Skuter EV Blueshark Cukup Murah, Harga Mampu Milik

Anak syarikat Sharkgulf Technologies Group, Blueshark melancarkan secara rasmi skuter elektrik pintar di ibu pejabatnya di Shah Alam sebentar tadi.
Skuter siri R Blueshark itu ditawarkan dalam dua jenis model iaitu R1 dan R1 Lite untuk pasaran Malaysia.
Untuk makluman anda, skuter comel ini cukup pintar kerana ia sarat dengan teknologi canggih.

Dari segi rekaan, ia tampil dengan reka bentuk minimalis dan futuristik. Ia disumbat dengan motor elektrik 500kW yang menawarkan kuasa tork sehingga 201Nm.
Dari segi daya pecutannya, ia mampu memecut dari 0-50 kilometer sejam (km/j) hanya dalam 4.9 saat.
Jentera yang seberat 92 kilogram ini turut menggunakan penukaran bateri yang membolehkannya ia bergerak sejauh 110 kilometer.
Mengenai tempoh pengecasan, ia mengambil masa 2.5 jam untuk isi 0 sehingga 80% dan mengisi penuh boleh dilakukan dalam masa 3.5 jam.
Difahamkan terdapat dua cara untuk mengecas, salah satu dengan cara mengeluarkan bateri dan cas di pengecas ataupun cas secara langsung menggunakan kabel yang disediakan.

Selain itu, kelajuan maksimumnya dihadkan kepada 80 km/j dengan kapasiti bebanan sehingga 200 kilogram.
Bagi merasai pemanduan yang berbeza, terdapat enam mod tunggangan: tunggangan biasa, Reverse Assistance, Helping Boost dan Turbo Racing.

Apa yang cukup menarik, skuter ini bukan ini sebarang skuter kerana ia menggunakan sistem operasi pintar ArkRide OS dan mampu menyimpan dua pek bateri bersaiz kecil di bawah tempat duduknya.

Untuk info, ia menawarkan ketersambungan dipaparkan kepada skrin HD IPS bersaiz 10 inci.


Antara kelengkapan lain ialah Bluetooth, 4G, perakam tunggangan dan tidak ketinggalan sistem bantuan pemanduan ADAS dan terdapat dua kamera.
Satu kamera ditempatkan di hadapan, manakala satu lagi di belakang. Kamera belakang berfungsi sebagai dashcam. Malah, terdapat satu butang untuk membolehkan anda mengundur secara automatik.
Maka anda tidak perlulah, menolak motosikal dengan menggunakan kudrat badan anda sebaliknya tekan sahaja butang mengundur.


Mengenai harga, R1 2023 dijual pada harga RM9,390 manakala R1 Lite 2023 pula RM7,190.

Selain itu, terdapat juga servis BlueSwap Battery seperti berikut:
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG5063
SELANGOR
BSR6750
JOHOR
JA4518J
PULAU PINANG
PSD8934
PERAK
APJ9306
PAHANG
CFH1913
KEDAH
KGH1537
NEGERI SEMBILAN
NEK9538
KOTA KINABALU
SJT1351
KUCHING
QAB2172P
Terakhir Kemas Kini 20 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Tragedi Jalan Tun Razak: Lelaki Maut, 7 Sekeluarga Termasuk Bayi Trauma Dihempap Pokok Tumbang Berusia 19 Tahun
Pokok Tumbang Di Jalan Tun Razak: Seorang Maut, Tujuh Cedera.
20-07-2026
PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif
Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.
20-07-2026
iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini
EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.
20-07-2026
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh
Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026
17-07-2026
Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris
Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.
17-07-2026
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan
Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.
17-07-2026
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam
Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.
16-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat