menyediakan tren penumpang antara Malaysia sehingga ke China," katanya pada majlis pelancaran perkhidmatan kereta api laut pertama Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) dengan kerjasama Cosco Shipping Lines.
KTMB, melalui KTM Kargo telah bekerjasama dengan Cosco Shipping Lines, sebuah syarikat perkapalan yang beribu pejabat di Shanghai, China. Kerjasama tersebut bertujuan untuk menawarkan penyelesaian pengangkutan yang pantas dan cekap kepada pelanggan.
Pembinaan rel tersebut dilihat sebagai penyelesaian terbaik kerana dapat menjimatkan masa transit kepada empat hari dan lebih menjimatkan pelanggan import dan eksport di kawasan pedalaman Malaysia terutamanya, selain dapat memacu pertumbuhan ekonomi dan peluang pelaburan negara.
Perkhidmatan ini dijangka akan bermula bulan ini dengan sasaran untuk memindahkan 400 gerabak sebulan atau 800 unit yang bersamaan 20 kaki sebulan.

"Bermula dari Pelabuhan Pulau Pinang, Pelabuhan Klang dan Padang Besar, perkhidmatan laut sebenar akan berkembang ke Pasir Gudang dan Ipoh pada masa hadapan.
"Melangkah ke hadapan, saya yakin lebih ramai rakan kongsi tampil daripada pengangkutan jalan, pengendali pelabuhan, penghantar kargo, pengendali terminal antara mod serta penyedia logistik pihak ketiga untuk menyediakan perkhidmatan penghantaran yang lancar," tambahnya.
Sumber: Berita Harian
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS6251
SELANGOR
BSU2070
JOHOR
JF2285J
PULAU PINANG
PSG1141
PERAK
APL8847
PAHANG
CFH9160
KEDAH
KGJ3391
NEGERI SEMBILAN
NEM1746
KOTA KINABALU
SJU4149
KUCHING
QAB7005P
Terakhir Kemas Kini 01 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Touch n Go Tambah 10 Lorong Enhanced RFID Baharu
Senarai Lebuh Raya Dengan Lorong Enhanced RFID Baharu.
30-09-2026
Model Baharu Mercedes-AMG GT 63 Terjah Pasaran Malaysia
Mercedes-AMG GT 63 Rasmi Tiba Di Malaysia.
30-09-2026
Raptai Pertunjukan Gulf Air Sempena F1 GP Bahrain Bermula Esok
Ada Sebabnya Kenapa Gulf-Air Terbang Rendah Esok.
29-09-2026
Volvo Perluas Rangkaian, Buka Pusat 2S Baharu di Kuching
Pusat 2S Volvo Kuching Dibuka Rasmi Untuk Pemilik Volvo Sarawak.
29-09-2026
EV No.1 Malaysia: PRO-NET Serah Proton e.MAS ke 40,000 Dalam 20 Bulan
PRO-NET Raikan Pelanggan Proton e.MAS Yang Ke- 40,000.
29-09-2026
Bila Anthony Loke Letak Jawatan?
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri
29-09-2026
500,000 Saman Kesalahan Jalan Raya Babitkan Warga Asing
Puncanya ialah rakyat Malaysia jangan membenarkan kenderaan mereka disewa dan digunakan oleh warga negara asing.
28-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat