Trenkuasa Baharu, LB744 Mampu Hambur Kuasa Lebih 1,000 hp
Pengeluar supercar dari Itali, Automobili Lamborghini melancarkan trenkuasa baharunya untuk dipadankan pada model-model yang akan datang nanti.
Dikhabarkan, model pengganti ini akan dilancarkan secara rasmi pada penghujung Mac ini.
Trenkuasa yang dikenali sebagai LB744 itu dikatakan akan digunakan pada pengganti model Aventador yang ketika ini menggunakan enjin V12.
Supercar yang bakal menggunakan kod LB744 dikatakan mampu menjana sehingga 1,000 kuasa kuda daripada trenkuasa plug in hybrid.
Ini bermakna, menerusi penggunaannya, ia akan membuatkan supercar itu antara paling berkuasa dihasilkan oleh Lamborghini bagi kegunaan jalan raya.
Difahamkan, pengganti model Aventador akan digabungkan dengan enjin V12 selain dipadankan dengan transmisi klac berkembar 8 kelajuan baru dan juga 3 motor elektrik.
LB744 baharu ditetapkan untuk menjadi model Lamborghini kedua yang menampilkan rangkaian kuasa elektrik selepas keluaran model terhad, hypercar Sian.
Bagaimanapun, tidak seperti sistem hibrid "supercapacitor" Sian, LB744 didatangkan dengan trenkuasa hibrid plug-in (PHEV).
Sebaliknya enjin V12 yang dikenali sebagai L545 pula merupakan enjin V12 generasi ke 3, direka baharu. Enjin baharu ini hanya seberat 217.7 kilogram dan 7.7kg lebih ringan berbanding dengan enjin V12 generasi ke kedua.
Ia dikatakan menampilkan enjin 6.5 liter V12 yang mampu menghamburkan kuasa setinggi 814 hp dan tork 725 Nm serta mampu memutar pada kelajuan 9,500 rpm.
Selain daripada separuh elektrifikasi, apa yang membezakan trenkuasa baharu ini daripada model yang digantikannya ialah enjin diputar sehingga 180 darjah, sekali gus meninggalkan ruang yang cukup di ruang enjin untuk meletakkan seluruh komponen trenkuasa hibrid.
Bercakap mengenai hibrid, komponen elektrik datang dalam bentuk tiga motor elektrik, dimana dua daripadanya dipasang di gandar hadapan dan satu lagi terletak di belakang.
Untk info, setiap motor menghasilkan kuasa 148 hp. Walaupun kedua-dua motor hadapan dapat menghasilkan tork sehingga 350 Nm namun motor belakang hanya mampu mengeluarkan daya kilas sekitar 150 Nm.
Secara keseluruhannya, jumlah keluaran untuk rangkaian kuasa V12 hibrid serba baharu ini adalah sehingga 1,001 hp, menjadikan LB744 sebagai Lamborghini yang pertama yang memecahkan kuasa setinggi 1,000 hp.
Buat masa ini, Lamborghini masih belum mendedahkan sebarang info mengenai rangkaian semua elektrik untuk PHEV baharu ini.
Hakikatnya, rangkaian kuasa elektrik ini menjanjikan untuk mengurangkan pelepasan karbon dioksida sebanyak 30 peratus berbanding Aventador Ultimae bukan hibrid.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPJ9718
SELANGOR
BSG2165
JOHOR
JYD837
PULAU PINANG
PRS3286
PERAK
ANX5942
PAHANG
CFC5440
KEDAH
KGB3466
NEGERI SEMBILAN
NEG4388
KOTA KINABALU
SJL6500
KUCHING
QAB6624L
Terakhir Kemas Kini 13 Jul, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.18
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.88
+0.03
EURO 5 B7
RM 3.08
+0.03
Terakhir Kemas Kini 10 Jul, 2025
Berita Berkaitan
Bagi Menghormati Warisan Seni Bina, Sian Kelilingi Portico di Bologna
UNESCO mengiktiraf Portico di Bologna sebagai tapak warisan baru-baru ini.
18-10-2021
JPJ: Lamborghini Tidak Disita Tapi Hanya Saman Pemandu
Guna kereta mewah bernilai RM2 juta tapi tiada lesen memandu!
10-04-2025
Suspek Kini Diburu Polis, Lamborghini Aventador S Lesap!
Seorang ahli perniagaan akhirnya menyedari dia sebenarnya ditipu dalam urusan pembelian kereta Lamborghini Aventador S berharga RM2.4 juta.
05-03-2025
Lamborghini Bakal Pertontonkan LB744 29 Mac Ini – 7 Mod Pemanduan & Capai 1,000 HP!
Pendedahan beberapa spesifikasi menarik pengganti Aventador didedahkan.
27-03-2023
Lamborghini Catat Keuntungan RM3.2 Bilion Tahun 2022, 56% Lebih Tinggi
Pengeluar kereta Itali, Lamborghini, telah mendedahkan laporan kewangan syarikat bagi tahun 2022.
24-03-2023
Lamborghini Mahu Jadi Kereta Mesra Alam, Sanggup Belanja Berbilion Dollar!
Pengeluar kereta mewah dari Itali, Lamborghini mengumumkan pelaburan sebanyak AS$1.8 bilion (RM7.4 bilion) iaitu sebahagian daripada rancangannya untuk beralih kepada tenaga elektrik bagi keluaran supercar miliknya.
09-06-2021
Lamborghini Bakal Pertontonkan LB744 29 Mac Ini – 7 Mod Pemanduan & Capai 1,000 HP!
Pendedahan beberapa spesifikasi menarik pengganti Aventador didedahkan.
27-03-2023
Berita Terkini
BYD Perkenal Sistem Parkir Autonomi, Syarikat Tanggung Jika Ada Kerosakan
BYD mengumumkan bahawa sistem bantuan pemanduan canggihnya (ADAS) God’s Eye, kini menyokong fungsi parkir autonomi tahap 4.
11-07-2025
Geely Pamer Sistem Hibrid AI Canggih, EM AI Super Hybrid 2.0 – Cecah 2,100 KM!
Geely memperkenalkan sistem kuasa hibrid terbarunya yang dinamakan Geely EM AI Super Hybrid 2.0 di pameran automotif Auto Chongqing 2025.
17-06-2025
MARii, Petronas Perkenal Teknologi ADaPTiV: Bantu Ramal Masalah Kenderaan Sebelum Berlaku
Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) telah bekerjasama dengan Petronas Global Technical Solutions Sdn Bhd (PGTSSB) memperkenalkan sistem ADaPTiV.
16-06-2025
Jalan Raya Negara Diawasi Dron, Sensor & AI
Malaysia kini berusaha untuk memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk meningkatkan keselamatan, kecekapan dan keberkesanan infrastruktur jalan raya.
30-05-2025
Pioneer SXT-C10PS: Radio Untuk Kereta Klasik Dengan Ciri Moden 'Tersembunyi'
Pioneer, jenama besar dalam dunia elektronik memperkenalkan unit audio bergaya klasik yang sarat ciri moden, Pioneer SXT-C10PS.
27-05-2025
ZF Dedah Sistem Range Extender Untuk EV
ZF memperkenalkan sistem range extender yang baharu dan canggih untuk kenderaan elektrik (EV).
29-04-2025
Geely Perkenal G-Pilot: ADAS Canggih Dengan Navigasi Pintu-ke-Pintu
Gergasi automotif China, Geely, telah memperkenalkan versi terkini sistem bantuan pemanduan (ADAS) G-Pilot.
05-03-2025
Teknologi Hidrogen Toyota Makin Canggih – Jarak Lebih Jauh, Kos Lebih Rendah
Toyota memperkenalkan sistem sel bahan api hidrogen generasi ketiga yang menawarkan peningkatan ketara dari segi jarak perjalanan dan penjimatan kos.
18-02-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat